BREAKING NEWS

Saturday, 12 August 2017

Exco Kanan Guan Eng Ditahan SPRM Kerana Kes Kilang Haram



1.  Nampak tak senjata SPRM? Baru saja Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang menandatangi Ikrar Bebas Rasuah pada 4 Ogos lalu hari ini 11 Ogos Exco paling kaya DAP Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar ditahan SPRM kerana kes kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti.

2. Bukan main sombong Lim Guan Eng menambah 10 IBR kononnya serius menolak rasuah dan kini kerajaan DAP Lim Guan Eng diuji untuk membuktikan sama ada mereka menunaikan IBR atau tidak.




3. Phee Boon Poh adalah sepupu kepada Phang Li Koon yang didakwa di mahkamah bersama Lim Guan Eng kerana kes rasuah dan salah guna kuasa pertukaran status tanah dan pembelian banglo murah. Malah Phee Boon Poh menjadi wakil kepada Phang Li Koon membuat perakuan sumpah palsu berhubung kes banglo rumah murah dan harta miliknya.


Phee Boon Poh sangat rapat dengan Lim Guan Eng.
4. Isu kilang haram telah dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti Dr Norlela Ariffin pada persidangan DUN yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri pimpinan DAP, malah sesetengah kilang itu tidak mengikut garis panduan keselamatan dan tidak mematuhi prosedur alam sekitar.

5. Bayangkan 15 tahun kilang beroperasi secara haram dan berapa banyak surat sokongan serta arahan Phee Boon Poh kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai melindungi pemilik kilang haram. Berapa banyak rasuah yang diterima Phee Boon Poh? Apa hubungan Exco DAP paling kaya ini dengan pemilik kilang?

6. Phee Boon Poh akan dibawa ke mahkamah esok untuk kebenaran tahanan reman. Esok sama-sama menanti Ohee Boon Poh dengan baju berwarna jingga "Lokap SPRM".

Saksikan "so what?" dan saat-saat Phee Boon Poh ditahan SPRM




SUMBER
 
Copyright © 2014 PenangKini.