BREAKING NEWS

Saturday, 26 August 2017

Nasib Wan Azizah PKR !


Jika mengikut perkiraan terbaru, Presiden PKR, Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bakal berdepan dengan pertandingan 3 penjuru di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Wan Azizah adalah ADUN Kajang dan Azmin pula adalah ADUN Bukit Antarabangsa.

3 calon tersebut terdiri daripada PKR, Barisan Nasional dan PAS.

Perkembangan ini adalah merujuk kepada pengumuman Pas Selangor yang akan meletakkan calon di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor pada PRU14 yang akan datang.

Kenyataan tersebut sudah pasti akan mengecewakan Wan Azizah dan Azmin Ali yang sebelum ini telah mengunjungi Presiden PAS, Hadi Awang di sebuah hospital pada 12 Ogos lalu.

Perjumpaan tersebut turut menimbulkan spekulasi bahawa parti PKR begitu terdesak menagih simpati parti PAS untuk bekerjasama dengan mereka terutamanya di negeri Selangor.

Ada juga yang menafsirkan pertemuan tersebut ialah untuk memujuk parti PAS supaya tidak bertanding di beberapa kerusi yang akan ditanding oleh kepimpinan tertinggi PKR seperti Wan Azizah dan Azmin Ali.

Tetapi lain pula jadinya.

“Kita bersedia bertanding kerusi PKR di Kajang dan Gombak (DUN Bukit Antarabangsa),” jelas Pesuruhjaya PAS Selangor.Kita faham betapa terdesaknya Azmin Ali cuba untuk memujuk rayu parti PAS. Kata putus total pihak PAS yang menyaksikan Azmin Ali bakal kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU14 nanti. Beliau masih boleh mengumpan PAS dengan tidak memecat ADUN-ADUN PAS yang menjawat jawatan Exco kerajaan negeri.

Beliau juga tidak memecat ahli-ahli PAS yang berada dalam agensi-agensi kerajaan negeri seperti yang dilakukan dengan zalimnya oleh kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng.

Tetapi penulis percaya kepimpinan PAS tidak akan begitu mudah diperbodohkan sekali lagi oleh parti PKR. Ibarat pisang tidak berbuah dua kali.

PAS tidak mungkin sanggup bersekongkol dengan parti PKR yang tidak pernah mempertahankan mereka apabila mereka diserang, dihina, dipijak dan disampahkan oleh rakan politik PKR iaitu parti cauvinis DAP.

Politik Wan Azizah bertambah kabur kerana :

1. Beliau bukan sahaja berdepan dengan PAS di DUN Kajang tetapi juga di Parlimen Permatang Pauh. 16 Julai lalu, PAS telah melancarkan jentera pilihan raya PAS di Permatang Pauh.
2. PAS mempunyai kubu kuat di kawasan Permatang Pasir dan sebahagian daripada undi yang diterima oleh Wan Azizah ketika bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh datang daripada kawasan itu.
3. Kita semua tahu bahawa PAS memainkan peranan penting untuk memenangi pengundi di Permatang Pauh, terutama di kawasan luar bandar yang majoritinya Melayu.
4. Tambahan pula, PAS memegang kerusi DUN Permatang Pasir, satu-satunya kerusi milik parti itu di Pulau Pinang. PKR pula memegang dua kerusi di Permatang Pauh iaitu Seberang Jaya dan Penanti.Pertandingan 3 penjuru di kerusi parlimen dan 3 kerusi DUN di Permatang Pauh tidak boleh dielakkan lagi.

Untuk rekod, Wan Azizah memperoleh 30,316 undi atau 57.1 % manakala calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin memperolehi 21,475 undi atau 40.44 %. Wan Azizah menang dengan majoriti hanya 8,841 undi.

Di DUN Permatang Pasir pula, calon PAS memperolehi 9,618 undi dengan majoriti yang diraih calon PAS ialah 4,551 undi.-Dr.MiM
 
Copyright © 2014 PenangKini.