BREAKING NEWS

Wednesday, 23 August 2017

Portal Berita Pro AMANAH Akui AMANAH Kurang Dikenali & Pengaruh AMANAH Tersekat


Sepanjang pengamatan saya, portal berita Malaysia Date Line banyak sekali memuatkan laporan yang sangat kritikal terhadap PAS dan yang sangat positif terhadap AMANAH.
Menarik bila portal berita ini memuatkan rencana yang mengakui AMANAH dan pemimpinnya kurang dikenali serta mengakui pengaruh AMANAH seakan-akan tersekat.
Besar juga kesan dapatan kaji selidik bahawa pengaruh AMANAH hanya sekitar 1 peratus sahaja sehingga memaksa pendokong AMANAH bersikap sangat defensif ke atasnya.
PETIKAN RENCANA YANG BERKAITAN:
Jadi, tidak pelik jika masyarakat umum kurang mengenali kewujudan Parti Amanah Negara berbanding parti-parti serpihan Umno, termasuk yang terbaru Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang dipimpinan Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.
Amanah walaupun menampilkan bekas pemimpin kanan dalam Pas dahulu, misalnya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Husam Musa, tetapi mereka tidak pernah memegang jawatan awam yang strategik. Mereka mungkin popular tetapi hanya dalam kalangan aktivis dan penyokong pembangkang, manakala Husam sebagai pembantu rapat Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih dikenali di negeri Kelantan.
Dalam situasi seperti ini, ketika Pas dilihat belum terserlah hasratnya untuk bersama Umno -- walaupun lenggok badannya ditafsirkan ke arah itu -- maka pengaruh Amanah seakan-akan tersekat. Upayanya untuk menarik sokongan majoriti ahli-ahli Pas memerlukan lebih masa, termasuk kempen penerangan yang intensif dan penjelasan terperinci.
Justeru, tanggapan negatif bahawa pengaruh Amanah hanya sekitar 1 peratus pasti tidak meninggalkan impak negatif, malah mampu menjadi pendorong untuk bekerja lebih gigih, menyampaikan risalah ke seluruh pelosok negara, berganding bahu dengan rakan-rakan Pakatan Harapan bagi menyelamatkan tanahair tercinta ini.

 
Copyright © 2014 PenangKini.