BREAKING NEWS

Sunday, 20 August 2017

Kerajaan Persekutuan belanja RM17.7j baik pulih rumah kos rendah di P. Pinang


TASEK GELUGOR 19 Ogos - Kementerian Kesejanteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan membelanjakan RM17.7 juta untuk membantu membaik pulih rumah kos rendah di negeri ini.

 Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, jumlah berkenaan merangkumi bantuan sejak 2013 bagi membaiki rumah kos rendah yang disediakan kerajaan dan pihak swasta.

 Ujarnya, bagi tahun ini, peruntukan sebanyak RM4.4 juta disalurkan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TPIM) untuk menyelenggara enam kawasan perumahan penduduk di sini telah diluluskan.

 "Kerajaan Persekutuan tidak pernah melupakan penduduk walaupun negeri ini ditadbir DAP, mungkin kerajaan negeri terlepas pandang keperluan penduduk miskin, jadi kita tampil membantu," Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan ke Flat Teratai, Taman Desa Sena, di sini hari ini.

 Dalam lawatan berkenaan, Noh turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.3 juta untuk membaiki bumbung, mengecat semula serta menyelenggara pam air di flat berkenaan yang mempunyai 400 unit rumah. - UO
 
Copyright © 2014 PenangKini.