BREAKING NEWS

Wednesday, 23 August 2017

Tin Coca-Cola Edisi Terhad 'Reggie Lee' Meraikan 60 Tahun Merdeka

Coca-Cola Malaysia melakarkan kepelbagaian gaya hidup rakyat Malaysia dan apa yang menjadikan kita rakyat Malaysia melalui kerjasama dengan kartunis Reggie Lee untuk set terhad tin minuman sempena memperingati 60 tahun kemerdekaan.

The four Merdeka designs can be found on Coca-Cola Classic and Coca-Cola Zero Sugar cans

Reggie merupakan salah satu kartunis terkemuka di negara ini yang dikenali kerana karyanya yang memaparkan maksud jelas, di samping membangkitkan isu semasa dan komentar sosial. Gaya unik beliau turut meliputi mesej terhadap perpaduan rakyat Malaysia dan ini menjadikan beliau pilihan sempurna sebagai rakan buat Coca-Cola yang juga adalah syarikat minuman terbesar di dunia dan sudah berada di negara ini sejak tahun 1936. 

Coca-Cola unveils its 60th Merdeka edition cans by Reggie Lee_L-R_Lim Kean Yew_ Ahmed Yehia_ Reggie Lee_ Gareth McGeown

“Pandangan Reggie terhadap budaya tempatan serta bakat beliau untuk menunjukkan ciri-ciri ini di dalam karyanya menjadikan beliau sebagai rakan yang ideal untuk projek Merdeka ini dan kami yakin rakyat Malaysia akan memahami karya kartun yang beliau hasilkan. Ini adalah detik yang cukup penting dan kami menghasilkan tin minuman edisi terhad ini bagi mengingatkan semua rakyat Malaysia apa yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa,” kata Ahmad Yehia, Pengurus Negara untuk Malaysia-Singapura-Brunei, The Coca-Cola Company.

Tin minuman edisi Merdeka ini memaparkan empat karya Reggie yang tidak asing lagi merangkumi empat topik yang sangat dekat dengan rakyat Malaysia – makanan, cuti umum, badminton dan semangat kemasyarakatan – dan dilancarkan hari ini di Kelab Diraja Selangor yang terletak di tapak bersejarah, Dataran Merdeka. 

Cartoonist Reggie Lee at the launch of the Coca-Cola 60 Years Merdeka edition cans

“Saya sangat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada kempen Merdeka Coca-Cola tahun ini. Saya tidak pernah membayangkan saya akan dihormati dengan permintaan untuk mengadakan watak-watak kartun saya pada tin Coca-Cola. Saya akan berkongsi kegembiraan ini dengan ibu saya yang berada di Pulau Pinang, yang sebelum ini merasakan bahawa saya tidak akan ke mana dengan bakat saya. Oleh itu, beliau pasti akan rasa cukup bangga dengan anak lelakinya ini,” kongsi Reggie pada pelancaran itu.

“Menerusi pembabitan saya dalam bidang pengiklanan sejak sekian lama, saya sebenarnya amat menggemari kempen iklan Coca-Cola yang banyak dihasilkan sebelum ini terutamanya yang memaparkan bagaimana Coca-Cola menyatukan rakyat. Hasil karya saya selama ini juga sering mengetengahkan semangat muhibbah rakyat Malaysia, bahawa kita adalah sebuah negara yang meraikan kepelbagaian dan disatukan melalui makanan enak dan jenaka menarik. Justeru, peluang untuk bekerjasama dengan Coca-Cola dalam kempen ini adalah satu penghormatan yang cukup bermakna,” tambah Reggie. 

Tin edisi Merdeka ini boleh didapati di seluruh Negara dan diperolehi pada tin Coca-Cola Classic dan Coca-Cola Zero Sugar, sementara stok masih ada.

 
Copyright © 2014 PenangKini.