BREAKING NEWS

Friday, 11 August 2017

Tun Mahathir Berbohong!



Isu Kapal Selam: Teguran Untuk Tun Mahathir

Saya baru sahaja membaca penulisan rakan admin berkenaan kenyataan Tun melalui media Malaysian Insight berkenaan Scorpene. Sekali lagi Scorpene menjadi isu hangat dan menjadi buah bicara hamba politik untuk mendapatkan political mileage memandangkan pilihanraya dah semakin hampir dan kehangatannya semakin terasa – trend memainkan isu Scorpene ini sudah boleh dibaca sejak 2008 lagi jadi saya tak terkejut bilamana ada lagi rakyat bebal dan pemimpin politik yang mengitar semula isu.
Ia tak lain adalah usaha untuk mendapatkan sokongan politik atas 3 nama utama – rasuah, duit rakyat dan pembaziran.
Ya tiga perkara ini menjadi sebutan hamba politik sebilang masa yang jelas adalah kalangan orang yang tidak cakna dan tidak memahami keperluan pertahanan nasional, termasuk Tun sendiri.


Asal nak dekat pilihanraya je, cerita pasal Scorpene akan dijadikan modal ulangan oleh pihak-pihak politik yang saya rasa tak perlulah nak sebut siapa dengan calitan kononnya ada unsur rasuah dan kronisme dalam perolehan 2 unit kapal selam TLDM tersebut.
Cerita ni dah lama wujud, sejak 2008 lagi. Yang jadi pelopor menyebarkan dakyah tentang Scorpene ni adalah tak lain tak bukan media lidah bercabang seperti MalaysiaKini dan MalaysianInsider selain FMT dan lain-lain cabang media alternatif lain.
Pada waktu itu, pemerintah yang ada masih bebal dari segi menjawab tohmahan keatas TLDM dan Angkatan Kapal Selam, dan ini menyebabkan penularan fitnah seperti Altantuya adalah gadis Mongolia si tukang tafsir dan penterjemah yang tak pernah ke Perancis.
Macam biasa setiap 5 tahun sekali cerita ni akan naik, lagi-lagi bila dekat sangat dah pilihanraya dekat Malaysia yang tercinta ni.
Mulanya dicanang oleh Tian Chua (yang latar belakang tentang pertahanan pun tak ada) dan disambut oleh Kua Kia Soong, seorang cina yang menulis dua buah buku copy paste laporan media dan canang diri sendiri pakar pertahanan walhal beza antara korvet dengan frigate pun dia menggagau. Lepas tu bola tanggung disambut oleh Rafizi, politikus yang eja warfare pun salah. Ulangan demi ulangan dibuat supaya political mileage tu kekal.
Kami takkan bersuara kalau yang menyuarakan isu itu adahard facts and figures, tapi yang lebih banyak dicanangkan menjurus kepada fitnah dan persepsi negatif terutama keatas Angkatan Kapal Selam dan TLDM sendiri dengan konotasi yang disebarkan kepada masyarakat oleh kalangan hamba politik.
Jadi penulisan saya kali ini akan membidas kenyataan Tun dan juga membidas siaran ulangan fitnah berkenaan kos perolehan Scorpene oleh Malaysia yang sebenarnya bukan menjurus kepada pembasmian rasuah tetapi lebih kepada modal politik untuk pilihanraya saja.
By Faris Jamaluddin
August 8, 2017
 
Copyright © 2014 PenangKini.