BREAKING NEWS

Saturday, 26 August 2017

Pulau Pinang dahului kadar peningkatan harga makanan paling tinggi


Peningkatan didorong kenaikan harga minyak dan lemak 39.5 peratus, ikan dan makanan laut 6.7 peratus, buah-buahan 3.6 peratus dan sayur-sayuran 3.3 peratus. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: : Harga makanan di Pulau Pinang adalah paling tinggi di Malaysia, diikuti Johor, Melaka Kuala Lumpur, Sabah dan Lubuan, Selangor dan Putrajaya.

Malah, keenam-enam negeri berkenaan mencatatkan harga makanan yang lebih tinggi daripada purata nasional.

Ini adalah dapatan daripada Laporan Indeks Harga Pengguna Malaysia bagi bulan Julai 2017 yang diterbitkan 23 Julai lalu.

Peningkatan didorong kenaikan harga minyak dan lemak 39.5 peratus, ikan dan makanan laut 6.7 peratus, buah-buahan 3.6 peratus dan sayur-sayuran 3.3 peratus.-Awani

Minyak masak mencatat peningkatan paling tinggi pada 48.9 peratus,  sayur bayam 11.4 peratus dan tomato 10.4 peratus.

Secara keseluruhan, kadar inflasi menyerderhana pada bulan ini kepada 3.2 peratus pada bulan ini berbanding 3.6 bulan lalu.

Bagaimanapun, inflasi teras meningkat 2.6 peratus berbanding bulan lalu.
 
Copyright © 2014 PenangKini.