BREAKING NEWS

Friday, 25 August 2017

Kilang haram: Wan Azizah di mana?



PULAU PINANG 24 Ogos - Gerakan negeri hari ini mempersoalkan peranan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam menangani isu kilang haram di Sungai Lembu, Penanti di sini.

Naib Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, sehingga kini pemimpin PKR itu tidak membuat sebarang kenyataan rasmi selain beliau sendiri tidak turun padang meninjau masalah rakyat di Parlimennya.

“Kita berasa sedih dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Penanti, Dr. Norlela Ariffin yang menghadapi kemelut kilang haram ini bersendirian. Bukan sahaja Wan Azizah tidak nampak, ahli pemimpin PKR negeri lain pun tidak ada.


“Di mana Wan Azizah? Nampak beliau seperti lepas tangan” dakwanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 PenangKini.