BREAKING NEWS

Monday, 14 August 2017

MCA: 'Lagak DAP sebagai mangsa' tidak akan berjaya

MCA percaya 'lagak DAP sebagai mangsa' tidak akan berjaya memenangi simpati dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.

Pengerusi biro keharmonian MCA Ti Lian Ker berkata demikian setelah DAP membidas tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.

"DAP perlu tahu memainkan watak mangsa memang berjaya pada pilihanraya lalu tetapi rakyat Malaysia mula melihat hipokrasi DAP dalam hal rasuah."

"Saya mendesak DAP untuk membenarkan SPRM membuat kerjanya tanpa halangan," kata Ti dalam kenyataannya hari ini.

Ti menafikan dakwaan ahli parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa penangkapan Phee merupakan cubaan SPRM untuk menutup masalah rasuah di negara ini.

Pada Jumaat lalu, SPRM turut menyerbu pejabat exco Phee di Komtar iaitu hari yang sama beliau ditangkap selepas memberi kenyataan kepada SPRM.

Phee kemudian ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan.

Beliau ditahan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung surat yang dikeluarkan oleh pejabatnya melibatkan kilang penapis karbon haram di Penanti, Pulau Pinang yang telah beroperasi selama 15 tahun.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertahankan Phee dengan mengatakan bahawa kilang-kilang haram di negeri berkenaan telah lama beroperasi sejak kerajaan DAP mengambil alih pada 2008.

Sebelum penangkapan Phee, SPRM juga telah merampas dokumen yang mempunyai dengan kilang berkenaan daripada Majlis Perbandaran Seberang Prai dan turut menyerbu kilang tersebut.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/391794#dWSdcvG5DQYQF7Sc.99
 
Copyright © 2014 PenangKini.