BREAKING NEWS

Sunday, 27 August 2017

Malaysia ke-3 paling banyak sekolah antarabangsa

PETALING JAYA: Malaysia menjadi destinasi terkemuka ke-3 bagi sekolah antarabangsa di rantau ini, menurut kajian oleh Kajian International School Consultancy (ISC).
Data yang dikeluarkan hari ini menunjukkan terdapat 176 sekolah antarabangsa di Malaysia setakat Mei, hanya kurang 16 berbanding Indonesia yang berada di kedudukan pertama dengan 192 sekolah.
Manakala Thailand di tempat ke-2 dengan 181 sekolah.

Ini diikuti Vietnam (116), Kemboja (115), Singapura (115), Filipina (62), Myanmar (50), Laos (9) dan Brunei (8).
Secara keseluruhan, terdapat 1,027 sekolah antarabangsa di Asia Tenggara, di mana 61 daripada bilangan itu hanya ditubuhkan antara Januari 2016 hingga Januari 2017.
Dari segi pendaftaran pelajar, Malaysia di tempat pertama dengan 74,700 pelajar, mengalahkan Singapura dan Thailand dengan bilangan pendaftaran pelajar seramai 64,400.
Indonesia pula di tempat ke-4 dengan 58,300 pelajar, diikuti Vietnam (52,600), Kemboja (26,800), Filipina (24,500), Myanmar (14,300), Brunei (6,300) dan Laos (3,300).
 
Copyright © 2014 PenangKini.