BREAKING NEWS

Friday, 18 August 2017

Polis Siap Sedia Hadapi PRU14




KOTA KINABALU: Polis di seluruh negara dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, persiapan untuk PRU14 telah dibincangkan di peringkat pegawai pasukan itu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan dan bermesyuarat bersama Kontinjen Polis Sabah pada Khamis.

Berkaitan perintah berkurung di negeri itu, Khalid berkata, ia akan berterusan sehingga tiada lagi ancaman di sempadan negara.

"Tiada tempoh ditetapkan untuk menarik balik tempoh berkenaan," katanya.- mStar
 
Copyright © 2014 PenangKini.