BREAKING NEWS

Thursday, 24 August 2017

CAP gesa kotak rokok kecil kekal haram

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengekalkan pengharaman rokok kotak kecil kerana dilihat mampu menarik golongan belia dan wanita untuk membelinya.
Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata tiada alasan kotak 7 dan 8 batang yang diharamkan pada 2006 serta kotak 14 batang yang diharamkan pada 2010 perlu dijual semula seperti cadangan daripada industri tembakau.
“Rokok kotak kecil yang berisi kurang daripada 20 batang mampu dibeli oleh golongan belia dan itu tidak menghalang perokok membeli lebih banyak rokok kerana mereka mampu membelinya.“Jadi CAP berpendapat tiada alasan kotak kecil dijual semula memandangkan kerajaan mengambil begitu banyak usaha mengharamkannya dan mengapa perlu mengikut cadangan industri tembakau kembalikan penjualan itu,” katanya.
Mohamed Idris berkata terdapat kira-kira 2.7 juta perokok daripada golongan belia berusia 13 hingga 15 tahun ketika ini dan CAP bimbang jika penjualan rokok kotak kecil dibenarkan semula, jumlah perokok muda terus meningkat.
Beliau berkata CAP menggesa kerajaan bertindak tegas dan tidak menerima pujukan industri tembakau untuk menjual semula rokok kotak kecil.
 
Copyright © 2014 PenangKini.