BREAKING NEWS

Tuesday, 15 August 2017

Forum ‘Nothing to Hide’ jadi ‘Everything to Hide’ - Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku

Penyokong pembangkang yang hadir di forum “Nothing to Hide 2.0” yang dilanda keganasan sebenarnya terganggu kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak upaya menjawab soalan mengenai skandal pentadbirannya, seperti pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim 1999 dan peristiwa Memali 1985, kata pegawai perdana menteri.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata PPBM bertanggungjawab sepenuhnya kerana program terus-terang itu dianjurkan dan diuruskan mereka, serta dihadiri pemimpin dan penyokong parti itu.

“Menyalahkan hiruk-pikuk itu kepada Umno ialah cubaan pembangkang untuk menutup tindakan memalukan ahli sendiri,” kata Tengku Sariffuddin dalam kenyataan hari ini.
“Forum ‘Nothing to Hide 2.0’ sebaliknya jadi forum ‘Everything to Hide'”.

Beliau menambah semua orang tahu Pakatan Harapan secara asasnya bukan gabungan yang utuh, terbentuk daripada keperluan ahli politik yang pernah saling bermusuhan selama berdekad.
“Tuduhan rambang terhadap Umno dan perdana menteri oleh pemimpin Pakatan Harapan dan Azmin Ali (naib presiden gabungan) tidak betul, semberono dan tidak wajar. Ia cubaan jelas untuk mengalihkan perhatian daripada perpercahan dalam PPBM,” katanya.


Beliau menegaskan pihak berkuasa akan menyiasat kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan yang perlu mengikut undang-undang.

“Jika PH tidak mampu menganjurkan forum tanpa kekacauan, kita hanya boleh bayangkan apa yang akan berlaku pada Malaysia. Nyata sekali bencana akan melanda negara jika pembangkang yang diterajui DAP berkuasa pada pilihan raya umum nanti.”

Susulan insiden baling suar yang turut menyaksikan kebakaran di dalam Dewan Raja Muda Musa petang semalam, penganjur menamatkan forum itu kurang 2 jam selepas bermula.
Ia disusuli aksi baling kerusi dan tumbuk menumbuk melibatkan penyokong PPBM dan beberapa remaja yang dituduh mencetuskan huru hara.

Polis menahan 3 remaja yang diberkas penganjur, dan kecederaan ringan melibatkan beberapa hadirin dilaporkan.

Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa wujud rancangan sistematik mensabotaj forum itu, termasuk penemuan baju T “palsu” dengan lambang PPBM oleh sekumpulan remaja.Dakwaan itu dinafikan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
 
Copyright © 2014 PenangKini.