BREAKING NEWS

Wednesday, 12 July 2017

Tohmahan tidak halang 1MDB taja 1,100 bakal jemaah haji


11 JULAI: Di sebalik pelbagai tohmahan terhadap 1MDB, Program Khas Haji Perdana Menteri yang ditaja Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap berjaya menghantar 5,711 jemaah dengan tajaan lebih RM57 juta sejak lima tahun lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bila kutukan dilemparkan terhadap 1MDB, rakyat mesti faham, bukan semua tidak baik berhubung 1MDB kerana sebahagian daripada keuntungan digunakan untuk program kebajikan.
“Untuk tajaan haji saja kita sumbang RM57 juta, malah Yayasan 1MDB turut memberi bantuan perumahan dan pendidikan kepada rakyat selain bantuan kepada mereka yang ditimpa malapetaka, beratus-ratus juta kita bantu, tapi ini orang tidak sebut.
“Jangan hanya kerana 1MDB kita nak jatuhkan kerajaan, kalau ada yang tidak betul, kita betulkan, kalau ada orang buat salah, kita hadapi. Tapi takkan kerana perkara itu kita nak runtuhkan kerajaan, runtuhkan institusi yang telah membangunkan negara, bela umat Islam dan agama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan surat tawaran haji kepada seramai 1,100 orang yang telah terpilih menunaikan ibadah haji menerusi Program tersebut tahun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
Jemaah yang terpilih itu terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara.
 
Copyright © 2014 PenangKini.