BREAKING NEWS

Tuesday, 8 August 2017

Wanita Didenda Kerana Pakai Burkini

PARIS: Gara-gara memakai burkini, seorang wanita mendakwa terpaksa membayar bil pembersihan sebanyak AS$574 (RM2,456) di sebuah kolam renang di Marseille dekat sini baru-baru ini.
Lapor Metro UK, wanita tersebut, Fadila berkata, dia ketika itu sedang mandi di dalam kolam sebelum kakitangan hotel terbabit mengarahkan tetamu lain untuk keluar, kononnya atas faktor kesihatan.
Dia berkata, suaminya dihubungi oleh pemilik hotel, yang memberitahu supaya Fadila tidak dibenarkan berenang pada hari itu.
Hotel itu mengenakan denda sebanyak AS$574 kepada pasangan tersebut untuk kerja-kerja pengosongan dan pembersihan kolam terbabit.
Denda itu turut merangkumi pampasan kerana kolam itu tidak boleh digunakan selama dua hari.
Pasangan itu bagaimanapun enggan membayar denda berkenaan.
“Saya kecewa, terkejut dan marah dengan fakta bahawa seseorang boleh jadi hipokrit serta jahat hanya kerana burkini,” kata Fadila kepada United Against Islamophobia di Perancis (CCIF).
Dalam pada itu, CCIF memberitahu, burkini direka khas untuk berenang dan tidak menimbulkan sebarang isu kesihatan kepada orang lain.
- Utusan Malaysia
 
Copyright © 2014 PenangKini.