BREAKING NEWS

Thursday, 31 August 2017

Laksana Janji Untuk Rakyat Dalam Mengisi Kemerdekaan – NajibRazak


 Tiada hadiah yang lebih istimewa kepada rakyat, sebagai pengisian sebenar sebuah kemerdekaan, melainkan menjadi kerajaan yang mampu menyampai serta melaksana janji-janji yang dibuat untuk kepentingan rakyat dari semasa ke semasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata pentadbirannya tidak mahu membuang masa untuk terjebak dan melayan tohmahan, sebaliknya komited dan bertekad menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda kepesatan ekonomi demi maslahah rakyat terbanyak.
“Kisah kemerdekaan Malaysia terus diisi dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang disegani oleh kawan dan lawan,” katanya dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2017.
Malaysia, katanya, kini dirujuk ramai sebagai negara yang sedang maju membangun, berteraskan pendirian yang amat jelas dalam hal-hal seperti menolak ideologi dan fahaman melampau, khususnya dalam membanteras ancaman Daesh.
“(Raja Arab Saudi) Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah berkenan untuk memilih Malaysia sebagai Pusat Keamanan Antarabangsa,” kata Najib.
Perdana menteri menyebut beberapa kejayaan terkini negara seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua tahun ini mencatat pertumbuhan memberangsangkan pada kadar 5.8 peratus, antara yang tertinggi di dunia.
Majalah Forbes pula, katanya, meletakkan Malaysia pada kedudukan paling atas antara semua negara Asia untuk pelaburan asing manakala agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings juga mengekalkan penarafan kredit Malaysia dengan unjuran stabil pada skor A-.
Menyentuh kedudukan rizab antarabangsa Bank Negara, Najib berkata ia kini bertambah kepada RM431 bilion, jumlah rizab yang semakin kukuh.
“Lalunya, bagaimana mungkin sesetengah pihak sesuka hati menuduh bahawa, Malaysia sekarang ini sebagai sebuah negara gagal, atau a failed state, sedangkan pada era 90-an, di mana kedudukan rizab yang jauh lebih rendah sebenarnya waktu itu, tidak pula dikatakan sebagai negara yang gagal,” katanya yang jelas merujuk kepada tohmahan pembangkang.
Najib berkata pentadbirannya percaya dalam ikhtiar mengkhidmati rakyat, ia harus bersifat melangkau politik dan berorientasikan kepentingan rakyat.
Najib berkata pentadbirannya sejak lapan tahun lalu tidak pernah berlengah-lengah sejak awalnya, bahkan amat komited dengan pelbagai dasar serta inisiatif demi memakmur negara dan mensejahterakan rakyat.
Berpaksikan falsafah 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, perdana menteri berkata kerajaannya akan terus mengutamakan projek-projek Infra-Rakyat seperti MRT (Mass Rapid Transit) yang jelas bertaraf dunia dan memberi impak kepada 500,000 pengguna setiap hari.
Menurut rekod, projek MRT itu dapat membantu mengurangkan kos sara hidup dengan menyediakan sistem pengangkutan yang selesa dan lebih murah di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan masalah tekanan dalam kalangan orang ramai, membantu alam sekitar di segi pengurangan pelepasan karbon dan mempergiat lagi kegiatan ekonomi di koridor berkenaan.
Begitu juga projek-projek East Coast Rail Link, Lebuhraya Pan-Borneo serta High Speed Rail yang sedang rancak dan bakal dibina, katanya.
Di samping itu, kata Najib, inisiatif dan bantuan kepada golongan raykat yang memerlukan akan terus diperuntuk serta dipergiatkan demi kebaikan mereka.
Antaranya BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PRIMA, Klinik 1Malaysia, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada para petani, pekebun kecil, nelayan serta para peneroka Felda.
Najib berkata Malaysia turut tidak terkecuali dibelenggu kemelut ekonomi global sejak beberapa tahun kebelakangan, namun melalui perancangan yang strategik lagi berhemah serta pentadbiran dan pelaksanaan yang cekap dan sistematik telah menjadikan ekonomi negara terus kekal berdaya tahan.
Beliau berkata perayaan kemerdekaan negara tahun demi tahun semakin mantap dan mendalam maksudnya.
“Dalam erti kata lain, tiap kali menjelangnya sambutan, ia menjadi satu momentum yang menganjak kita jauh ke hadapan sebagai sebuah negara bangsa yang berjati diri.
“Nikmat kemerdekaan seiring dengan tema pada tahun ini, iaitu “Negaraku Sehati Sejiwa” seharusnya melimpah-limpah dari Semenanjung hinggalah ke Sabah dan Sarawak.
Lantaran itu, marilah sama-sama kita mensyukuri nikmat kemerdekaan, kita bersatu dan berganding bahu, membina matlamat, merencana hala tuju, demi mencapai impian 1Malaysia Negaraku.
“Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dataran Merdeka kembali ke detik 1957 sempena Hari Kebangsaan ke-60


Umpama menyelak helaian buku sejarah bermula daripada kemerdekaan 31 Ogos 1957, sejarah laluan 60 tahun negara yang menakjubkan disajikan secara istimewa dan penuh nostalgia pada sambutan Hari Kebangsan 2017 di Dataran Merdeka hari ini.

Disaksikan ribuan hadirin di dataran bersejarah dan rakyat Malaysia melalui siaran langsung stesen utama televisyen tempatan, persembahan tahun ini mengembalikan detik bagaimana tanah air dibina hasil kepayahan yang diatasi secara kebersamaan dan perkongsian kuasa oleh anak Malaysia.
Gambaran kegemilangan Malaysia setiap era di bawah teraju 6 perdana menteri dikisahkan secara imbasan babak demi babak daripada sebuah negara yang baru merdeka, kini di ambang negara maju.
Bertepatan tema sambutan “Negaraku Sehati Sejiwa”, semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan bukan sahaja terserlah pada wajah barisan kepimpinan negara, tetapi juga terpancar pada peserta dan orang ramai yang membanjiri lokasi seawal 6 pagi.

Acara sambutan yang bermula dalam cuaca cerah pada 8 pagi dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan pemimpin negara daripada pelbagai latar belakang serta ribuan orang ramai.

Pada sambutan ini, Stadium Merdeka – yang menjadi saksi pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957, “dibina semula” di Dataran Merdeka, sekali gus membolehkan orang ramai dan peserta merasai seolah-olah berada di stadium bersejarah itu.
Dataran Merdeka juga “dibawa kembali” kepada persekitaran 1957 menerusi penonjolan suasana kehidupan ketika itu, termasuk dari segi rupa, gaya masyarakat berpakaian serta kenderaan.
Detik bersejarah laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali oleh Bapa Kemerdekaan turut dilakonkan semula, melibatkan penampilan istimewa Najib yang berpakaian seragam warna kuning khaki.
Beberapa individu istimewa turut dibawa khas ke Dataran Merdeka, antaranya 2 pesara Tentera Laut Diraja Malaysia yang ditugaskan menaikkan bendera Malaysia buat pertama kali, iaitu Lt Komander (B) Mohd Sharif Kalam dan Pegawai Waran 1 Komander (B) Oliver Culvelt Samuel.
Turut ditampilkan, Rusnah Aksah, gadis berusia 12 tahun ketika diamanahkan melepaskan 101 merpati di Stadium Merdeka pada 16 September 1963, sempena pengisytiharan pembentukan Malaysia.

Kali ini, Rusnah, 66, melepaskan 60 merpati sebagai simbolik 60 tahun negara mengecapi kemerdekaan dan kejayaan di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

Turut menjadi jemputan istimewa adalah waris kepada tokoh pejuang kemerdekaan negara, termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun V T Sambanthan, Tun Juggah anak Barieng dan Tun Datu Mustapha Datu Harun.
Bagi menghidupkan suasana, Kementerian Komunikasi dan Multimedia selaku penganjur menyediakan 15 skrin LED gergasi (5 x 3m) di sepanjang Jalan Raja Laut untuk orang ramai mengikuti persembahan di Dataran Merdeka.

Buat pertama kali, rakyat hari ini juga diperkenalkan kepada “F Team” – unit rahsia yang ditubuhkan khas pada 1971 sebelum dibubarkan pada Mei 1995, untuk menghapuskan ancaman komunis melalui persembahan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Persembahan 10 minit yang penuh emosi dan mendapat tepukan hadirin buat wira tidak didendang, sambil disaksikan 58 anggota asal pasukan berkenaan yang turut berdiri memberi penghormatan dan kelihatan ada antara mereka mengalirkan air mata.

Antara yang menarik perhatian adalah persembahan laungan perang dan kawad formasi 1,000 anggota Kementerian Pertahanan.
Acara perbarisan dan perarakan menampilkan 10 segmen utama daripada komponen kenegaraan, perkhidmatan awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteraman awam, keselamatan negara, pertunjukan udara dan segmen rakyat bersepadu.
Turut menyertai perarakan kali ini ialah 300 atlet negara yang diketuai Datuk Marina Chin selaku ketua kontinjen yang mencipta kejayaan membanggakan negara apabila muncul juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berakhir semalam dengan pungutan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Acara khas animasi yang berjaya menarik perhatian kanak-kanak juga ditunggu-tunggu melalui kemunculan maskot dan watak utama adiwira animasi terbitan syarikat tempatan, antaranya Ejen Ali, Kluang Man dan Ummi menerusi segmen Kontinjen Animasi.
Selain itu, antara yang turut menarik perhatian orang ramai ialah penampilan kira-kira 300 aset milik pasukan keselamatan negara merangkumi pelbagai jenis kenderaan milik PDRM sejak 1950 hingga kini, termasuk motosikal berkuasa tinggi, motokar Mitsubishi EVO X, unit pemusnah bom serta “Water Can Mercedez Benz Actross’ bagi kegunaan Polis Simpanan Persekutuan (PSP).
Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada 3,300 anggota tampil dengan pakaian seragam mengikut era bersama aset terbaharunya, kereta perisai mobiliti tinggi (HMAV) 4×4 yang dikenali sebagai “Lipan Bara”.

Selain terbang lintas aset udara, seperti biasa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menampilkan aksi hebat pertunjukan udara membabitkan pesawat Sukhoi menerusi formasi akrobatik.
Majlis sambutan penuh gilang-gemilang itu dijayakan 18,000 peserta, termasuk gabungan lebih 400 peserta kumpulan pancaragam terbesar terdiri daripada gabungan 11 agensi unit beruniform yang mengiringi setiap acara persembahan secara berterusan selama 4 jam.

Turut membuat persembahan khas adalah komponen rakyat bersepadu yang menampilkan keunikan kepelbagaian bangsa, disertai penari dari pelbagai jabatan kerajaan, institusi seni dan tarian, badan bukan kerajaan, sekolah seni serta penampilan anak Permata Seni Tari.
Acara sambutan yang tamat pada 10.40 pagi ternyata meninggalkan kenangan manis kepada hadirin yang dilihat enggan berganjak dari tempat duduk sambil tersenyum megah mengibarkan Jalur Gemilang.

Wednesday, 30 August 2017

Ambiga khuatir BN menang 2/3 jika pertandingan tiga penjuru

Datuk Ambiga Sreenevasan melahirkan kebimbangan bahawa BN bakal memperolehi semula majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, yang telah dinafikan oleh gabungan pembangkang pada dua pilihan raya sebelum ini.
Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata, senario berkenaan bakal menjadi kenyataan jika pemimpin Pakatan Harapan yang masih mahukan pertandingan tiga penjuru tersilap dalam perhitungan mereka.
Justeru, Ambiga memberi amaran supaya tidak mengambil risiko dan menasihati HARAPAN agar terus berunding dengan PAS untuk memastikan pertandingan satu sama satu pada pilihan raya.
"Saya tidak pernah menyokong pertandingan tiga penjuru kerana sebahagian besar kes pada masa lalu, kecuali di mana calon ketiga adalah Bebas, BN mempunyai kelebihan," katanya kepada Malaysiakini.
Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata terdapat kajian bagi membuktikan perkara itu, tetapi pada masa yang sama, beliau mengakui terdapat kajian yang menyatakan sebaliknya.
"Tetapi bagi saya, mengapa mengambil risiko sedangkan sejarah menunjukkan ini berhasil apabila pembangkang bersatu? Kenapa mahu ambil risiko dalam keputusan penting ini,” soalnya.
Ambiga juga menegaskan bahawa beliau tidak mencadangkan bahawa pembangkang harus bekerjasama dengan PAS.
"Cuba dan berunding untuk memastikan mereka tidak bertanding di kerusi yang HARAPAN bertanding. Jika rundingan gagal, biarlah. Tidak ada pilihan. Tetapi jika kita boleh menyelamatkan beberapa kerusi maka ini adalah berbaloi."Kebimbangan saya ialah jika mereka yang menolak pertandingan tiga penjuru itu silap, kita berisiko untuk menyerahkan BN majoriti dua pertiga yang tidak dapat kita pulihkan semula.

"Saya tahu masalah dengan PAS. Tetapi bagi saya, masalah adalah lebih besar jika BN mendapat dua pertiga. Bagi saya, risiko itu tidak berbaloi,” katanya.

Dua Kali Lim Kit Siang Mendesak Kerajaan Agar Suruhanjaya DiRaja Ditubuhkan Menyiasat Isu Forex

Image result for Lim Kit Siang Mahathir isu forex
Mungkin ramai yang tidak langsung menyedari bahawa setiap penubuhan  Suruhanjaya Siasatan DiRaja adalah berpandukan kepada  tuntutan isu berbangkit dan kehendak yang diutarakan oleh rakyat atau individu berikutan sesuatu perkara yang memerlukan sisatan secara menyeluruh.
Berkaitan dengan itu, Suruhanjaya Siasatan DiRaja  di tubuhkan adalah berkaitan dengan kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an yang menemui kerugian melebihi RM30 bilion.
Sebenarnya tuntutan untuk menubuhkan Suruhanjaya ini telah diutarakan oleh Lim Kit Siang dan ianya telah dibentangkan sebanyak dua kali didalam persidangan Dewan Rakyat agar satu siasatan berkaitan kerugian rizab BNM yang begitu banyak dalam urusniaga tersebut.
Dalam siri penjelasan yang telah dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia  memberitahu bahawa untuk  kali pertama isu ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah itu adalah pada 1994 iaitu setahun selepas didakwanya berlaku kerugian besar tersebut berlaku.
Setelah 12 tahun kemudian iaitu pada 2006, Kit Siang ketika berucap dalam Parlimen menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan. Malah Lim Kit Siang  yang kini bersama Dr Mahathir memberikan perangkaan yang lebih terperinci, selain memberi gambaran bahawa kerugian Forex itu boleh mencecah separuh dari daripada rizab negara ketika itu
Untuk ketika itu Negara mempunyai rizab yang bernilai mencecah RN60billion dimana separuh daripadanya iaitu sebanyak RM30billion telah  hilang begitu sahaja dan tidak dapat diambil semula hasil urusniaga yang silap percaturan.
Untuk pengetahuan semua bahawa  butiran kerugian urusniaga  ini sebenranrnya tidak dimaklumkan kepada kkabinet pada waktu itu. Semua keputusan telah dibuat secara  berasingan di luar pengetahuan barisan anggota kabinet dimana hanya melibatkan pada waktu itu mungkin Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Menteri Kewangan (ketika itu) .
Ini merupakan satu kerugian yang besar dan seharusnya sebagai pembangkang Lim Kit Siang  mengusulkan pembentukan Surahanjaya ini sebagai tanggungjawabnya  terhadap isu berkaitan dengan  kehilangan yang begitu besar pada masa itu.
Untuk makluman penubuhan RCi ini adalah berkaitan dengan keperluan dan sentimen rakyat terhadap satu-satu isu yang berbangkit, seperti yang dinyaatakan isu kerugian Forex dikatakan lebih besar dari kerugian 1MDB yang heboh diperkatakan.
Isu kerugian 1MDB  hanya berdasarkan di atas kertas sahaja, walaupun begitu perniagaan 1MDB masih berjalan yang memberi makna bahawa ianya masih mampu memperoleh untung dan masih mampu melakukan rasionalisasi bagi mengatasi sebarang kerugian yang berlaku.
Pada hari ini, disebalik apa yang sedang berlaku ini adalah berpunca dari apa yang telah di canang oleh Lim Kit Siang sejak lebih dari 24 tahun yang lalu untuk mengetahui punca kerugian dan seharusnya ianya disiasat  berikutan ianya melibatkan kehilangan yang begitu banyak  wang Negara.
Tiada istilah yang boleh diandaikan kepada  Perdana Menteri Dato seri Najib dengan mengatakan bahawa  ini merupakan  satu perancangan pemimpin Barisan Nasional untuk menutup mulut Mahathir dari terus mengkritik  kepimpinan yang ada sekarang. Jawapannya tidak sama sekali.
UMNO tiada kaitan dengan penubuhan Suruhanjaya DiRaja ini, tetapi ianya hanya untuk mencari kebenaran punca kehilangan wang Negara dimana tuntutan ini telah dikemukakan secara rasmi didalam Parlimen sehinggakan Lim Kit Siang telah menulis buku berkaitan dengan kehilangan  wang berbillion ringgit ini untuk didedahkan kepada rakyat.
Seperti biasa , kini Mahathir telah bersama dengan DAP sebagai sekutu yang rapat didalam agenda untuk menumbangkan kerajaan. Sudah pastinya  pihak DAP akan terus melakukan fitanh dengan mengatakan  bahawa tindakan ini adalah bertujuan  untuk memerangkap Mahathir.
Lim Kit Siang  mungkin tidak melupakan apa sebenarnya yang telah beliau perkatakan didalam Parlimen  pada tahun 1994 dan 2006 yang lalu  telah dibuat secara rasminya dan sudah pasti tuntutan untuk menubuhkan Suruhanjaya Ini telah berada didalam rekod hansard.
Jadi dengan tidak secara langsungnya , sudah pastinya bukan  Dato Seri Najib yang mencadangkan  badan siasatan ditubuhkan dan ianya boleh terjawab dengan sendirinya oleh Lim Kit Siang. Jadi tidak perlulah pihak Pakatan terus mernuding jari terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Justeru itu, harus diingatkan bahawa penubuhan Suruhanjaya ini bukan di rancang oleh Dato Seri Najib atau mana mana pemimpin yang berada didalam UMNO atau Barisan Nasional tetapi ianya telah dikemukakan oleh Lim Kit Siang  secara rasminya didalam Parlimen pada tahun 1994  untuk kali pertamanya dan  pada tahun 2006 pada kali keduanya.

Wee Ka Siong- Kilang Haram, DAP Umpama Telunjuk Lurus Kelingking Berkait

Dengan pelbagai penghinaan dan serangan bertubi-tubi terhadap permimpin Barisan Nasional untuk  melindungi diri mereka dari dilihat melakukan kesalahan, DAP kini dilihat lebih tidak bermaruah apabila terus menuding jari  dari kejadian yang  nyata telah berlaku disebabkan tindakan mereka.
Lim Guan Eng dan pemimpin cauvinis DAP mempunyai sikap buruk yang amat ketara apabila masih cuba lagi melindungi  perbuatan salah pemimpin mereka yang telah mendirikan kilang haram yang amat merbahayakan kesihatan  rakyat di Sungai Lembu..
Dahulu, mereka sendiri lantang menentang pembinaan kilang nadir bumi yang nyata telah melalui proses pemeriksaan yang ketat untuk memastikan bahawa tiada kesan yang merbahaya terhadap rakyat apabila ianya beroperasi.
DAP telah  mengambil keputusan untuk melakukan demontrasi , menyebarkan berita fitnah kepada rakyat berkaitan Operasi Lynas, menuduh kerajaan  membawa kecelakaan kepada rakyat,  kesan alam sekitar dan sebagainya. Ini lah cara DAP untuk mereka meyembunyikan kegiatan haram mereka.
Kilang nadir bumi Lynas , Walhal merekalah sebelum ini yang menyerang bertubi-tubi terhadap kerajaan dengan kata-kata pedas seperti hipokrit, tidak berakhlak dan macam-macam lagi seolah olah  kerajaan yang ada serkarang tidak memikirkan tentang keselamatan rakyat.
Jadi DAP sekarangtidak perlu untuk salahkan  kerajaan lagi,  dan nyata sekali bahawa DAP serta keseluruhan pemimpin mereka  tidak bermaruah disebabkan masih untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dalam isu kilang haram yang  dibina sejak tahun 2009 di Sungai lembu.
Sehubungan itu Timbalan Presiden MCA  Dato’ Wee Ka Siong menempelak tindakan DAP yang mana cuba menuding jari terhadap orang lain terutama Barisan Nasional dalam kewujudan kilang  karbon haram di Sungai lembu.
Menurut  Wee lagi, melalui maklumat komponen  Barisan Nasional iaitu Gerakan telahmendakwa bahawa  kewujudan kilang tersebut telah meyebabkan peningkatan penyakit kanser di kawasan Sungai  Lembu dimana 11 daripada 500 orang telah dikesan dengankira kira  23 kali ganda purata kebangsaan.
Image result for Kilang haram
Bukan itu sahaja, pencemaran udara , sungai juga berlaku sehingga menyebabkan kadar pertumbuhan kehijauan alam sekitar juga dilihat amat merosot. Tindakan tidak bertanggung jawab DAP ini  seharusnya  diambil tindakan mengikut perundangan yang sewajarnya.
Beliau juga menolak kenyataan exco Pulau Phee Boon Poh bahawa produk kilang itu tidak berbahaya, mengatakan ia adalah pembuatan penapis karbon yang menjadi kebimbangan. Perkara yang amat menghairankan kita ialah  kilang tersebut juga tiada lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai, Tiada kelulusan pelan rancangan, tiada pelan bangunan dan tiada lesen MPSP
Setelah Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kilang berkenaan yang beroperasi tanpa lesen sejak lebih 10 tahun lalu selepas kilang itu didakwa ‘kebal’ daripada dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Susulan itu,  pemilik dan pengurus kilang serta EXCO Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Paling melucukan setelah pembongkaran dilakukan namun tiada tindakan tegas diambil, sebaliknya pemilik kilang ha­nya dikenakan denda RM250 oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Timbalan Presiden MCA turut menempelak DAP terhadap tindakan mereka satu ketika dahulu berkaitan dengan protes terhadap kilang  nadir bumi Lynas di Kuantan, Sekarang DAP dengan angkuhnya menuduh dan membiarkan kilang karbon haram yang amat merbahaya kroni mereka beroperasi tanpa pemeriksaan alam sekitar dan mengancam kesihatan penduduk.
DAP telah menguasai Pulau Pinang selama hampir sedekad, MCA Datuk Seri Wee Ka Siong mengingatkan parti  DAP agar tidak bersifat angkuh dan sombong dan telah terbukti bahawa kegiatan haram adalah amalan sikap DAP untuk mencari kekayaan tanpa memikirkan hak hak kesihatan  dan kerosakan yang mereka lakukan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta  kepimpinan mereka harus bertanggungjawab sepenuhnya dan  mengambil tindakan sewajarnya. Guan Eng dilihat  cuba berbelit-belit isu  berhubung berbagai kemelut yang sedang mereka hadapi sekarang.
Ini lah bukti nya terlalu jelas bahawa DAP sebagai parti dan pemimpin kerajaan negeri amat  “hypocritical” (bersikap munafik) apabila membangkitkan emosi rakyat pada kilang Lynas tetapi bersikap lain pula pada kilang di kawasan yang mereka perintah.

MCA Terus Bersama Rakyat – DAP Hanya Seperti Burung Kakak Tua Yang Bijak Berkata kata


DAP Hanya Seperti Burung Kakak Tua Yang Bijak Berkata kata dan terus berkata tanpa dapat menunjukkan sifat yang boleh membina  dan menjamin kepentingan rakyat terbela dibawah kepimpinan mereka

Parti cauvanis DAP ini sebenarnya takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Ini kerana tindakan mereka yang mana selama ini hanya tahu berpolitik sepanjang masa tanpa membedulikan hal berkaitan dengan kebajikan rakyat

DAP  umpama anjing dengan bayang-bayang, sebab tu la dorang takut dengan diri sendir. Dorang cuba mengelirukan rakyat, DAP hanya tahu bermain isu sahaja dan tiada satu pun perubahan yang dilakukan malah pada kebanyakannya DAP merosakkan segalanya.

Kerosakan ini bukan sahaja kepada kemsayarakatan malah kerosakan kepada keamanan serta keharmonian kum dalam Negara ini. DAP amat bijak mengkritik apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk raklyat.

Pada masa yang sama mereka tidak pernah memikirkan apa juga kaedah untuk kebaikan rakyat dibawah tadbiran mereka untuk memastikan rakyat dapat menikmati hasil negeri bersama.

Bukan itu sahaja, kita sudah sedia maklum yang DAP ni dari dahulu lagi memang tak pernah setuju dengan kemajuan yang dibawa untuk rakyat.  Malah mereka menentang semuanya dengan mengatakan ianya adalah penyelewengan dilakukan atas nama wang rakyat.

Perkara tersebut atau tingkah laku tersebut sudah amat terkenal dikalangan pemimpin DAP yang amat suka cari kesalahan orang lain. Walaupun projek yang dilaksanakan tersebut tiada cacat celanya tapi DAP tetap juga cuba untuk timbulkan kekacauan dan memperburukkannya.

DAP atau Pakatan Harapan hanya pandai menabut janji demi janji dan terus mencipta janji yang baru dan akhirnya rakyat Pulau Pinang menjadi mangsa penipuan akibat kerakusan politik Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Bak pepatah, cakap tak serupa bikin, indah khabar dari rupa dan untuk generasi muda yang berasama DAP terus mendendangkan dan mencipta jadual perangkaan  dengan mengatakan bahawa DAP amat bersih, telus dan membawa kemajuan untuk rakyat.

Bukti yang nyata apabila wakil rakyat BN mempersoalkan status sekurang-kurangnya 51 buah projek untuk manfaat rakyat di beberapa kawasan di Pulau Pinang gagal dilaksanakan sejak 2008 sehingga kini.

Sejak DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng mentadbir Pulau Mutiara, rakyat tidak mendapat manfaat daripada parti itu malah rakyat dibebani dengan system percukaian yang tinggi serta kenaikan kadar pakir yang tidak masuk akal.

DAP sering membuat kenyataan bahawa parti tersebut mampu mentadbir negeri dengan baik tetapi saban hari, satu persatu kegagalan terserlah. Kini, janji hanya tinggal janji dan itulah sifat sebenar DAP, tidak bertanggungjawab.

Tidak seperti kerajaan BN yang memerintah Malaysia, bukti kepada rakyat telah terlaksana menerusi Aku Janji. Sehingga Mac tahun ini, sebanyak 83 peratus projek Aku Janji Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 dengan peruntukan RM73.49 bilion melibatkan 4,844 projek telah siap sepenuhnya.

Apa pula cerita degan DAP yang hanya memerintah sebuah negeri tetapi kucar kacir dibuatnya. Jika negeri yang ditadbir DAP sendiri gagal melaksanakan dan menunaikan janji dan kemajuan, sudah tentu parti itu tidak mampu mentadbir negara.

Kini sudah tiba masanya rakyat terutamanya dari Pulau Pinang menolak DAP dan memilih kerajaan BN yang telah terbukti memerintah negara dengan baik, memegang kepada prinsip dan menunaikan janji.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pemimpin DAP cukup gemar mencari kesalahan orang lain. Misalnya berlaku sesuatu yang menyebabkan rakyat marah, dengan mudah pemimpin DAP akan menuding jari kepada Barisan Nasional.

MCA, selepas transformasi dalam organisasi dilancarkan oleh  Dato Sri Liow Ting Lai serta Dato Wee Ka Siong terus megerakkan tenaga kerja keseluruhannya dan segenap ceruk untuk memberikan khidmat kepada semua golongan masyarakat  terutama masyarakat Cina.

MCA kini telah menumpukan gerak kerja yang bersepadu dan  banyak membela nasib masyarakat khususnya kaum Cina.  Tindakan ini telah mengugat sokongan masyarakat Cina terhadap DAP dan berbagai andaian ditafsirkan oleh DAP untuk memfitnah MCA.

Kini setelah  dua penggal DAP memerintah Pulau Pinang namun mereka dilihat gagal mentadbir kerajaan negeri dengan baik. Malah kebanyakan rakyat terus merunggut dengan sikap pilih kasih DAP terhadap rakyat.

Berbagai kemajuan diwar warkan, namun berapa banyak yang telah berjaya dilaksankan oleh DAP. Semuanya  projek yang  tidak memberikan impak kepada rakyat marhaen yang berpendapatan rendah.

Tersisih dari arus pembangunan telah memperlihatkan  seolah-olah DAP adalah sebuah parti pembangkang  dan bukan sebuah kerajaan yang memerintah di Pualau Pinang.. Apa yang dibina oleh BN sebelum ini di Pulau Pinang berjaya dirosakkan DAP sejak memegang tampuk pemerintahan.

Jadi, masyarakat perlu memandang serius tentang perkara ini. Peluang sudah diberikan kepada mereka untuk menjadi pemerintah di Pulau Pinang dan beberapa negeri lain pada pilihanraya-pilihanraya lepas. Namun, laungan anti-rasuah dan segala jenis janji manifesto seperti yang ditaburkan pada kempen pilihanraya lalu hanyalah lakonan tagih sokongan.

DAP dan parti-parti dalam pakatan semuanya hanya pandai cakap tetapi tidak pandai mempraktikkannya. Cukuplah rakyat memberi mereka peluang untuk memerintah mana-mana negeri pada PRU14 nanti.

Kaum Cina seharusnya membuat penilaian prestasi diantara MCA dan DAP dan terus menyokong sebuah gabungan yang kukuh untuk memastikan gerakan ekonomi berjalan dengan baik.,

Ketika ini MCA adalah pilihan yang lebih baik dan tepat untuk diberikan sokongan oleh masdyarakat Cina yang mementingkan  ruang dan peluang untuk menjana ekonomi dalam keadaan negara yang terus dipacu mengikut landasan yang betul.

Berdasarkan gerak kerja dan kesungguhan yang diperlihatkan oleh MCA dalam beberapa projek Pembangunan Kampung Cina misalnya, pemimpin MCA berjaya memberikan khabar gembira buat masyarakat Cina.

Begitu juga dengan para usahawan kecil dan sederhana. Boleh kata, masyarakat Cina kini tidak bimbang dengan kesungguhan gerak kerja yang dilancarkan oleh MCA sejak melakukan penambahbaikan didalam parti.

Sekarang MCA adalah sebuah parti yang cukup komited membantu dan membela nasib rakyat tanpa bermusim dan dilakukan gerak kerja sepanjang masa.

SPAD- 300 Pemandu lagi Terima Lesen Persendirian dan Geran Kerajaan- Bebas Sewa dan Sistem Pajak

TITP, yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya pada 16 Ogos, diperkenalkan bagi menyelesaikan isu-isu struktur yang sudah lama melanda industri ini.
SPAD diberikan mandat oleh Kerajaan untuk memperkemaskan dan mengawal selia industri teksi melalui pengeluaran Kad Pemandu yang tunggal serta geran kepada pemandu yang berkelayakan.
TITP ini juga membantu pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh model sewa pajak bagi memiliki lesen teksi individu sendiri. Di samping itu, geran sebanyak RM5000 juga disediakan bagi membantu pemandu yang layak untuk memiliki kereta baru.
Program ini juga akan mendorong industri teksi Malaysia untuk terus berkembang dan menjadi lebih mampan serta responsif kepada kuasa pasaran.TITP adalah satu perancangan untuk golongan pemandu teksi agar berdaya saing dalam industry pengangkutan awam darat.
Melalui TITP pihak yang berkelayakan akan  dapat memanfaatkan penggunaan teknologi, menggalakkan persaingan dan daya saing; mewujudkan medan persaingan yang adil dan saksama kepada pemandu teksi meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi.
Penyerahan  surat tawaran  kelulusan Permit Teksi Individu ini adalah untuk kali keduanya dan seramai 300 orang seramai 43 orang  telah dipilih  berdasarkan kelayakan untuk menerima geran bantuan kerajaan  bernilai RM5000 untuk memiliki kereta baru.
Pilihan kenderaan yang dibenarkan adalah kereta baru atau yang terpakai (berusia kurang daripada 7 tahun) dan mesti mempunyai penarafan minimum sebanyak tiga bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) atau lain-lain penarafan yang setara.
Model kenderaan terpilih yang layak di bawah ASEAN NCAP merangkumi jenama seperti Perodua, Proton, Toyota, VW, Honda, Ford, Daihatsu, Chevrolet, Isuzu, Nissan Mazda, Mitsubishi, Suzuki, Subaru, Tata, Peugeot, Hyundai, Kia, dan GWM.
Berbanding kumpulan pertama, kumpulan 2 yang menerima geran individu telah melalui proses saringan yang ketat oleh SPAD dengan kerjasama pihak polis dan JPJ dan menepati syarat kelayakan pelesenan SPAD dan telah pun diluluskan.
Untuk pengetahuan umum sehingga hari ini sudah 600 pemandu teksi mendapat manfaat dari skim yang di kendali kan oleh SPAD. Dari keseluruhan 300 pemandu yang telah mendapat lesen permit individu ini ,
Seramai 88 orang daripada  mereka telah menerima geran kerajaan sejumlah RM 5,000  untuk membantu  membeli kenderaan baru yang akan  di gunakan sebagai teksi. Sehingga kini, SPAD telah menerima lebih daripada 3,474 permohonan bagi lesen individu sejak Ogos 2016, manakala 1,722 permohonan telah diluluskan.
Sebelum majlis penyerahan kelmarin yang di rasmikan oleh Menteri Di jabatan Perdana Menteri Hajah Nancy Shukrti , seramai 343 orang pemandu teksi telah mendapat geran yang sama , di mana kesemua dana ini ada lah datang dari RM150 juta bajet 2017 yang di umum kan oleh Perdana Menteri.
Menurut  YB Dato’ Sri Hajah Nancy, pelbagai usaha kerajaan  dalam memastikan rakyat  mendapat pembelaan yang sepatutnya. Golongan sasar yang terlibat dalam system pengangkutan awam darat diberikan perhatian sewajarnya dengan pemberian lesen teksi individu.
Tindakan ini adalah adalah satu inisiatif progresif kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan dan menyelesaikan isu serta rungutan prmandu dan sekali gus meningkatkan mutu pengangkutan awam darat terutama perkhidmatan teksi.
KENYATAAN MEDIA
SKIM PEMILIKAN LESEN TEKSI INDIVIDU OLEH KERAJAAN DISAMBUT BAIK
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2017:
Inisiatif-inisiatif di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) untuk meningkatkan kebajikan pemandu teksi yang ingin meninggalkan sistem pajak terus menerima sambutan yang menggalakkan.
Seramai 600 pemandu teksi telah menerima lesen individu di bawah TITP sejak pemberian lesen kepada kumpulan pertama pada Mac 2017. Majlis hari ini meyaksikan 300 lagi pemandu menerima lesen teksi individu yang membolehkan mereka mengendalikan dan memandu teksi sebagai usahawan apabila mereka telah keluar daripada kontrak pajak di bawah syarikat teksi. Majlis penyerahan lesen individu ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.
Seramai 88 orang daripada penerima lesen individu pada hari ini juga telah menerima geran Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan untuk digunakan sebagai teksi. Sebelum ini, 343 pemandu teksi telah menerima geran tersebut di bawah peruntukan Kerajaan sebanyak RM150 juta seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam Bajet 2017.
Pilihan kenderaan yang dibenarkan adalah kereta baru atau yang terpakai (berusia kurang daripada 7 tahun) dan mesti mempunyai penarafan minimum sebanyak tiga bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) atau lain-lain penarafan yang setara. Model kenderaan terpilih yang layak di bawah ASEAN NCAP merangkumi jenama seperti Perodua, Proton, Toyota, VW, Honda, Ford, Daihatsu, Chevrolet, Isuzu, Nissan Mazda, Mitsubishi, Suzuki, Subaru, Tata, Peugeot, Hyundai, Kia, dan GWM.
Sehingga kini, SPAD telah menerima lebih daripada 3,474 permohonan bagi lesen individu sejak Ogos 2016, manakala 1,722 permohonan telah diluluskan. Para pemohon telah disaring oleh SPAD bagi memastikan mereka mempunyai rekod memandu yang bersih tanpa denda atau saman yang masih aktif serta bebas daripada kesalahan jenayah yang serius.
“TITP bertujuan meningkatkan kebajikan pemandu teksi dengan mewujudkan persekitaran yang sihat dan lebih adil di dalam industri. Dengan cara membenarkan individu yang berwibawa dan bertanggungjawab beralih keluar daripada sistem pajak, SPAD berharap kita dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi baharu yang akan meletakkan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan. Sekali gus dengan itu, mereka akan dapat meningkatkan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan,” kata YB Dato’ Sri Nancy Shukri.
Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara baru-baru ini membenarkan SPAD untuk meneliti kontrak sewa beli (pajak) bagi memastikan ianya adil bagi kedua-dua pihak. Di antara langkah-langkah yang akan diambil bagi menyediakan kontrak yang lebih saksama adalah termasuk syarat wajib yang dikenakan ke atas syarikat teksi bagi memberikan cuti sakit dan hari tanpa sewa untuk pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM, serta penyediaan perlindungan insurans komprehensif (pihak pertama) bagi kenderaan.

Mahathir- Tangan Yang Menjunjung dan Tangan Itu Juga Yang Membuang Bangsa Melayu

Nasionalis atau Ultra Melayu itu datangnya dari sejarah perjuangan Melayu itu sendiri, sejarah yang mana  berkisar kepada  penyatuan bangsa Melayu yang mana pada ketika itu telah ketinggalan jauh dalam  pelbagai bidang.
Kewujudan nasionalis dan ultra Melayu ini berjuang hanya untuk memastikan bangsa Melayu terus bangkit dari tidur yang panjang dimana saat penjajah Inggeris memuliakan Melayu dengan pelbagai jenis kemudahan tanpa bekerja.
Kebangkitan Melayu itu  apabila kesilapan yang dilakukan oleh Inggeris apabila cuba menubuhkan Gagasan Malayan Union. Disini bermulanya  titik penyatuan semua Melayu dalam erti kata yang sebenar.
Sejak itu baru lah munculnya seorang demi seorang nasionalis dan Ultra Melayu yang mana terus memberikan kesedaran bahawa terdapatnya perkara penting berkaitan Melayu yang seharusnya kita jaga bersama dalam penyatuan ini.
Ketika itu pada kebanyakan pemimpin pemimpin Melayu sejak awal lagi tidak mengamalkan prinsip prinsip nasionalis yang berjiwa chauvanist. Mereka tidak mengajak orang Melayu membenci sesiapa.
Mereka tidak mengapi-apikan anak bangsa mereka supaya membenci orang lain. Mereka tidak menghasut orang Melayu supaya bangkit mengusir sesiapa.
Tetapi apabila Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh pendatang-pendatang asing terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan membenci pada orang asing mula bertunas.
Ancaman yang telah buat ini lah yang telah menyedarkan  Melayu bahawa hak hak yang ada daripada orang Melayu mula dipertikaikan.
Sejak itu pemimpin silih berganti dan terus menyedarkan orang Melayu betapa  kekuatan Melayu itu adalah dari penyatuan melayu itu sender serta menjaga hak hak yang dipanggil ketuanan Melayu yang seharusnya dijaga baik.
Dari Dato Onn Jaafar hinggalah kepada pemimpin hari ini iaitu Najib Razak. Agernda yang sama terus dinobatkan untuk memastikan Melayu it uterus mempunyai kuasa politik disamping terus memastikan hak hak ketuanan Melayu  yang berteraskan wasiat Raja Melayu dijaga dengan baik.
Sepanjang  perjuangan itu, pemerintahan yang dikenali sebagai Ultra Melayu  pada ketika itu amat hebat memperjuangkan berkaitan hak Melayu dan ketuanan Melayu adalah di xaman Tun Dr Mahathir dimana zaman pemerintahan yang cukup lama selama 22 tahun.
Tanpa penguasaan ekonomi orang Melayu kehilangan kuasa mutlak untuk membuat tawar-menawar. Apa yang mereka ada hanyalah kuasa politik. Aliran baru dunia yang mendaulatkan kemajuan material menyebabkan  kuasa politik menjadi agak tawar.
Malangnya Melayu tercicir jauh. Mereka hanya menjadi saksi-saksi yang sakit apabila bercakap soal kemakmuran di negeri sendiri. Mereka kekal menjadi petani kecil yang memikul guni padi untuk dijual di kedai tauke Cina yang asalnya mungkin menumpang di tanah mereka
Berbagai langkah diambil termasuk Dasar Ekonomi baru dilancarkan oleh kerajaan untuk mengimbangi jurang perbezaan ini. Sedikit demi sedikit jurang tersebut telah dapat dinaikkan dan banyaklah dikalangan orang Melayu berada dipersada politik  dan bidang professional yang mana hasil pendekatan yang dilakukan oleh Kerajaan.
Nasib orang Melayu jauh berbeza dengan nasib kumpulan imigran, khususnya orang-orang Cina. Mereka umumnya memiliki kekuatan material, dan aliran baru yang melanda Tanah Melayu memungkinkan orang-orang Cina itu menggunakan kekuatan ekonomi mereka untuk membina kekuatan politik.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikenali sebagai seorang yang menjuarai hak-hak orang Melayu semasa pentadbirannya selama 22 tahun, Itu dahulu. Beliau juga pernah menulis di dalam blog beliau seperti di atas dengan berkata,
“Saya realist yang pegang kepada kenyataan. Memang Melayu menjadi Tuan di Tanah Melayu dulu”.
Tetapi kini Mahathir yang dulu  yang dikenali sebagai Ultra Melayu bukan lagi  dikenali sebagai pejuang yang akan memastikan hak hak ketuanan Melayu  yang dilaungkan satu ketika dahulu seharusnya dijaga.
Mahathir yang sekarang adalah Mahathir yang telah mengubah dasar perjuangan  yang Ultra kepada dasar perjuangan yang berteraskan liberal dan kesamarataan dengan mengubah perjuangannya bersama DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia.
Kerana kuasa politik menjanjikan kuasa material, namun aliran baru tersebut membawa wajah yang sebaliknya. Kekuatan politik menjanjikan kekuatan wang ringgit serta kuasa kini menjadi asas perjuangan Mahathir yang mana telah melakukan memperlihatkan wajahnya yang sebenar.
Bagaimanapun, Mahathir yang dahulu sanggup menangis kerana memperjuangakan ketuanan Melayu  dan Mahathir yang kini mengatakan bahawa beliau tidak percaya kepada ‘ketuanan Melayu’  setelah mengecapi selama 22 tahun hasil daripada perkataan yang mula dibencinya iaitu “Ketuanan Melayu”
Hari ini tiada lagi istilah Ketuanan Melayu dalam kamus Mantan Perdana Menteri 22 tahun yang juga ‘Top Dog’ Pakatan Harapan. Tun Dr Mahathir suatu ketika dulu telah dilabelkan sebagai ‘ultra Melayu’ oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman.
Kini apabila beliau berucap di hadapan DAP dan pemimpin-pemimpin Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi, nada beliau turut berubah.
Keinginan Mahathir untuk mendapat sokongan dari DAP  dapat diterjemahkan apabila  terus melebelkan orang Cina mengawal ekonomi manakalan orang Melayu melakukan dengan baik dalam politik sebelum mengatakan bahawa beliau tidak percaya kepada ‘Ketuanan Melayu’,
Untuk ketika ini  rakyat faham bahawa Mahathir memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi dari pengundi Cina dan sokongan kuat dari Parti DAP. Tun Dr Mahathir berubah sikap disebabkan politik dan untuk terus menjadi jurucakap DAP yang akan terus melakukan penentangan terhadap hak hak Melayu.
Sebagai mana sejarahnya PAS , Mahathir juga akan terus alat kepada DAP. Mahathir tidak perdulikan soal  pejuangan yang dilaungnya dahulu  tetapi perkara yang penting ialah  memastikan agenda nya tercapai berasama  rakan sekutunya DAP dan Lim Kit Siang, yang hanya mahu memperalatkannya sahaja
Namun begitu, Sebagaimana kata kata sinis Khalid Ibrahim bahawa pistol bukan lagi ditangan  Mahathir adalah mencerminkan bahawa bagaimana kekemarukan kuasa politik yang mernjanjikan berbagai  kuasa dapat dicapai dalam apa cara sekali.

Bukan Sekadar Janji Seperti PH- Barisan Nasional Pimpinan Najib Terus Memacu Ekonomi Negara Untuk Rakyat


Kebergantungan kepada satu sumber yang ada sebagai  sumber untuk membangunkan Negara  adalah salah satu dari kaedah yang akan menjurus kepada kelembaban  gerakan ekonomi dan akan mengakibatkan  Negara  dalam keadaan yang tidak stabil.
Tindakan  ini akan menjadikan pergerakan pembangunan dalam Negara berada dalam keadaan yang tidak memuncak, malah ianya akan menjadikan Malaysia kepada sebuah  Negara yang tidak mempunyai pembangunan yang seimbang.
Krisis kewangan yang melanda Asia bermula pada Julai 1997 merupakan satu fenomena yang telah menjejaskan aktiviti perdagangan dan hampir melumpuhkan ekonomi negara-negara terbabit termasuk Malaysia dimasa itu telah dipimpin oleh Mahathir .
Zaman 22 tahun pemerintahan Mantan Perdana Menteri Mahathir kerajaan  hanya bergerak dengan hasil yang dijana melalui hasil petroleum  yang menyumbang sebanyak 41% setiap tahun kepada hasil Negara.
Meletakkan 41% hasil petroleum sebagai dana untuk membangunkan Negara sudah pastinya Negara akan menghadapi pelbagai masalah dam memastikan kesejahteraan dan keperluan rakyat dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian peralihan kuasa pemerintah bertukar tangan dan  pada hari ini kerajaan yang mana dibawah kepimpinan Najib Razak telah mengolah satu bentuk transformasi dalam segala bidang untuk memastikan sumber dapat diagihkan dengan tepat dan  memberi impak kepada rakyat.
Salah satu cara yang dipersetujui dan dahulunya ianya dibincangkan semasa Anwar Ibrahim masih lagi dalam barisan kerajaan ialah melaksanakan system,percukaian yang efektif dan telah dilaksanakan serata dunia.
Langkah mempelbagaikan sumber termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah menyelamatkan ekonomi negara daripada keadaan tenat. Sekarang semuanya telah terbukti dimana rakyat terus menerima pelbagai bentuk pembangunan dan juga skim yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Sistem percukaian ini juga dipersetujui oleh pihak pembangkang dimana akan melaksanakan pada  kadar semasa mengikut keperluan yang mana bermula dengan 0% dan akan berubah ubah mengikuta gerakan ekonomi semasa.
Dato Seri Najib dalam ucapan yang diberikan kepada rakyat Balik Pulau terus membidas pihak pembangkang  dimana sepanjang pemerintahan mereka  didua buah negeri telah melakukan pembohongan  kepada rakyat.
Janji janji yang diberikan kepada rakyat hanya retorik semata mata dan hanya untuk mendapatkan sokongan, Setelah memenangi penindasan kepada rakyat dilakukan tanpa belas kasihan. Janji pembanguna yang diberikan bukan untuk rakyat ianya hanya pembangunan  untuk memperkayakan kroni mereka sahaja.
Dalam merancakkan gerakan ekonomi Negara Najib Razak yang kini menerajui Negara  tidak melakukan pergantungan pukal kepada hasil minyak dan gas , malah hanya 14% sahaja yang digunakan dan selebihnya datang nya dari pelbagi sumber pendapatan.
Kerajaan komited dalam memastikan segala bentuk kekurangan serta pembangunan yang tertinggal sejak dahulu lagi dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin. Transformasi pengangkutan awam darat yang mana menjadi nadi pengerak kepantasan ekonomi setempat terus dibangunkan.
MRT, ECRL, HSR dan lebuhraya yang dibina  tanpa menggunakan kaedah konsesi terus diberikan kepada rakyat tanpa perlu rakyat menanggun beban  bayaran lain  kecuali tambang. Pembiayaan sepenuhnya projek projek untuk rakyat ini ditanggung oleh kerajaan.
Tetapi ianya mat berlainan sekali dengan pihak pembangkang dimana  setiap pembangunan yang durancang dan ianya telah mengikis wang rakyat dengan harga projek yang tidak masuk akal. Malah projek yang dilaksanakan tidak memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.
Begitu juga dengan janji jani yang dinyatakan sebelum ini, sehingga kini sebanyak 51 janji pilihanraya tidak pernah disentuh dan tidak pernah ada rancangan untuk dilaksanakan. Malah pihak pembangkang  terus menyusahkan rakyat dengan pelbagai kenaiakn termasuk tariff air.
Najib yang juga Menteri Kewangan  dalam kenyatannya  menyatakan bahawa jika kutipan GST memberikan hasil sebanyak RM41 billion kepada sumber kewangan kerajaan dan sekiranya pelaksanaan GST dihentikan, ia akan memberi masalah kepada pentadbiran negara.
Setiap tahun, belanjawan negara bernilai RM220 billion dan bajet pembangunan negara dianggarkan dalam RM45 billion setiap tahun. Kalau ditolak dengan kutipan GST, negara hampir-hampir tiada peruntukan setiap tahun untuk pembangunan.
Perkara ini lah yang telah berlaku di zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun dimana pergantungan kepada hasil minyak dan gas telah merencatkan pembangunan system pengangkutan awam yang seharusnya sudah lama dinikmati oleh  rakyat.
Kegagalan untuk menyiapkan projek dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan  pada masa itu menunjukkan bahawa  kebergantungan kepada satu sumber akan memberikan impak yang besar kepada gerakan pengembangan ekonomi setempat.
Tetapi sekarang  segala usaha pembangunan yang dilaksanakan itu menunjukkan kemampuan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mentransformasikan negara demi kesejahteraan rakyat.
Keadaan ini berbeza dengan pembangkangn yang hanya pandai berjanji untuk mendapatkan sesuatu tetapi tidak menepati janjinya seperti kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini . Segala jani tidak boleh pakai sebab tidak berasaskan reality.
Maka tertipu lagi rakyat yang telah termakan janji pembangkang.  Begitu juga dengan pembangunan kilang Lynas di Gebeng dimana pihak pembangkang terus membohongi rakyat tentang bahayanya kilang Lynas tersebut.
Namun pada masa yang sama kita telah mendengar berita bagimana kilang haram banyak dibina tanpa kelulusan dan  ianya telah banyak memberikan kesan pencemaran  alam sekitar dan membahayakan kesihatan rakyat.
Isu kilang haram di Sungai Lembu yang didakwa mencemarkan alam sekitar dan menyebabkan masalah kesihatan telah dibangkitkan sendiri oleh wakil PKR sedangkan isu Lynas tidak pernah dilapor menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan sekitarnya seperti yang didakwa pembangkang.
Sebelum ini (Isu) Kilang Lynas diperbesarkan dan dijadikan isu sebelum pilihan raya kononnya menjadi punca kepada masalah radiasi, Pembangkang dalam pembohongan mereka  terus menakutkan  penduduk akan terkena kanser dan mati tetapi sampai hari ini tiada orang yang mati di Kuantan sebab Lynas.
Sebenarnya itulah cara pembangkang membohongi rakyat, malah mereka akan terus melakukan pembohongan serta janji janji palsu uantuk memastikan mereka akan terus mendapat kuasa dan peluang yang diberikan oleh pengundi kepada mereka.
Sejarah politik pembangkang banyak celanya dan tidak ada satu pun yang membantu kepentingan rakyat.
Justeru itu semua pengundi harus sedar bahawa kertajaan yang sedia ada  adalah kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan rkayt menikmati setiap perkembangan pembagunan yang berlaku dan terus memacu  Negara dengan lebih baik lagi.
Biarkan lah pembangkang dengan angan angan dan biarkan lah mereka dengan isu politik kebencian  dan perkauman  yang menjadi amalan mereka.

Perlancaran Bas Elektrik – Putrajaya Melangkah Kearah Bandaraya Mesra Alam berteknologi Hijau #SPAD #NEDO

Telah banyak Negara didunia mulai sedar tentang pencemaran yang amat serius diruang udara akibat pembuangan karbon yang berlebihan dari asap kenderaan yang berasaskan bahan api fosil.
Pembuangan karbon ini telah menyebabkan berlakunya pemanasan udara dan  juga menyebabkan penipisan lapisan orzon dan memudaratkan kesihatan. Berbagai penyakit dikesan akibat dari pencemaran udara yang berlebihan.
Salah satu penyumbang terbesar pencemaran ini adalah dari asap kenderaan. Jumlah kenderaan yang kian bertambah saban tahun semakin memburukkan keadaan. Namun kini beberapa alternatif boleh dijadikan pilihan buat pembeli kenderaan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ini. Kenderaan-kenderaan ini juga lebih dikenali sebagai kenderaan mesra alam.
Berita mengenai kenderaan mesra alam ini telah kita dengai serjak tahun 2011 hingga  2916  lagi, dimana  kita sudah ada teknologi percubaan yang dibuat kepada kenderaan awam iaitu basyang diberi naman  EBIM (Elektrik Bas Inovasi Malaysia) EBIM dihasilkan oleh Sync R&D Sdn Bhd dan telah dibangunkan sejak 2011.
Begitu juga dengan kereta yang digerakkan dengan kuasa letrik Kenderaan elektrik Tesla ini akan diperkenalkan dan dilancarkan khusus untuk kegunaan badan kerajaan (GLC), hasil usaha pihak Malaysian Green Technology Corporation (MGTC).
Hari ini segala yang dirancangkan mengenai pembangunan kenderaan yang menggunakan elektrik sebagai tenaga pengerak dan bukan lagi  bahan yang berasaskan fosil telah mula dilancarkan di Putrajaya.
Idea dan Kreatif serta kesedaran terhadap alam sekitar disamping melaksanakan dasar Transformasi Pengangkutan Awam Darat, Putrajaya tidak mahu ketinggakan dalam memastikan penggunaan kenderaan yang lebih efeksien dan berteknologi.
Justeru itu, Putrajaya dirancang sebagai sebuah Bandar berteknologi hijau pada tahun 2025 dimana Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menempa satu lagi sejarah  dengan pelancaran Projek Bas Elektrik PUTRA NEDO pada hari ini (28 Ogos 2017) dan telah diadakan di Putrajaya Sentral Presint 7.
YBhg. Datuk Seri Adnan Md Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan yang merasmikan pelancaran ini yang turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya serta Mr. Makoto Watanabe, Executive Director of New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) Jepun.
Kenderaan mesra alam yang semakin giat dibangunkan adalah kenderaan elektrik. Ianya paling berkesan dalam mengurangkan pembuangan asap pencemaran kerana tanpa asap tercemar. Kenderaan ini dikuasakan sepenuhnya oleh bateri sebagai sumber kuasa.
Difahamkan bahawa dengan menggunakan kederaan ini , iaitu bas yang menggunakan kuasa elekterik , kualiti udara dalam pelepasan karbon yang dihasilkan oleh bahan api berasaskan fosil akan dapat dikurangkan sebanyak 40%.
Kelebihan bas elekrtik berbanding bas konvensional ialah ia bukan sahaja tidak mencemarkan udara malahan tidak menghasilkan bunyi bising enjin diesel. Penumpang juga akan lebih selesa kerana tidak seperti enjin diesel, bas elektrik tidak menghasilkan gegaran ketika bergerak.
Untuk memudahkan operasi penambahan kuasa elektrik kenderaan ini, Maka 3 buah terminal telah dibina khas bagi menempatkan bas SQC ini. Terminal tersebut ialah di Putrajaya Sentral dan depoh bas di Presint 14.
Bas ini akan menjalankan operasi secara komersial telah bermula pada 8 Jun 2017 dengan sebanyak 8 unit bas. Bas-bas tersebut bergerak melalui 2 laluan sepanjang 23 kilometer di sekitar Putrajaya. Lebih menarik lagi dua bas dua tingkat bakal diguna pakai sebagai pelancongan di Putrajaya pada 2018 nanti.
Untuk maklumat, NEDO adalah sebuah syarikat dari Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1980. Ia merupakan sebuah syarikat yang menangani masalah tenaga dan alam sekitar global serta meningkatkan teknologi perindustrian
Perpadanan Putrajaya telah menjalinkan usahasama ini sejak 2015 lagi, Sejak 2015 lagi. Oleh itu sebagai projek jangka panjang dan kearah sebuah Bandar hijau sebagaimana yang dirancang oleh PPj  untuk masa akan datang.
NEDO telah melantik beberapa syarikat sebagai Japanese Consortium antaranya ialah Toshiba Infrastructure System & Solutions Corporation, HASETEC Corporation, PUES Corporation dan Oriental Consultants Global Co. Ltd sebagai pelaksana projek ini.
Selain itu, projek ini turut menjalin kerjasama dengan anak syarikat milik penuh PPj iaitu Pengangkutan Awam Putrajaya Travel and Tours Sdn. Bhd. (PAPTT) sebagai sebuah syarikat tempatan yang bersama sama  didalam perlaksanaan projek hijau di Putrajayaini.
Dua pilihan kenderaan mesra alam ini adalah jawapan yang ada untuk kita dalam mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar ini. Namun ianya masih belum dapat digunakan secara meluas oleh orang ramai disebabkan oleh faktor harganya yang agak mahal.
 
Copyright © 2014 PenangKini.