BREAKING NEWS

Thursday, 24 August 2017

Polis Pulau Pinang Bongkar Makmal Proses Dadah



George Town, 23 Ogos 2017- Ketua Polis Pulau Pinang, YDH CP Datuk Wira Chuah Ghee Lye telah menyempurnakan Sidang Media mengenai tangkapan dan rampasan dadah jenis Heroin serta pembongkaran makmal bertempat di Pusat Media, IPK Pulau Pinang.
Sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah , telah menahan 1 lelaki India, 31 tahun dan 1 perempuan warga Vietnam, 27 tahun, dalam pemeriksaan telah menjumpai 1 plastik yang mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah heroin anggaran seberat 4533 gram.
Ekoran tangkapan tersebut, suspek telah membawa pihak JSJN ke rumahnya disebuah pangsapuri di Perai, SPT dan telah membongkar sebuah makmal haram memproses dadah dan menjumpai sejumlah dadah seberat 9880 gram, anggaran harga pasaran dadah lebih kurang RM245,300.00. Turut disita wang tunai RM7, 175 dan 2 buah motokar. Keseluruhan harta yang disita bernilai RM99,175.
Kes disiasat mengikut seksyen 39B ADB 1952 Dan sekira disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.



















 
Copyright © 2014 PenangKini.