BREAKING NEWS

Wednesday, 16 August 2017

Kilang Haram Wujud Lepas DAP Perintah Penang, ‘Google Earth’ Buktikan Guan Eng Bohong

Imej satelit daripada aplikasi ‘Google Earth’ mendapati kilang haram yang didakwa menyebabkan lima orang mati dan 11 lagi penduduk kampung menghidap kanser belum didirikan lagi pada 2008.
Kajian oleh individu bernama Tzu P Wong merungkaikan, tapak yang digunakan untuk mendirikan kilang haram berkenaan masih kosong pada 31 Ogos 2008, iaitu tahun DAP berjaya merampas pemerintahan Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN).
Ianya sekaligus kata Tzu, menafikan dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa kilang berkenaan sudah wujud sejak pemerintahan BN.
“Kajian mudah menggunakan aplikasi Google Earth untuk meninjau kawasan Bukit Mertajam menggunakan panduan garis masa menunjukkan Lim Guan Eng terbukti berbohong. Imej satelit kawasan tersebut dengan bukti masa pada 31 Ogos 2008 dimana terletaknya lokasi kilang haram mendapati tiada binaan di kawasan tersebut.
“Ketika ini DAP sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 dan Lim Guan Eng sudah lama mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menikmati kopinya di tingkat tertinggi Wisma Komtar.
“Dan selepas itu, kilang haram berkenaan muncul pada semua garis masa imej satelit bermula 2009 sehingga terbaru pada 2016.
“Maka sekali lagi, terbukti tanpa ragu bahawa Lim Guan Eng berbohong. Tiada apa yang ikhlas mengenai beliau dan parti DAP, walaupun penduduk Pulau Pinang hidup dalam bahaya,” katanya.
Pendedahan kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam dilakukan oleh ADUN PKR Norlela Ariffin yang membawa penahanan ADUN DAP merangkap Exco Kerajaan Negeri Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah Phee Boon Poh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Kata Norlela, sejak pendedahan dibuat, beliau dipulaukan oleh rakan partinya sendiri serta ahli Pakatan Harapan Pulau Pinang.
Guan Eng menafikan Boon Poh terlibat dengan rasuah serta enggan merobohkan struktur kilang haram berkenaan walaupun berlaku kematian akibat pembakaran habuk kayu (sawdust).
Beliau juga enggan merobohkan kilang tersebut diatas alasan kerajaan negeri kini dipilih oleh rakyat.
“Kita tetap bertegas dengan­dasar ini sebab kita dipilih rakyat dan tidak akan mulakan perobohan membabitkan puluhan ribu struktur haram di negeri ini. Kita mahu buat secara elok, kita seimbangkan, kalau boleh buat pemutihan,” jelasnya. – mD
 
Copyright © 2014 PenangKini.