BREAKING NEWS

Sunday, 6 August 2017

Tiada siapa boleh cemari gandingan Najib-Zahid : Ismail Sabri

 Tiada siapa mampu mencemarkan hubungan baik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata, walaupun ada pihak tertentu cuba mengeruhkan hubungan mereka, Ahmad Zahid mempunyai hubungan rapat dengan Najib dan beliau pernah menjadi setiausaha politik kepada Najib 1 ketika dahulu malah hubungan mereka adalah seperti sebuah keluarga.
“Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak benar, jadi tidak timbul isu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi PPBM itu bahawa Ahmad Zahid pernah meminta sokongan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Segamat di Batu Anam yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Segamat juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam di sini hari ini.
Ismail Sabri mendakwa isu tersebut sengaja dibuat oleh Dr Mahathir bagi mengelirukan anggota Umno dan menimbulkan rasa ragu dalam kalangan anggota parti terhadap kesetiaan Ahmad Zahid kepada Najib.
Beliau berkata Najib secara terbuka telah memberitahu kepada ketua bahagian Umno bahawa beliau mempunyai seorang timbalan yang sangat setia kepadanya dan ini jelas membuktikan bahawa Najib tidak pernah meragui kepercayaan Ahmad Zahid.

 
Copyright © 2014 PenangKini.