BREAKING NEWS

Sunday, 30 July 2017

UMNO konsisten, hala tuju jelas

MARAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO kekal parti paling konsisten dan jelas hala tujunya kerana keberkesanan perjuangan sejak sekian lama dalam membela bangsa, agama dan negara.
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, sarjana sains politik terkenal dari Perancis, Alexis de Tocqueville, menerusi bukunya 'Demokrasi di Amerika' menjelaskan parti politik hebat perlu bercirikan falsafah, ideologi dan pengisian.
"Ketiga-tiga sudut itu dimiliki UMNO kerana parti ini jelas falsafahnya, ideologinya dan pengisiannya.
"Kita lihat sejak sekian lama dan kalau kita lihat sebelah sana (pembangkang), mereka cuba nak ambil tampuk pemerintahan negara sedangkan siapa nak menjadi Perdana Menteri pun tidak jelas," katanya.
Beliau berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Pekan Tajau di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin; Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Shahaniza Shamsudin.
Najib turut mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan dewan orang ramai baharu di pekan Tajau bagi menggantikan dewan sedia ada yang turut digunakan sebagai pusat pemindahan sementara banjir serta penempatan mangsa kebakaran sebelum ini.
 
Copyright © 2014 PenangKini.