BREAKING NEWS

Thursday, 3 August 2017

RUMAH PPR : KEMENTERIAN PERKENAL LANGKAH PENAMBAHBAIKAN



Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memaklumkan mereka kini sedang menambahbaik infrastruktur Perumahan Rakyat di dalam memberikan kesejahteraan hidup kepada masyarakat.
Menterinya, Tan Sri Tan Sri Noh Omar berkata beberapa perubahan ketara seperti aspek perancangan, rekebentuk, kaedah pembinaan, kemudahan-kemudahan awam serta bentuk pembiayaan yang disediakan adalah antara langkah yang telah dikenalpasti kementerian katanya.
Bagi aspek perancangan, kementerian bercadang untuk membina rumah PPR tidak melebihi 500 unit bagi setiap projek berbanding tiada sebarang had yang ditetapkan sebelum ini katanya.
Kementerian juga tidak lagi membina rumah yang boleh membebankan penghuni seperti pangsa lima tingkat. 
" Kesukaran penduduk terutamanya di tingkat atas yang terpaksa turun naik menggunakan tangga tanpa kemudahan lif menyebabkan kementerian memberi fokus kepada rumah berbilang tingkat dengan kemudahan lif atau jenis atas tanah ( Landed)" katanya lagi.
Sementara itu agi aspek rekabentuk, kementerian akan menambah luas keluasan lantai dari 650 kaki persegi kepada 700 kaki persegi, kemasan jubin bagi mengantikan lepaan simen dan meningkatkan ciciri-ciri keselamatan rumah PPR seperti pemasangan kad akses serta menambah faktor seismic ke dalam rekebentuk bagi mengurangkan impak gegeran di sesetengah kawasan katanya. 
Kementerian juga akan menggunakan teknologi industrial Building System (IBS) di dalam kaedah pembinaan dan di samping itu  kementerian juga akan mengambil berat terhadap pembangunan sosial penduduk seperti kelengkapan dewan, surau, tadika/taska serta kedai dan gerai yang harus disediakan di dalam kawasan PPR.
Masalah tempat letak kenderaan juga turut bakal diatasi dengan peruntukan tempat letak kereta bagi rumah berbilang tingkat dengan nisbah 1 unit rumah kepada 1 unit kereta dan 20 peratsu tempat letak pelawat berbanding 1 tempat kereta bagi kegunaan 4 unit rumah sebelum ini katanya.
Bagi skim pembiayaan pula kerajaan telah memperkenalkan skim rent-to-own di mana penghuni hanya dikenakan sewa tanpa perlu membayar deposit bagi menduduki serta memiliki rumah terbabit katanya.
Beliau sebelum itu menjawab solan dari Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kementerian menyatakan apakah penambahbaikan yang telah dan akan dilaksanakan kementeri di kawasan PPR di dewan rakyat hari ini.  
 
Copyright © 2014 PenangKini.