BREAKING NEWS

Friday, 18 August 2017

‘U-Turn’ Di Permatang Pauh Manifestasi Rakyat Enggan Bersandiwara

PERMATANG PAUH, 17 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menyifatkan saranan dan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini yang mengajak rakyat Permatang Pauh untuk membuat perubahan dan ‘u-turn’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kelak sebagai tanda enggan melihat rakyat tertipu lagi dengan sandiwara Ahli Parlimennya.
“Tentulah rakyat Permatang Pauh sudah bosan dan sudah tertipu dengan sandiwara Ahli Parlimen yang sedia ada hari ini.
“Hari ini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebelum ini suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kedua-duanya tidak melaksanakan tugas dan peranan sebagai wakil rakyat kepada masyarakat di Permatang Pauh ini.
“Pemimpin tertinggi BN sendiri mengajak rakyat di sini membuat perubahan dan kesungguhan ini ditunjukkan dengan kehadirannya untuk bersama-sama dalam majlis Kenduri Rakyat.
“Kehadiran lebih 20,000 masyarakat setempat di sini juga merupakan manisfestasi sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan UMNO dan BN hari ini,”
Ujarnya, kebiasaannya, Najib merujuk istilah ‘u-turn’ kepada tingkah laku mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang hari ini membuat pusingan 360 darjah dengan bekerjasama bersama pembangkang khususnya Dap bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN, namun dalam ucapannya rakyat diminta untuk kembali ‘u-turn’ kepada BN.
Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut, Najib mengajak rakyat Permatang Pauh untuk membuat perubahan lantaran kegagalan Ahli Parlimennya membawa pembangunan kepada masyarakat di sini.
Beliau berkata parti pembangkang menggerakkan reformasi kira-kira 17 tahun lepas untuk melawan bekas Tun Mahathir, tetapi secara rasminya gerakan itu boleh dikatakan berkubur apabila orang yang dilawan dahulu, membuat pusingan 360 darjah, dan kini bekerjasama dengan pembangkang.


 
Copyright © 2014 PenangKini.