BREAKING NEWS

Friday, 11 August 2017

SPRM serbu pejabat Exco Kerajaan Pulau Pinang

Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Exco Kerajaan Pulau Pinang di tingkat 54, Komtar tadi.

Lima pegawai SPRM yang berpakaian formal tiba di Komtar kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Difahamkan, serbuan itu ada hubung kait dengan serbuan SPRM di sebuah kilang haram memproses abu kayu yang dipercayai telah beroperasi sejak 15 tahun lalu di Kampung Sungai Lembu, Permatang Pauh semalam.

Operasi yang diadakan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu dilakukan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai pencemaran alam sekitar yang berlaku daripada aktiviti membakar abu kayu di kilang itu.

Kilang haram itu didapati beroperasi tanpa permit sah di atas tanah berstatus tanah pertanian. -SH







 
Copyright © 2014 PenangKini.