BREAKING NEWS

Tuesday, 8 August 2017

Jamil Khir syor jawatan Mufti setaraf Exco

KUALA LUMPUR, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengesyorkan jawatan mufti dinaik taraf setara dengan jawatan Exco kerajaan negeri.

Ini kerana katanya, ia bagi membolehkan mufti memberikan pandangan mengenai agama Islam melalui mesyuarat Exco untuk disalurkan kepada kerajaan. Jelas Jamil Khir, pandangan yang diutarakan 14 mufti seluruh negara boleh dicambahkan dalam membantu kerajaan merealisasikan agenda transformasi pembangunan negara mengikut landasan syarak.

 “Sebagai contoh tentang isu perjudian di mana dalam Islam hasil pandangan 14 ulama seluruh negara inilah yang menjelaskan bahawa umat Islam tidak dibenarkan berjudi walaupun di premis yang berlesen. “Mahkamah syariah berkuasa menjatuhkan hukuman (terhadap orang Islam yang berjudi) ,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berkenaan kesediaan kerajaan mengadakan Himpunan Majlis Ulama untuk menyelaras kegiatan dakwah di negara ini.

Menara.my
 
Copyright © 2014 PenangKini.