BREAKING NEWS

Wednesday, 16 August 2017

Jangan gigit tangan yang beri makan, Zahid pesan pesara kerajaan

Pesara dan bakal pesara sektor awam diingatkan supaya supaya berterima kasih kepada kerajaan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Kebersamaan kita pada hari ini dan hari akan datang bagi pastikan berterima kasih kepada organisasi dan kerajaan Malaysia yang selama ini memberikan perlindungan dan terus bagi perlindungan kita selama ini,” kata timbalan perdana menteri itu ketika merasmikan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
“Insya Allah, kita takkan pernah menggigit tangan yang pernah memberi makan pada kita,” katanya kepada lebih 7,000 kalangan pesara dan bakal pesara kerajaan termasuk anggota tentera.
Zahid ketika berucap turut meminta mereka yang hadir memberikan tepukan gemuruh kepada kerajaan dengan laungan “Hidup Malaysia” sebanyak 3 kali.
“Sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan yang melindungi kita selama ini, sila bagi ‘standing ovation’ kepada kerajaan,” katanya.Zahid mengingatkan pesara dan bakal pesara supaya tidak melayani perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan, dan menambah ia akan hanya menyebabkan hati diselubungi rasa benci yang tiada noktah.
perhimpunan-pesara-ahmad-zahid-hamidi-1-3
“Maka realiti ini harus kita dakapi untuk menentukan bahawa kita harus bersyukur pada Allah dengan cara berterima kasih kepada yang memberi kehidupan kepada kita selama ini iaitu kerajaan Malaysia.
“Walaupun sudah terkeluar daripada ‘Saya Yang Menurut Perintah’ (SYMP) dan berbeza pendapat, ada caranya iaitu dengan tatacara yang tertib,” katanya.
Zahid juga mengulangi kepada pesara dan bakal pesara untuk menyanyangi orang lama.
“Bila usia lebih 60 tahun, kita lebih sensitif, jiwa halus, cukup terasa kalau ada yang tidak setuju dengan kita.
“Hakikatnya kita sebagai orang lama, kita perlu dihormat. Yang baru hormat yang lama dan yang lama menyayangi yang baru,” katanya.
 
Copyright © 2014 PenangKini.