BREAKING NEWS

Friday, 18 August 2017

Imbas kembali 6 Animasi Tempatan Yang Popular Tahun 90an

Kanak-kanak yang membesar pada tahun 90-an pasti mengingati karya kartun (animasi) tempatan yang pernah mendapat tempat di hati mereka pada ketika itu. Petang-petang lepas balik sekolah tu adalah waktu yang paling tepat untuk menonton televisyen. Jom imbau memori indah dengan melihat senarai beberapa kartun tempatan yang pastinya masih segar di ingatan biarpun anda kini mungkin dah jadi bapa atau mak orang!

1. Di Mana Joe Jambul? (1996-2001)

di mana joe jambul
Kredit foto: Youtube Dauh
Diadaptasi daripada siri kanak-kanak popular negara barat ‘Where in the World Is Carmen Sandiego?’, rancangan berkonsepkan game show ini menguji pengetahuan am dan kemahiran geografi para peserta yang terdiri dari pelajar sekolah dalam mencari penjahat bernama Joe Jambul. Mempunyai jambul rambut panjang, Joe Jambul mempunyai geng seramai 5 orang. Ia dikendalikan oleh pengacara Norzizi Zulkifli. Pada tahun 2012, rancangan ini kembali bersiaran dengan musim terbaru yang menampilkan Aril AF sebagai hos.

2. A.L.O.N.G! (1980-an hingga 1998)

along
Mengetengahkan konsep pembelajaran dalam bentuk hiburan, watak utama rancangan ini sudah tentunya maskot kucing, Along. Selain itu, watak lain ialah adiknya, Angah dan Acik yang merupakan kucing betina berwarna putih. Segmen paling diingati ialah Siti Sifir yang akan mengajar anda cara menghafal sifir sambil menyanyi. Segmen lain termasuk segmen laporan berita yang dikendalikan oleh juruhebah kanak-kanak. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pelakon Beto Kusyairy merupakan wajah sebenar di sebalik karakter Along.

3. Anak-Anak Sidek (1999-2003)

anak anak sidek
Sebuah lagi animasi semi-biografi tempatan malar hijau yang disiarkan selama 3 musim merangkumi 39 episod keseluruhan. Ia mengisahkan tentang kehidupan anak-anak Haji Sidek iaitu Bun (Misbun), Ajib (Razif), Alan (Jalani), Aman (Rahman) dan Adul (Rashid) yang dibesarkan dan dilatih dengan tegas untuk menjadi jaguh badminton terbaik negara. Untuk pengetahuan, ‘Anak-Anak Sidek’ asalnya merupakan sebuah komik yang juga popular dalam kalangan para pelajar sekolah dari tahun 1995 hingga 2005.

4. Keluang Man (1996-1998)

keluang man
Kredit foto: forum.lowyat.net
Merupakan siri animasi adiwira tempatan pertama yang menggabungkan animasi 2D dan berlatarbelakangkan 3D, Keluang Man sememangnya menjadi pujaan kanak-kanak Malaysia suatu ketika dahulu. Watak Keluang Man ialah orang gila di Hospital Tampoi yang dibantu oleh rakan seperjuangannya, Tiung Man. Pencipta siri ini ialah Kamn Ismail. Filem Keluang Man juga bakal diterbitkan tidak lama lagi. Pasti anda ingat lagu tema kartun ini nyanyian Krisya yang sememangnya menjadi kegemaran dan siulan ramai.

5. Usop Sontorian (1993-1996)

usop sontorian
Kredit foto: wikipedia.org
Siri animasi pertama negara kita yang ditayangkan pada tahun 1994 ini bukan sahaja mendapat sambutan di Malaysia, malah di Festival Animasi Asia Hiroshima Jepun pada tahun 1996. Ianya berkisar tentang kehidupan kanak-kanak sekampung iaitu Usop, Dol, Abu, Singh, Ah Kim dan Vellu. Usop juga memelihara seekor ayam jantan bernama Selebet. Kartun ini sememangnya tepat dengan konsep 1Malaysia yang cukup sinonim dengan kita hari ini.

6. Kampung Boy (1997-2000)

kampung boy
Hasil garapan kreativiti kartunis terkemuka, Datuk Lat, Kampung Boy merupakan animasi autobiografi tentang kehidupan pemilik nama sebenar Mohamad Nor Khalid itu sendiri sewaktu membesar di kampung halaman. Animasi tersebut berkisar tentang kehidupan seorang budak kampung bernama Mat yang membesar di Perak pada sekitar 1950an. Animasi legenda ini juga telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa
 
Copyright © 2014 PenangKini.