BREAKING NEWS

Sunday, 27 August 2017

Malaysian Malaysia: Mahdzir cabar Dr Mahathir nyata pendirian

KLANG: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.
Ini, kata Mahdzir, berikutan kenyataan terbaharu Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan yang dilaporkan berkata dirinya tidak percaya kepada konsep ‘Ketuanan Melayu’.
Dr Mahathir berkata, seseorang yang mahu menjadi ‘tuan’ perlu bekerja keras dan bersaing dalam keadaan dunia semasa.
Mahdzir berkata kenyataan Dr Mahathir itu mungkin strategi beliau untuk meraih sokongan para anggota DAP, parti komponen Pakatan Harapan, sebuah gabungan pembangkang.
Mahdzir yang juga menteri pendidikan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Klang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Unjur di sini
 
Copyright © 2014 PenangKini.