BREAKING NEWS

Monday, 21 August 2017

Abdul Azeez sedia jadi perantara masyarakat India

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sedia berhadapan dengan masyarakat India termasuk Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) bagi menerangkan isu semasa yang berkaitan dengan kaum berkenaan.

Beliau berkata, masyarakat India harus sedar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan dan kepentingan kaum tersebut.


"Saya sedia menjadi perantara antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan masyarakat India yang mana saya boleh menjelajah ke seluruh negara bercakap dengan masyarakat India apa yang Datuk Seri Najib lakukan untuk mereka.

"Dalam isu ini, saya minta Hindraf berjumpa saya dan saya boleh memberikan penerangan kepada mereka dalam bahasa Tamil," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Kuala Krau di Dewan Simpang Peragap di sini, hari ini.

Remaining time: 10s Powered By YuMe
Yang hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said. - UTUSAN ONLINE

 
Copyright © 2014 PenangKini.