BREAKING NEWS

Monday, 7 August 2017

Mana hilang dana mitigasi banjir di Pulau Pinang?


Pentadbiran Pulau Pinang bukanlah terbaik seperti didakwa Lim Guan Eng.  Sejak 2008, kos pentadbiran negeri telah meningkat 500% kerana kerakusan Tokong berbelanja. Contohnya, pembinaan projek Terowong Dasar Laut RM6 billion yang sangat mencurigakan.

Kini, timbul pula isu dana projek pengairan dan mitigasi banjir yang mana setiap pemaju diwajibkan membayar RM50k bagi setiap ekar tanah. Namun, kerajaan negeri gagal memanfaat dana itu dan juga gagal memaklumkan berapa jumlah kutipan.

ADUN Penanti PKR Dr Norlela Ariffin mendakwa bukan saja jumlah kutipan gagal didedahkan tetapi wang itu dipindahkan ke akaun 'pemegang amanah'.
Justeru, dia mendesak kerajaan P.Pinang mendedahkan berapa peruntukan telah digunakan dan bilangan projek mitigasi banjir yang menggunakan dana itu.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit 2017,  Majlis Perbandaran Seberang Perai hanya menggunakan RM2.2 juta daripada RM63.39 juta kutipan dana untuk projek mitigasi banjir.

 
Copyright © 2014 PenangKini.