BREAKING NEWS

Tuesday, 22 August 2017

Kilang haram: Guan Eng didakwa abai surat bantahan penduduk

PULAU PINANG 21 Ogos - Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa mengabaikan surat bantahan daripada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Lembu berkaitan operasi kilang haram di kawasan itu yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, surat berkenaan dihantar ke Pejabat Ketua Menteri di sini pada 25 September tahun lepas dan diterima pada 4 Oktober tetapi tiada tindakan penguatkuasaan diambil sehingga kini.

“Seramai 179 penduduk telah menandatangani surat berkenaan untuk menunjukkan bantahan operasi kilang, orang kampung sudah buat surat, kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang tiada tindakan selepas hampir setahun ia dihantar?”


“Kalau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin tidak membangkitkannya, isu ini senyap, kata amalkan konsep cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) tetapi kenapa suara rakyat tidak didengari?” soalnya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.