BREAKING NEWS

Friday, 18 August 2017

Majlis Makan Bersila bersama PM turut dihari oleh YDP PAS Permatang Pauh


Kehadiran YDP Pas Pmtg Pauh Ustaz   Omar Hj Hassan ke Makan Bersila bersama YAB PM Datuk Seri Najib Tun Razak  hari ini di Politeknik Sbrg Perai jelas mencuri tumpuan orang ramai yang hadir  dan juga pemerhati politik .

Sesiapapun  tak menjangka akan  kehadiran pemimpin utama Pas Pmtg Pauh ke program PM .  PAS seperti yang kini tidak bersama Pakatan Harapan P.Pinang yang diketuai DAP  sudah melancarkan jenteranya bagi bertanding di kerusi Parlimen Pmtg Pauh di PRU14.






Biarpun Datuk Hj Mohd Zaidi Hj Mohd Said dalam ucapannya mengalukan kehadiran YDP Pas kawasan ini juga mewakili Pengerusi Qaryah Masjid untuk makan bersila dengan PM ,  tetapi dari segi tafsiran politik adalah tanda sokongan dan  signifikan baik  untuk kehadiran PM dan  Umno Pmtg Pauh.

Hasil gerak kerja kuat Umno Pmtg Pauh selama ini mendekati rakyat nampak berbaloi hari ini dengan kehadiran 20 ribu rakyat  walaupuan diadakan pada hari bekerja.






 
Copyright © 2014 PenangKini.