BREAKING NEWS

Wednesday, 9 August 2017

Apa lagi yang Lim Guan Eng sembunyikan dari rakyat Pulau Pinang?


1. Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng nampaknya sekali lagi telah memperbodohkan diri beliau sendiri apabila cubaan beliau untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang gagal. Ini berikutan kenyataan beliau sebelum ini yang berbangga apabila  95% hutang kerajaan Pulau Pinang berjaya dikurangkan adalah kerana konon nya hasil urus tadbir baik atau polisi CAT  kerajaan negeri. 



2. Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, ianya pertama sekali membuktikan bahawa pengurangan 95% hutang di Pulau Pinang adalah ekoran *bantuan dari Kerajaan Persekutuan*. Ia sememangnya bukan disebabkan ‘urus tadbir yang baik’ atau polisi CAT. Kenapa perkara ini cuba disembunyikan oleh Joseph Lim Guan Eng?

3. Malah, bukan sahaja kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional membantu kerajaan Pulau Pinang melangsaikan hutang mereka, lebih dari itu kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh BN turut *menyalurkan dana berbentuk geran berjumlah RM1.2 bilion* untuk memperluaskan Empangan Mengkuang. Bantuan ini juga cuba dirahsiakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada rakyat di negeri sebelum ini. Mengapa?

4. Jika dilihat dari keseluruhan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada DAP Pulau Pinang, ianya sudah berjumlah hampir RM1,887.8 juta (RM1.8 bilion) dimana berikutan perjanjian penstrukturan air pada 2011, Kerajaan Persekutuan mengambilalih hutang RM655.24 juta ditambah pula memberi geran kepada kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak RM 1.2 billion. 

5. Ini juga membuktikan bahawa kerajaan *Persekutuan Barisan Nasional tidak pernah "anak tiri" kan Pulau Pinang* seperti yang selalu diperkatakan pemimpin DAP. Malah bantuan berterusan diberikan Kerajaan BN. kepada kerajaan negeri bagi memastikan rakyat Pulau Pinang terus hidup dalam keadaan yang baik dan sejahtera.

6. Nampaknya *polisi CAT yang dibawa oleh DAP telah gagal* dalam mentadbir kerajaan dengan baik sehingga bantuan terpaksa diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada Joseph Lim Guan Eng dan kawan - kawan beliau. Persoalanya sekarang, apa lagi bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang yang Joseph Lim Guan Eng cuba sembunyikan dari rakyat di negeri ini? 

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia.
 
Copyright © 2014 PenangKini.