BREAKING NEWS

Wednesday, 9 August 2017

Lim Guan Eng patut jadi anak jantan, lawan kes rasuah di Mahkamah - PCM

Lim Guan Eng patut jadi anak jantan, lawan kes rasuah di Mahkamah
Semalam Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pertahanannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.
Keputusan itu dibuat susulan rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 62 akta itu bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan sudah semestinya disambut baik oleh pemimpin serta penyokong pembangkang. Seperti biasa apabila satu – satu keputusan mahkamah berpihak kepada mereka, pihak pembangkang akan memuji sistem kehakiman negara. Namun jika mereka kalah sesuatu kes, kerajaan dan sistem kehakiman pula yang dipersalahkan.
Kembali kepada kes Lim Guan Eng, pada Disember tahun lalu, beliau dan ahli perniagaan Phang Li Khoon telah didakwa di Pulau Pinang atas tuduhan rasuah.
Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014. Selain itu, Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.
Persoalannya sekarang, jika Lim Guan Eng tidak bersalah, mengapa beliau secara konsisten cuba menangguhkan kes beliau yang kini sudah masuk tempoh hampir satu tahun?
Secara lazimnya, jika Lim Guan Eng yakin beliau tidak bersalah dan melakukan sebarang salah guna kuasa dan rasuah,beliau sepatutnya menggesa mahkamah supaya mempercepatkan kes beliau supaya nama beliau dapat dibersihkan dan membuktikan pertuduhan ini hanya merupakan satu taktik kerajaan BN menyerang DAP. Tetapi mengapa Lim Guan Eng tidak mahu mendesak mahkamah mempercepatkan sebutan kes beliau?
Seperti pepatah Melayu, Berani kerana benar, takut kerana salah


 
Copyright © 2014 PenangKini.