BREAKING NEWS

Tuesday, 15 August 2017

Tony Pua Lambang Kebodohan Pemimpin DAP - Dr. Kamarul Zaman Yusoff



Bagi saya, kenyataan Tony Pua yang menghina PAS, kerana kononnya mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan di negeri di mana ia lemah dan berisiko untuk dihapuskan seperti di Selangor (juga di Kedah dan Kelantan) tetapi mahu menjadi pengacau dan membiarkan BN menang di negeri-negeri lain, semata-mata dengan berpandukan kepada kandungan satu laporan oleh sebuah portal berita yang diketahui sangat tidak menyenangi PAS, iaitu The Malaysian Insight, oleh seorang penulis yang tidak berani mendedahkan identiti dirinya dan yang menulis berdasarkan sumber yang tidak berani mendedahkan identiti dirinya, selain sumber yang diketahui sangat tidak menyenangi PAS, iaitu Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan penganalisis Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, adalah lambang kebodohan pemimpin DAP.
Menyimpulkan bahawa PAS mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan di Selangor (juga di Kedah dan Kelantan) hanya berdasarkan cakap dengar oleh individu-individu yang diketahui sangat tidak menyenangi PAS, atau hanya berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, bahawa PKR akan terus berunding dengan PAS bagi memastikan kerjasama antara PAS dengan pembangkang yang lain atau hanya berdasarkan makluman bahawa PKR membincangkan kemungkinan kerjasama dengan PAS dalam mesyuarat biro politiknya yang terakhir, adalah lambang kebodohan pemimpin DAP. Apatah lagi bila Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa PAS tidak akan kembali bekerjasama dengan PKR.
Lebih ironi lagi ialah bila kenyataan bodoh ini dikeluarkan oleh seorang individu yang mendakwa bukan semua orang dilahirkan bodoh (not everyone are born stupid).
Tidakkah bodoh namanya untuk Tony Pua bercakap mengenai risiko untuk PAS dihapuskan dalam PRU 14--sama seperti kenyataan Invoke Centre milik Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang menyatakan PAS tidak akan menang satu kerusi Parlimen pun dalam PRU 14 jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan PAS—bila boss Tony Pua dalam DAP, iaitu Lim Kit Siang, baru sahaja mengeluarkan tiga senario yang kononnya boleh berlaku dalam PRU 14 iaitu jika PAS memenangi kira-kira 30% undi Melayu (seperti dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar), jika PAS memenangi kira-kira 20% undi Melayu dan jika PAS memenangi kira-kira 10% undi Melayu. Kata Lim Lim Kit Siang, dalam Senario 1, PAS akan memenangi 6 kerusi Parlimen manakala dalam Senario 2 dan Senario 3 pula PAS akan memenangi 2 kerusi Parlimen.
Maksudnya, mengikut bacaan Lim Kit Siang, dalam keadaan paling teruk sekalipun (jika PAS memenangi kira-kira 10% undi Melayu), PAS masih akan memenangi 2 kerusi Parlimen, manakala jika prestasi PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dikekalkan PAS akan memenangi 6 kerusi Parlimen. Jadi mengapa Tony Pua boleh bercakap mengenai risiko untuk PAS dihapuskan dalam PRU 14 bila mengikut bacaan boss Tony Pua dalam DAP, iaitu Lim Kit Siang, PAS tidak akan dihapuskan dalam PRU 14? Itu belum diandaikan jika PAS memenangi peratusan undi Melayu yang lebih banyak berbanding 30% undi Melayu yang PAS perolehi dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar atau jika PAS turut memenangi undi bukan Melayu tidak sebagaimana diprojeksi oleh Lim Kit Siang bahawa PAS tidak akan memenangi undi bukan Melayu (hardly any non-Malay support or little non-Malay support).
Bodoh juga rupa-rupanya pemimpin DAP ini ya.

Dr. Kamarul Zaman Yusoff
 
Copyright © 2014 PenangKini.