BREAKING NEWS

Wednesday, 16 August 2017

Di mana suara Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam Kes ADUN Penanti




Baru-baru ini, seorang Exco Pulau Pinang Ditahan SPRM kerana melindungi kilang haram Selama 10 Tahun iaitu selama dua penggal Kerajaan DAP memerintah di Pulau Pinang.

Jika Kerajaan DAP boleh merobohkan puluhan perkampungan dan Gerai-gerai yang didakwa mereka sebagai haram namun selama dua penggal jugalah DAP memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dengan melindungi kilang-kilang haram di negeri itu.

Terdapat kira kira 200 kilang haram dan tidak ada satu pun yang dirobohkan selama 10 tahun iaitu sama jangka hayat DAP memerintah negeri di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Perkara itu akhirnya terbongkar apabila Exco Pulau Pinang dari DAP, Phee Boon Poh ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan melindungi kilang haram di negeri itu.

Siasatan turut melibatkan sebuah kilang penapis karbon haram di Bukit Mertajam dan menurut dakwaan, kilang berkenaan sudah mengeluarkan asap berbahaya sejak 10 tahun lepas tanpa ada satu tindakan pun diambil oleh pihak berkuasa di negeri itu.

MENJADI PERHATIAN SELEPAS EXCO DITAHAN SPRM

Phee Boon Poh ditahan anggota SPRM ketika memberi kenyataan di pejabat agensi pencegahan rasuah itu baru-baru ini.

Dikatakan Exco DAP berkenaan ada menyerahkan surat kepada kerajaan negeri supaya kilang berkenaan tidak dirobohkan padahal ia sudah lama beroperasi secara tidak sah.

Surat itu menunjukkan campur tangan rasmi kerajaan DAP melindungi kilang haram dan seperti yang kita tahu kalau hal-hal lain seperti meroboh perkampungan dan gerai di tepi jalan kerajaan DAPlah paling 'juara' dalam merobohkan dan melenyapkannya dengan bermacam-macam sebab.

Kerja merobohkan gerai-gerai khususnya gerai dari peniaga-peniaga kecil juga banyak merata-rata di Pulau Pinang.

Cari sahaja dalam Google sudah pasti akan menemui video penguatkuasa Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai ini. Malah, hanya di Penang sahaja, ada peniaga gerai sanggup curi lori penguatkuasa dan maki Guan Eng secara terbuka dalam Facebook.

PUNCA PENYAKIT KANSER

Dalam isu kilang haram ini, Pengarah Jabatan Kesihatan, Datuk Dr M Sukumar mengesahkan 11 daripada 500 orang penduduk di Sungai Lembu menderita akibat kanser.

malah menurut Adun PKR Penanti, beliau telah membuat lawatan mengejut bersama Pejabat Tanah dan MPSP ke kilang bakar sawdust (habuk kayu) dalam ladang kelapa sawit.

" Baru dapat aduan yang 40 dari 500 penduduk Sungai Lembu sakit kanser semasa program ziarah CNY dan mereka khuatir mungkin datang dari aktiviti pembakaran di kilang haram ini" seperti yang dimuat naik di Facebooknya pada 18 februari 2015.

bagi perkampungan kecil seperti ini, angka-angka ini agak tinggi.

Menurut laporan Institut Kanser Kebangsaan, kadar kanser peringkat nasional adalah sebanyak 86.9 peratus dan 89 peratus bagi setiap 100,000 penduduk lelaki dan perempuan.

Kanser boleh adalah penyakit yang boleh membawa maut, tetapi bagaimana mereka sanggup lindungi kilang haram dan biarkan rakyat kena kanser.

dan lebih memuskilkan apabila Exco Alam Sekitar Kerajaan Pulau Pinang dikatakan menjadi dalang pula di dalam isu ini.

Takkan Guan Eng tidak tahu menahu berkenaan perkara itu?. Menurut beliau, dia sendiri tidak tahu perkara ini berlaku. Ini hanya lakonan Guan Eng semata mata.

Sebagai Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Boon Poh mesti tahu statistik kanser akibat kilang haram berkenaan.

Kalau terus melindungi kilang haram itu, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena disebaliknya.

Oleh kerana itulah, Boon Poh ditahan oleh SPRM kerana disyaki terlibat dengan unsur rasuah lindungi kilang haram.  Bila Boon Poh dipakaikan baju lokap SPRM, Adakah Guan Eng mulai gelisah akan nasibnya selepas ini?

DI MANA AHLI PARLIMEN

Mungkin juga ramai tidak tahu, bahawa DUN ini terletak dibawah parlimen Permatang Pauh, dimana ahli Parlimennya ialah Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR.

Jadi di mana pula suara Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh di dalam isu pencemaran Alam Sekitar dan Rasuah ini? Adakah beliau tidak peka dengan nasib penduduk-penduduk di Sungai Lembu itu?

Wan Azizah juga di dalam kenyataan medianya semalam berkata beliau cukup prihatin akan isu pencemaran yang berlaku di kawasan Sungai Lembu.

"Warga tempatan jelas mahukan isu pencemaran yang mereka hadapi ditangani, yang dizahirkan dalam sebuah memorandum yang ditandatangani seramai 168 orang penduduk dan diserahkan kepada YB Norlela Ariffin, ADUN Penanti yang kemudiannya menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Namun dengan hanya menyatakan rasa prihatin adakah ianya sudah mencukupi dan apabila SPRM menjalankan tugas mereka selepas mendapat aduan dari Adun Penanti, beliau menyatakan SPRM seperti melakukan " Pendakwaan Terpilih". Bukankah beliau seharusnya menyokong usaha Dr norlela dan SPRM di dalam memperjuangkan aduan penduduk di di Sg Lembu itu.

Adakah siasatan mengenai Exco Pulau Pinang itu lebih besar dari masalah yang sedang dihadapi oleh penduduk di situ.  Soalnya dimanakah keutamaan yang harus diperjuangkan Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen, Siasatan SPRM atau Aduan rakyat Permatang Pauh dahulu?

Atau Wan Azizah dan suaminya lebih berminat mempertahankan nasib ahli Politik dari masalah yang dihadapi oleh Penduduk dan pengundi mereka di Permatang pauh.
 
Copyright © 2014 PenangKini.