BREAKING NEWS

Tuesday, 29 August 2017

Usah berpolitik ketika di Tanah Suci, Zahid ingatkan anggota Kabinet

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakan-rakan beliau dalam Kabinet agar tidak berpolitik ketika berada di Tanah Suci uuntuk menunaikan haji.
Menteri dalam negeri berkata beliau mahu mereka melakukan haji mabrur dan tidak riak walaupun sudah menunaikan haji lebih daripada sekali.

“Saya ingatkan rakan-rakan politik saya, oleh kerana waktu (melakukan ibadah) wukuf singkat.
“Kalau kita artis, kalau penyanyi, kalau politik, guna masa singkat dekatkan diri dengan Allah dan jangan bersembang.


“Gunakan waktu singkat untuk ibadah dan membaca buku-buku doa yang terbaik,” kata beliau pada majlis mengucapkan “selamat jalan” kepada jemaah Haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dekat sini hari ini

Turut sertai rombongan 484 jemaah yang berlepas ke tanah suci hari ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadzillah Yusof dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah.

Zahid, naib presiden Umno yang sedang menjalankan tugas timbalan presiden turut menasihatkan kepada jemaah haji supaya melakukam haji dengan mabrur dan ikhlas agar haji yang dilakukan barakah
“Tidak kira jika banyak kali kalau tak ikhlas pun tak guna. Jika sekali kalau ibadah ikhlas diterima,” katanya.
Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia pada 24 Julai lalu dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 26 Ogos, namun ada penerbangan yang tertunda selepas Kerajaan Arab Saudi memperketat urusan pengeluaran visa haji bagi mengelakkan pengganas menyeludup masuk ke sana.


 
Copyright © 2014 PenangKini.