BREAKING NEWS

Thursday, 10 August 2017

Resepi Ayam Goreng ala-ala McD / KFC

resepi ayam kfc, resepi ayam mcd,

Ayam goreng ala MCD / KFC..memang takkan dapat rasa yang sama.dan memang mustahil tapi hampir-hampir pon ok la.hehe.

Bahan-bahan perap :
  • 1 ekor ayam di potong 8
  • 8/9 ulas bawang putih dan tumbuk
  • 3/4 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu serbuk kari ayam
  • 2 sudu teh garam
  • secubit soda bikarbonat
  • Sedikit air

Bahan-bahan utk salut ayam A
1 sudu serbuk cili
1 biji telur (pukul dulu)

Bahan untuk salut ayam B
3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda


Cara-cara penyediaan:

Perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan perapan

Gaul bahan2 salut ayam, Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur itu rata2.

Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pd tepung berulang kali, kemudian salut lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B

Goreng ayam yang telah disalut itu. Goreng dalam api yang sederhana, minyak yang penuh menutupi ayam dlm tempoh 10-15minit.

Siap! Boleh makan tanpa rasa was-was kerana MSG

Selamat mencuba..
 
Copyright © 2014 PenangKini.