BREAKING NEWS

Wednesday, 9 August 2017

26 motosikal, dua kereta hangus

26 motosikal dan buah kereta musnah dalam kebakaran di parkir sebuah hotel di Jalan Siam di sini, awal pagi tadi.

Kesemua kenderaan terbabit diletakkan di kawasan parkir di Hotel Inn disini hangus dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.35 pagi dan tiba di tempat kejadian 14 minit kemudiannya.

Menurutnya, ketika tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati api marak di kawasan parkir hotel tersebut.


"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6.06 pagi yang melibatkan 21 anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Perak.

"Tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dilaporkan. Kes kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat kebakaran bomba (FIO) untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.
 
Copyright © 2014 PenangKini.