BREAKING NEWS

Wednesday, 2 August 2017

RUU Insurans Pekerja akan dibentangkan di dewan rakyat

richard.PNG

Rang Undang-Undang (RUU) Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang bertujuan memberi faedah tertentu seperti pembayaran elaun mencari pekerjaan dan elaun pendapatan berkurangan kepada orang berinsurans yang telah kehilangan pekerjaannya, telah dibentangkan untuk bacaan pertama di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
RUU yang dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot tersebut antara lain memperuntukkan garis panduan untuk membantu penempatan pekerjaaan semula individu jika pekerja tersebut telah kehilangan pekerjaannya serta bayaran faedah kepada tanggungan pekerja berinsurans yang telah meninggal dunia, dalam keadaan koma ataupun kehilangan kesempurnaan akal.
Ia juga memperuntuk penubuhan suatu kumpulan yang dikenali sebagai 'Kumpulan Wang Insurans Pekerjaan' untuk mengendali dan mentadbir caruman insurans yang diperoleh daripada majikan dan pihak pekerja.
RUU tersebut apabila dilulus dan dikuatkuasakan kelak akan dapat menggalakkan dasar pasaran buruh yang aktif.
Mac lalu Perdana Menteri melalui laman Blognya berjanji satu undang-undang baru sedang digubal dan akan dibentangkan dalam sesi persidangan Parlimen Jun ini.
Undang-undang ini dijangka akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018 manakala bayaran faedah boleh dibuat mulai 1 Januari 2019 tulisnya di dalam entri blog yang bertarikh 23 mac 2017 lalu. 
 
Copyright © 2014 PenangKini.