BREAKING NEWS

Saturday, 19 August 2017

Imigresen: Pati serah diri dibenarkan kembali ke Malaysia

Jabatan Imigresen memberi tempoh sehingga 31 Disember 2017 untuk pendatang asing tanpa izin (Pati) menyerah diri dengan dikenakan bayaran RM400.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Pati yang dihantar pulang ke negara asal boleh kembali ke Malaysia selepas tamat tempoh senarai hitam, sekiranya mereka mematuhi syarat pihak berkuasa.
“Mereka datang serah diri kepada kita dan tunjuk tiket pulang ke negara mereka, kita akan lepaskan mereka,” katanya selepas perhimpunan bulanan Jabatan Imigresen hari ini.
Beliau berkata, seramai 8,886 orang ditahan imigresen, termasuk 243 majikan sehingga tengah malam tadi, selepas tamat tempoh permohonan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) pada 30 Jun lalu.

“Proses permohonan E-Kad tamat pada 30 Jun, selepas itu gerak kerja kita memburu Pati dijalankan kerana sasaran kita antara 400,000 hingga 600,000 pendatang asing yang dijangkakan masih berkeliaran di luar sana tanpa permit berbanding 164,808 yang sudah memohon E-Kad.
“Ada pendakwaan dijalankan dengan hukuman dan penjara juga dikenakan.”
Katanya, Pati yang ditahan akan ditempatkan di depot tahanan sebelum diusir dari Malaysia dan nama mereka akan disenarai hitamkan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.