BREAKING NEWS

Wednesday, 16 August 2017

SPRM sedia serbu kilang haram jika ada aduan

azam-penangPETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia membuat serbuan ke atas kilang haram di Pulau Pinang sekiranya terdapat aduan mengenainya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan menjalan siasatan sekiranya ada laporan jelas terdapat unsur rasuah dan salah guna kuasa membabitkan kilang haram atau perkara lain.
“Bagaimanapun ingin saya tegaskan laporan mengenainya perlu dikemukan terlebih dahulu kerana SPRM tidak boleh menjalankan siasatan berdasarkan maklumat sensasi semata-mata,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Kenyataan itu merujuk lebih 200 kilang haram yang dikatakan beroperasi di 5 daerah negeri itu yang kebanyakannya terletak di Seberang Perai.
Beliau juga menasihati pihak berkaitan tampil membuat laporan sekiranya mahu siasatan kilang haram berkenaan dijalankan.
Berhubung tuntutan rayuan kes Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang terlepas tahanan reman selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membatalkan perintah itu, Azam berkata pihaknya belum bercadang menjalankan tangkapan semula sehingga rayuan selesai didengarkan di mahkamah.
“Saya yakin ia dapat dilengkapkan secepat mungkin, selain SPRM berharap orang ramai tidak mempolemikkan siasatan kes jika gagal di bawa ke muka pengadilan,” katanya.
Sebelum ini, SPRM berjaya memohon perintah reman dari Mahkamah Majistret untuk membenarkan Phee dan 2 lelaki lain yang disiasat kerana rasuah berhubung sebuah kilang penapis karbon haram di Bukit Mertajam.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed mendapati perintah reman itu melanggar Seksyen 117 (5) Kanun Tatacara Jenayah.
SPRM yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan. FMT
 
Copyright © 2014 PenangKini.