BREAKING NEWS

Wednesday, 30 August 2017

Bukan Sekadar Janji Seperti PH- Barisan Nasional Pimpinan Najib Terus Memacu Ekonomi Negara Untuk Rakyat


Kebergantungan kepada satu sumber yang ada sebagai  sumber untuk membangunkan Negara  adalah salah satu dari kaedah yang akan menjurus kepada kelembaban  gerakan ekonomi dan akan mengakibatkan  Negara  dalam keadaan yang tidak stabil.
Tindakan  ini akan menjadikan pergerakan pembangunan dalam Negara berada dalam keadaan yang tidak memuncak, malah ianya akan menjadikan Malaysia kepada sebuah  Negara yang tidak mempunyai pembangunan yang seimbang.
Krisis kewangan yang melanda Asia bermula pada Julai 1997 merupakan satu fenomena yang telah menjejaskan aktiviti perdagangan dan hampir melumpuhkan ekonomi negara-negara terbabit termasuk Malaysia dimasa itu telah dipimpin oleh Mahathir .
Zaman 22 tahun pemerintahan Mantan Perdana Menteri Mahathir kerajaan  hanya bergerak dengan hasil yang dijana melalui hasil petroleum  yang menyumbang sebanyak 41% setiap tahun kepada hasil Negara.
Meletakkan 41% hasil petroleum sebagai dana untuk membangunkan Negara sudah pastinya Negara akan menghadapi pelbagai masalah dam memastikan kesejahteraan dan keperluan rakyat dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian peralihan kuasa pemerintah bertukar tangan dan  pada hari ini kerajaan yang mana dibawah kepimpinan Najib Razak telah mengolah satu bentuk transformasi dalam segala bidang untuk memastikan sumber dapat diagihkan dengan tepat dan  memberi impak kepada rakyat.
Salah satu cara yang dipersetujui dan dahulunya ianya dibincangkan semasa Anwar Ibrahim masih lagi dalam barisan kerajaan ialah melaksanakan system,percukaian yang efektif dan telah dilaksanakan serata dunia.
Langkah mempelbagaikan sumber termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah menyelamatkan ekonomi negara daripada keadaan tenat. Sekarang semuanya telah terbukti dimana rakyat terus menerima pelbagai bentuk pembangunan dan juga skim yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Sistem percukaian ini juga dipersetujui oleh pihak pembangkang dimana akan melaksanakan pada  kadar semasa mengikut keperluan yang mana bermula dengan 0% dan akan berubah ubah mengikuta gerakan ekonomi semasa.
Dato Seri Najib dalam ucapan yang diberikan kepada rakyat Balik Pulau terus membidas pihak pembangkang  dimana sepanjang pemerintahan mereka  didua buah negeri telah melakukan pembohongan  kepada rakyat.
Janji janji yang diberikan kepada rakyat hanya retorik semata mata dan hanya untuk mendapatkan sokongan, Setelah memenangi penindasan kepada rakyat dilakukan tanpa belas kasihan. Janji pembanguna yang diberikan bukan untuk rakyat ianya hanya pembangunan  untuk memperkayakan kroni mereka sahaja.
Dalam merancakkan gerakan ekonomi Negara Najib Razak yang kini menerajui Negara  tidak melakukan pergantungan pukal kepada hasil minyak dan gas , malah hanya 14% sahaja yang digunakan dan selebihnya datang nya dari pelbagi sumber pendapatan.
Kerajaan komited dalam memastikan segala bentuk kekurangan serta pembangunan yang tertinggal sejak dahulu lagi dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin. Transformasi pengangkutan awam darat yang mana menjadi nadi pengerak kepantasan ekonomi setempat terus dibangunkan.
MRT, ECRL, HSR dan lebuhraya yang dibina  tanpa menggunakan kaedah konsesi terus diberikan kepada rakyat tanpa perlu rakyat menanggun beban  bayaran lain  kecuali tambang. Pembiayaan sepenuhnya projek projek untuk rakyat ini ditanggung oleh kerajaan.
Tetapi ianya mat berlainan sekali dengan pihak pembangkang dimana  setiap pembangunan yang durancang dan ianya telah mengikis wang rakyat dengan harga projek yang tidak masuk akal. Malah projek yang dilaksanakan tidak memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.
Begitu juga dengan janji jani yang dinyatakan sebelum ini, sehingga kini sebanyak 51 janji pilihanraya tidak pernah disentuh dan tidak pernah ada rancangan untuk dilaksanakan. Malah pihak pembangkang  terus menyusahkan rakyat dengan pelbagai kenaiakn termasuk tariff air.
Najib yang juga Menteri Kewangan  dalam kenyatannya  menyatakan bahawa jika kutipan GST memberikan hasil sebanyak RM41 billion kepada sumber kewangan kerajaan dan sekiranya pelaksanaan GST dihentikan, ia akan memberi masalah kepada pentadbiran negara.
Setiap tahun, belanjawan negara bernilai RM220 billion dan bajet pembangunan negara dianggarkan dalam RM45 billion setiap tahun. Kalau ditolak dengan kutipan GST, negara hampir-hampir tiada peruntukan setiap tahun untuk pembangunan.
Perkara ini lah yang telah berlaku di zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun dimana pergantungan kepada hasil minyak dan gas telah merencatkan pembangunan system pengangkutan awam yang seharusnya sudah lama dinikmati oleh  rakyat.
Kegagalan untuk menyiapkan projek dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan  pada masa itu menunjukkan bahawa  kebergantungan kepada satu sumber akan memberikan impak yang besar kepada gerakan pengembangan ekonomi setempat.
Tetapi sekarang  segala usaha pembangunan yang dilaksanakan itu menunjukkan kemampuan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mentransformasikan negara demi kesejahteraan rakyat.
Keadaan ini berbeza dengan pembangkangn yang hanya pandai berjanji untuk mendapatkan sesuatu tetapi tidak menepati janjinya seperti kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini . Segala jani tidak boleh pakai sebab tidak berasaskan reality.
Maka tertipu lagi rakyat yang telah termakan janji pembangkang.  Begitu juga dengan pembangunan kilang Lynas di Gebeng dimana pihak pembangkang terus membohongi rakyat tentang bahayanya kilang Lynas tersebut.
Namun pada masa yang sama kita telah mendengar berita bagimana kilang haram banyak dibina tanpa kelulusan dan  ianya telah banyak memberikan kesan pencemaran  alam sekitar dan membahayakan kesihatan rakyat.
Isu kilang haram di Sungai Lembu yang didakwa mencemarkan alam sekitar dan menyebabkan masalah kesihatan telah dibangkitkan sendiri oleh wakil PKR sedangkan isu Lynas tidak pernah dilapor menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan sekitarnya seperti yang didakwa pembangkang.
Sebelum ini (Isu) Kilang Lynas diperbesarkan dan dijadikan isu sebelum pilihan raya kononnya menjadi punca kepada masalah radiasi, Pembangkang dalam pembohongan mereka  terus menakutkan  penduduk akan terkena kanser dan mati tetapi sampai hari ini tiada orang yang mati di Kuantan sebab Lynas.
Sebenarnya itulah cara pembangkang membohongi rakyat, malah mereka akan terus melakukan pembohongan serta janji janji palsu uantuk memastikan mereka akan terus mendapat kuasa dan peluang yang diberikan oleh pengundi kepada mereka.
Sejarah politik pembangkang banyak celanya dan tidak ada satu pun yang membantu kepentingan rakyat.
Justeru itu semua pengundi harus sedar bahawa kertajaan yang sedia ada  adalah kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan rkayt menikmati setiap perkembangan pembagunan yang berlaku dan terus memacu  Negara dengan lebih baik lagi.
Biarkan lah pembangkang dengan angan angan dan biarkan lah mereka dengan isu politik kebencian  dan perkauman  yang menjadi amalan mereka.
 
Copyright © 2014 PenangKini.