BREAKING NEWS

Saturday, 12 August 2017

Jadi jantan, GERAKAN cabar LGE dedah surat tarif air kali ke-7




11 OGOS : Setiausaha Agung GERAKAN, Liang Teck Meng sekali lagi menggesa Lim Guan Eng untuk mendedahkan surat kenaikan tarif air Pulau Pinang buat kali ketujuh.
Sambil mencabar Guan Eng supaya menjadi jantan  berani mendedahkan surat, Teck Meng berkata ini kerana surat itu akan menunjukkan niat sebenar Kerajaan Negeri mengutip tambahan RM150 juta setahun daripada rakyat di negeri itu.
“Saya kalau tengok muka dia pun sudah bosan, sebab saya telah pun keluarkan kenyataan sebanyak 6 kali selepas beliau fitnah kerajaan persekutuan paksa kerajaan negeri menaikkan tarif air supaya selaras dengan negeri lain.
“Saya dah buat 6 kali statement, bila saya mina dia dedahkan surat, dia kata saya tak professional, kali kedua dedahkan, dia kata nak saman saya, saya minta dedahkan lagi, dia kata saya pengecut politik, bila saya minta dia dedahkan lagi, dia suruh saya balik Johor, jaga negeri Johor sahaja, sekarang dia sembunyi di belakang PBAPP, CEO dia yang buat kenyataan pula,” katanya pada sidang media prlancaran Jelajah Biomass di Cheras, Jumaat.
Surat kenaikan tarif air di Pulau Pinang itu jelas Teck Meng akan menunjukkan niat Kerajaan Pulau Pinang memaksa para pengguna dan perniagaan membayar kenaikan kadar air yang tinggi untuk menampung peningkatan besar perbelanjaan PBA dan perbelanjaan tahunan Kerajaan Negeri yang meningkat sebanyak 500 peratus sejak tahun 2008.
Selain itu, ia juga akan menunjukkan rancangan Kerajaan Negeri untuk mengutip tambahan sebanyak RM150 juta setahun daripada pengguna dan perniagaan Pulau Pinang, lebih kurang sama banyak dengan jumlah Cukai Pintu dan Cukai Tanah yang dikutip oleh Kerajaan Negeri dalam setahun.
Mengulas lanjut, Teck Meng yang juga merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata desakan beliau terhadap Guan Eng itu adalah kerana ia melibatkan kepentingan rakyat di Pulau Pinang.
“Ini berkenaan rakyat Pulau Pinang, biar jadi jantan lah,” jelasnya lagi.
Tambahnya lagi, Guan Eng tidak harus berselindung di belakang mana-mana pihak kerana beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang perlu menjawab segala dakwaan tersebut bagi memberi penjelasan kepada rakyat di negeri itu.
“Dulu bila kita minta dia bahas ekonomi di Pulau Pinang, dia minta Penang Institute yang buat kenyataa n, dia sembunyi di belakang.kalau di Pulau Pinang ada ‘freedom of information’, apa yang susahnya?kenapa tak boleh dedahkan surat?
“Biar rakyat tengok siapa yang membohong,” tegasnya lagi.


 
Copyright © 2014 PenangKini.