BREAKING NEWS

Thursday, 24 August 2017

Tengkorak manusia ditemui di Pulau Perhentian

BESUT: Anggota Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dipanggil bagi menyiasat penemuan satu tengkorak manusia di kawasan hutan Pulau Perhentian kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata tengkorak tersebut ditemui penduduk di satu kawasan hutan berdekatan Kampung Pasir Panjang, Pulau Perhentian, kira-kira 3km dari kawasan perkampungan penduduk.
“Turut dijumpa bersama tengkorak itu sepasang kasut berwarna hitam , sebuah beg sandang dan sepasang cermin mata“, kata Mohd Zamri kepada media hari ini.
Menurutnya, polis meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya datang membuat aduan di mana-mana balai polis bagi memudahkan penyiasatan.
 
Copyright © 2014 PenangKini.