BREAKING NEWS

Thursday, 28 September 2017

Nelayan terjejas jika kerajaan luluskan tambak laut

PM Umum Peruntukan RM7 Juta Persatuan Peladang, Nelayan

SERDANG, 28 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan sekali sebanyak RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) membabitkan dana RM7 juta bagi tujuan pemantapan dua organisasi itu.

Mengumumkannya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) dan Malaysia Food Festival di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini, Najib berkata peruntukan sebagai menghargai usaha golongan yang membekalkan sumber makanan negara itu akan memanfaatkan seramai sejuta anggota persatuan dari kalangan peladang, penternak dan nelayan seluruh negara.

"Menjadi peladang, penternak dan nelayan yang mencurah keringat demi menyediakan sumber makanan rakyat adalah pekerjaan yang cukup mulia dan sebagai golongan yang dekat di hati saya, sumbangan 'wira tidak didendang' ini perlu disanjung tinggi,"katanya.

Menurutnya, sektor pertanian dan agromakanan menyumbang sebanyak RM89.3 bilion dan RM36.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2016, manakala pengeluaran komoditi makanan utama seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan mencatatkan pertumbuhan menggalakkan iaitu pada kadar 3.9 peratus setahun dalam tempoh 2011 hingga 2016.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan yang diluluskan Kementerian Kewangan itu mampu 'menyegarkan' pimpinan peladang dan nelayan kawasan dalam konteks memajukan lagi sektor masing-masing.

Terdapat sejumlah 278 PPK di negara ini dan 88 PNK.

Bertemakan "Makanan Kita, Masa Depan Kita" perasmian HPPNK, yang akan berlangsung selama empat hari sehingga 1 Okt itu, turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

-- BERNAMA

Azizulhasni Lelong Sarung Tangan Rio2016 Untuk Pusat Tahfiz


Jaguh keirin dunia, Mohd Azizulhasni Awang telah melelong sarung tangan yang digunakan semasa Sukan Olimpik Rio 2016 dengan harga RM5,000 untuk sumbangan kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar di Jalan Keramat Ujung, di sini, pada 14 Sept lepas.

Beliau yang pulang sehari dari Melbourne, Australia, hari ini meluangkan masa untuk melawat pusat tersebut untuk menyampaikan sumbangan dan juga hasil daripada lelongan amal yang diadakan di akaun Instagram beliau, empat hari lepas.

Katanya, sumbangan tersebut diharap dapat membantu menampung keperluan pusat tahfiz berkenaan.

"Hasil daripada lelongan dengan pembida tertinggi dengan RM5,000 dan juga ditambah dengan sumbangan beberapa individu, kita sedekahkan kepada pusat tahfiz ini.

"Saya harap dengan bantuan kecil ini dapat meringankan pusat tahfiz dan anak-anak tahfiz ini," katanya, yang turut mengikuti perkembangan tragedi kebakaran pusat tahfiz itu yang mengorbankan 21 murid serta dua warden pusat berkenaan.....

Wisma Putra haramkan rakyat Malaysia ke Korea Utara


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dilarang ke Korea Utara sehingga diberitahu, kata Kementerian Luar.
“Keputusan ini dibuat berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu (Korea Utara).
“Larangan akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal,” kata kementerian dalam satu kenyataan.
Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh hubungi kementerian di talian +603-8000 8000 (waktu pejabat) dan +603-88874570 (luar waktu pejabat).

Bomba: Gril, pili masalah sekolah tahfiz Pulau Pinang


BUTTERWORTH: Bomba hari ini mengumumkan hampir separuh daripada 400 sekolah tahfiz di negeri itu selamat, tetapi isu seperti gril dan pili bomba harus diselesaikan.
Superintenden bomba Mohd Syafiq Mohd Jamil berkata audit ke atas sekolah tahfiz dan asrama dijalankan sejak awal tahun ini dan mendapati banyak pusat tahfiz memasang gril pada tingkap.
Beliau berkata sekolah berkenaan diminta menanggalkan gril atau memastikan bahagian cermin mudah pecah untuk membolehkan mereka menyelamatkan diri semasa kebakaran.

Syafiq, yang mengetuai bahagian keselamatan kebakaran bomba Pulau Pinang, berkata sesetengah sekolah turut memasang gril pada tangga bagi tujuan keselamatan.
Pengendali sekolah diminta membiarkan gril itu terbuka atau menanggalkannya bagi memastikan laluan keluar yang lancar semasa kebakaran.

“Juga banyak sekolah terletak jauh dari pili bomba. Air sukar didapati pada musim kering terutamanya di kawasan kampung dan usaha melawan api menjadi sukar.
“Mungkin pihak berkuasa tempatan boleh memasang pili berdekatan sekolah,” kata Syafiq kepada pemberita pada sidang media berhampiran Sungai Dua hari ini.Terdapat kira-kira 349 sekolah agama Islam pelbagai jenis yang berdaftar di Pulau Pinang.

Syafiq berkata kebanyakan sekolah tahfiz di negeri itu memiliki laluan keluar dan tempat berhimpun, tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan.
“Kita mahu didik sekolah-sekolah ini untuk lantik seorang marsyal kebakaran. Marsyal kebakaran akan himpukan warga sekolah d tempat berhimpun, yang paling baik dalam jarak yang selamat dari sekolah,” katanya.

Terdahulu, Syafiq dan pegawainya memeriksa Sekolah Menengah Agama ‘Ibrah di Kampung Tanjung Putus untuk menilai kesediaan menghadapi kebakaran.
Syafiq turut menyampaikan ucapan selama 1 jam kepada kira-kira 200 pelajar mengenai kesediaan menghadapi kebakaran di sekolah.

Bomba mengisytiharkan sekolah dan asrama itu selamat diduduki.
Syafiq juga menggesa lebih banyak sekolah menyertai latihan kesediaan kebakaran “Skuad Bomba” untuk para guru dan pelajar. Beliau berkata sesi latihan cuma 8 jam tetapi boleh dibahagikan kepada 2 sesi 4 jam.

Bomba juga akan menjalankan latihan di sekolah-sekolah berkenaan, tambahnya.
“Setakat ini, kita ada 20 sekolah skuad bomba. Latihan itu percuma dan kita harap lebih ramai sertai kami.”

Sekolah yang berminat mengambil bahagian dalam sesi latihan boleh menghubungi balai bomba terdekat untuk maklumat lanjut.
Skuad bomba dibentuk oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pada 30 Mei untuk mengurangkan kejadian kebakaran sekolah tahfiz.
Beliau memberitahu BH Online dalam 3 bulan pertama tahun ini, 30 daripada 1,785 kebakaran membabitkan sekolah tahfiz.

Isu ini timbul susulan tragedi kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah 2 minggu lepas yang meragut nyawa 21 pelajar dan 2 guru.Polis menahan 7 remaja yang disyaki terbabit dalam kebakaran itu. FMT

DS Najib Razak umum lima lonjakan TVET


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak me­ngumumkan lima lonjakan bagi mentransformasikan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar benar-benar berupaya menjadi agen perubahan dalam meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta ekonomi negara.


Serentak dengan itu, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sistem TVET kepada pelajar tahfiz bagi memastikan mereka bukan sahaja berkebolehan dalam menghafaz al-Quran tetapi turut berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang.


Jelasnya, melalui lonjakan pertama, kerajaan akan melatih serta meningkatkan tenaga mahir tempatan secara berterusan daripada 28 peratus ketika ini kepada 35 peratus menjelang 2020 agar mereka menjadi kompetitif, berpeluang memiliki pekerjaan dan memperoleh pendapatan yang lumayan.

Pada masa yang sama jelas beliau, di bawah lonjakan itu, kerajaan juga merancang untuk melatih sehingga 300,000 rakyat Malaysia daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) mulai sekarang hingga 2025 di bawah sistem TVET sebagai lonjakan kedua transformasi.

“Menjelang 2030, kita menya­sarkan peratusan pekerja mahir mencapai 45 peratus, memiliki 20,000 tenaga pengajar vokasional dan 4,000 tenaga pakar TVET menjelang 2025,” katanya ketika berucap merasmikan penjenamaan semula TVET kepada TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Pada majlis tersebut, Najib turut menghadiri sesi dialog Transfrormasi Nasional 2050 (TN50), me­nyaksikan demonstrasi industri 4.0 dan merasmikan hangar ADTEC.

Dalam pada itu, bagi lonjakan kedua pula iaitu memperkukuh dan memperhebatkan lagi kerjasama strategik awam-industri, Najib berkata, menerusi langkah tersebut ia akan membentuk si­nergi dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran.

“Kerjasama strategik sebegini boleh direalisasikan melalui pelbagai bentuk antaranya se­perti industri, menyumbang kepakaran atau mesin dan peralatan dalam melatih tenaga kerja mahir dalam bidang-bidang tertentu yang amat diperlukan oleh pasaran industri,” ujarnya.

Perdana Menteri menambah, bagi lonjakan ketiga pula kerajaan memberi fokus melahirkan lulusan TVET dalam bidang perniagaan dan teknousahawan agar mereka bukan
sahaja mampu mewujudkan peluang pekerjaan tetapi menjadi ikon kepada tenaga kerja tempatan selain berkebolehan bersaing di pentas antarabangsa.

Selain itu, jelas beliau, bagi lonjakan keempat pula iaitu me­laksanakan program geran padanan, kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta dalam Bajet 2017, di mana peruntukan kewangan diberikan pada nilai yang setara dengan nilai sumbangan diterima daripada pihak industri melibatkan program-program TVET berimpak tinggi.

“Lonjakan kelima menjenamakan institusi TVET melalui TVET Malaysia yang mana menyaksikan kesemua institusi TVET di bawah pelbagai kementerian akan bersatu dan bergabung tenaga sebagai kerjasama unggul lagi bersepadu bagi melatih anak-anak muda untuk menjadi tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi,” katanya.

Cemas, penyamun berparang masuk dalam rumah

SIMPANG AMPAT - Seorang operator kilang terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencemaskan apabila dia disamun oleh dua lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Lorong Cassia, Bandar Cassia di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 45 tahun dikatakan sedang tidur dibilik bawah rumah dua tingkat miliknya sebelum didatangi dua lelaki bertopeng berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Shafee Abdul Samad berkata, kedua-dua suspek bertindak mengejut wanita berkenaan sebelum mengikat ibu jari tangan kiri dan kanan mangsa dan mengikat mulut mangsa dengan kain.


Menurutnya, kedua-dua supsek mengugut untuk mencederakannya dan mengarahkan manga untuk menyerahkan semua barang berharga miliknya.

"Kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa memberitahu dimana dia menyimpan barang berharga miliknya termasuk seutas rantai tangan emas dan dua utas rantai leher.

"Selain itu, kedua-dua suspek turut mengambil wang tunai sebanyak RM200, sebuah tv plasma, sebuah telefon bimbit dan beberapa kad bank," katanya ketika dihubungi di sini.

Shafee berkata, selepas mendapatkan barangan berharga itu, kedua-dua penyamun bertopeng itu bertindak melarikan diri.

Katanya, mangsa yang masih dalam ketakutan terus berlari naik ke bilik di bahagian atas rumah untuk mengejutkan anak lelakinya.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek memasuki rumah mangsa melalui pintu depan rumahnya.

"Rumah mangsa terletak di bahagian tepi sekali dan tidak mempunyai kamera litar tertutup. Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

Warga emas ditemui maut sebab sesak nafas

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga emas disahkan maut selepas mengalami sesak nafas apabila rumahnya terbakar dalam kejadian di Taman Sri Kijang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Tan Fong Weng, 66 dikatakan sedang tidur didalam biliknya sebelum dia berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba.

Difahamkan, ketika kejadian dia bersendirian di rumah terbabit selepas isterinya keluar ke pasar manakala anaknya pula telah keluar ke tempat kerja.


Menurut jurucakap Bilik Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya yang menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira jam 10.40 pagi daripada orang awam terus bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba dilokasi kejadian pihaknya dimaklumkan terdapat seorang mangsa yang terperangkap didalam rumah berkenaan dan operasi menyelamatkan mangsa segera dilakukan.

"Mangsa yang mengalami sesak nafas ditemui dalam keadaan pengsan dan dia berjaya dikeluarkan daripada rumahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, kejadian yang berlaku menyebabkan hampir keseluruhan rumah mangsa hangus terbakar manakala rumah bersebelahan yang dijadikan sebagai rumah ibadat terbakar 20 peratus.

Katanya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebal dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.20 pagi.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian akibat kejadian itu masih lagi dalam siasatan pasukan forensik kebakaran.

Wanita diacu parang sebelum barang kemas dilarikan

NIBONG TEBAL - Seorang wanita diugut dengan parang panjang sebelum dua lelaki melarikan barang kemasnya bernilai RM10,000 di rumahnya di Bandar Cassia di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika pekerja kilang itu sedang tidur.

"Dua lelaki yang memakai topeng muka dan sarung tangan memasuki bilik tidurnya sebelum mengacukan parang kepadanya.


"Kedua-dua tangan mangsa dan mulutnya kemudiannya diikat sebelum dua lelaki berkenaan menggeledah rumahnya,” katanya.

Beliau berkata antara barang mangsa yang dilarikan ialah dua utas rantai leher emas, rantai tangan emas, wang tunai, televisyen, telefon bimbit dan dokumen peribadi.

Mangsa telah diselamatkan anaknya yang tidur di tingkat dua rumah teres berkenaan.

Shafee berkata kedua-dua individu itu dipercayai turut memecah masuk beberapa buah rumah di kawasan itu sebelum ini. –Bernama

OKT lolos dari mahkamah dipenjara enam bulan

PULAU PINANG 28 Sept. - Seorang orang kena tuduh (OKT) dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas dakwaan meloloskan diri semasa dibawa ke kenderaan polis di Mahkamah Pulau Pinang dua minggu lalu.

Tertuduh, Khairul Nizam Abdullah Sani, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Catherine Nicholas.

Mengikut pertuduhan, Khairul Nizam dengan sengaja lari daripada tahanan polis di pekarangan lokap mahkamah pada 5.30 petang, 6 September lalu.

Dia sebelum ini dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan kes dadah di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE


Dr. Mahathir yang hapus hak rakyat Sabah masa jadi PM

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad dibidas atas kenyataannya yang kononnya mahu melihat kembali Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan berkata, kenyataan itu adalah satu pembohongan kerana Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah menarik hak rakyat Sabah seperti terkandung di dalam MA63 tanpa merujuk kepada Parlimen terlebih dahulu.


Katanya, hak tersebut adalah dalam industri gas dan tenaga yang dihapuskan pada tahun 1983 hanya dengan menggunakan Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan tanpa dibahaskan di Parlimen sebelum dipersetujui.

“Ini adalah kes yang amat jelas pada tahun 1983 apabila Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri membatalkan perundangan tentang hak rakyat Sabah yang terkandung di dalam MA63 tetapi Sarawak dikekalkan.

“Perkara ini berkaitan hak kerajaan negeri dalam pembekalan elektrik, industri gas serta kerja-kerja lain dalam pengedaran industri tenaga,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, pada tahun 1996, Dr. Mahathir turut menjalankan kempen agar hak Imigresen yang dimiliki oleh Sabah seperti terkandung di dalam MA63 dihapuskan, namun usaha berkenaan gagal kerana ditolak oleh pemimpin-pemimpin tempatan.

Bagaimanapun katanya, hak tersebut berjaya dikekalkan hingga kini selepas pemimpin-pemimpin Sabah ketika itu menolak cadangan berkenaan.

“Nasib baik pemimpin Sabah berjaya mengekalkan hak tersebut. Saya percaya Dr. Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan masih mempunyai perancangan untuk mengambil hak Imigresen kita,” katanya.-UTUSAN ONLINE



kedai dobi ‘mesra Muslim’ bukan isu besar - PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap tindakan sebuah kedai dobi di Muar yang hanya mahu berurusan dengan pelanggan Islam adalah bukan isu besar, sebaliknya membandingkan perkara itu kepada majikan yang tidak mengambil staf bukan Cina.

Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata dasar kedai dobi Elit Laundry yang mengundang kemarahan Sultan Johor itu seharusnya difikir dengan terbuka dan tidak perlu dianggap sensitif.
“Saya tidak fikir orang buat ini untuk menyakitkan hati siapa-siapa. Sebab dia faham tentang Islam,” katanya mempertahankan pemilik dobi berkenaan, yang dibidas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana jahil agama dan bersikap pelampau.

Nadzim sebaliknya beralih kepada isu diskriminasi di tempat kerja.
“Contoh tempat kerja hanya untuk orang Cina sahaja,” Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan tindakan kedai dobi layan diri itu selepas tular gambar papan tanda “mesra Muslim” yang memaklumkan kedai itu hanya menerima pelanggan Islam atas “faktor kesucian”.
Dalam temubual bersama The Star hari ini, Sultan Ibrahim berkata ia amalan yang memalukan, dan mengarahkan pemilik dobi berkenaan memohon maaf kerana memalukan rakyat Johor.

Pemilik yang enggan memperkenalkan namanya ketika dihubungi berkata papan tanda itu sudah diturunkan dan memohon maaf kerana melaksanakan polisi tersebut.
Sebelum kenyataan Sultan Johor, langkah kedai dobi itu menerima pujian beberapa tokoh agama negeri, termasuk Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang menyifatkan ia “cantik” kerana menjamin kesucian.
Bagi Nadzim, isu kedai dobi itu terlalu diperbesar-besarkan.

“Pada saya tak ada isu, tidak seharusnya diambil sebagai isu. Diambil secara baik.
“Tetapi diperingkat orang ramai tak perlu dijadikan politik,” katanya.Nadzim berkata pengguna ada hak untuk memilih.“Bagi saya kita harus berlapang dada. Kita tidak harus jadikan isu,” katanya lagi.
“Macam saya, akan pergi kedai itu sebab saya nak bersih. Kalau orang lain tak nak itu hak dia,” katanya.

Wednesday, 27 September 2017

Tidak Perlu Mencarut Untuk Kepentingan Politik - Salleh Said Keruak




Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas segelintir pemimpin pembangkang yang menggunakan bahasa kesat untuk mencaci penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Beliau juga mempersoalkan kewajaran tindakan sedemikian hanya kerana perbezaan dan persaingan politik.
"Mat Sabu menghukum agamawan yang bersama UMNO dan BN sebagai berfahaman celaka, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengeluarkan fatwa berdosa mengundi PAS dan BN, dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula menggelarkan orang UMNO dan BN sebagai kaum jahiliah.
"Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.
"Saya fikir itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama kita dengan bahasa yang tidak bertamadun," katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.
Bendahari UMNO itu berkata tindakan Mat Sabu, Dr Mahathir dan Muhyiddin hanyalah untuk menggembirakan DAP yang dianggap boleh membawa mereka ke Putrajaya.
Bagaimanapun, kata Salleh andaian itu salah dan strategi politik sedemikian tidak sesuai untuk menawan Putrajaya.
"Rakyat muak dengan politik kebencian sebegini. Yang rakyat dambakan ialah politik matang, politik menggunakan isu dan strategi kempen yang beradab, politik yang menyentuh keperluan rakyat dan perjuangan untuk rakyat," katanya.

Pertumbuhan Malaysia di landasan yang tepat - Najib Razak

 FW630986_PTJ16_260917_MYEXPO-scr.jpg

Pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat sebagaimana dipaparkan unjuran terbaharu Bank Pembangunan Asia (ADB) pada Selasa yang menyemak naik pertumbuhan negara ini daripada 4.7 peratus kepada 5.4 peratus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, laporan itu menyenaraikan Malaysia dan Hong Kong sebagai dua negara yang memaparkan kejutan dari segi pertumbuhan paling ketara di Asia.
Bagi Hong Kong, ADB turut menyemak naik unjuran tahun ini daripada 2.0 peratus kepada 3.2 peratus.
"Oleh itu, janganlah percaya kepada cakap-cakap segelintir pihak yang sanggup menjejaskan negara sendiri demi mencapai matlamat politik mereka. Buktinya sudah cukup jelas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi Pusat Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyExpo) semalam. 
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bukti lain bahawa Malaysia berada di landasan tepat itu juga boleh dilihat menerusi fakta yang menunjukkan negara ini turut dialu-alukan sebagai rakan dagang di serata dunia.
"Mereka semua mahu menjalankan perniagaan dengan kita dan mengukuhkan hubungan persahabatan yang memberi manfaat bersama. Ini kerana mereka sedia maklum mengenai fakta yang menyokong kenyataan Bank Dunia mengenai kita," katanya.
Perdana Menteri turut memetik kenyataan Bank Dunia mengenai perkembangan ekonomi Malaysia yang disifatkan sebagai kukuh.
Namun kata beliau, masih ada pihak tertentu yang terus melemparkan dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap.
Tegas Najib, dakwaan itu bercanggah dengan laporan terkini PricewaterhouseCooper's (PwC) mengenai dunia pada 2050 yang mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia di kedudukan ke-24 dalam senarai teratas global dari segi pariti kuasa pembelian.
"Itu adalah unjuran mereka dan firma perakaunan seperti PwC lazimnya amat teliti apabila membuat ulasan mengenai keadaan pada masa depan," katanya.
Perdana Menteri turut menyuarakan keyakinan beliau bahawa Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih tinggi dengan bersandarkan kepada usaha kerajaan serta kegigihan rakyat negara ini. - Bernama 

DAP Yang Tentukan Semuanya Dalam Pembangkang, Termasuklah Pesta Arak



DAP yang berkuasa penuh dalam pembangkang. DAP adalah “top dog” sebenar dalam Pakatan Harapan. Ini kerana DAP yang punyai kerusi paling banyak dalam Pakatan Harapan iaitu sejumlah 37 kerusi parlimen.  Lihat statistik di pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/03/parti-satu-kerusi-tidak-layak-jadi.html

Parti Mahathir hanya ada satu kerusi sahaja. Tidak layak bercakap apa pun. Paling jelas adalah dalam isu pesta arak. Tiada siapa yang berani mencabar keputusan DAP untuk membenarkan pesta arak itu diadakan.

Ahli ahli parlimen dari DAP seperti Tan Kok Wai (Ahli Parlimen DAP Cheras), Fong Kui Lun (Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang), Teresa Kok (Ahli Parlimen DAP Seputeh), Tan Kee Keong (ADUN DAP Kuala Kubu Bharu) dan  Lim Lip Eng (Ahli Parlimen DAP Segambut) membantah keputusan DBKL mengharamkan pesta arak yang mahu diadakan di Publika.

Pesta arak yang mahu menghidangkan 250 jenis arak dari 43 negara itu mahu dibenarkan oleh DAP. Dua exco kanan DAP di Selangor juga meminta agar pesta arak ini diteruskan.

Naib Pengerusi DAP Selangor , Teng Chang Khim memberi amaran kepada PAS mengenai pesta arak. Teng berkata "jadi, dia juga kena fahamlah ini masyarakat majmuk. Malaysia ini bukan ada orang PAS sahaja, ramai orang bukan PAS dan majoriti lebih pada orang bukan PAS,"

Dengan selamba sahaja PAS kena kutuk dengan DAP mengenai pesta arak. Azmin Ali tengok sahaja PAS kena balun dengan DAP mengenai pesta arak. Nampak sangatlah Azmin Ali  lebih sayangkan DAP berbanding PAS.

Hayat PAS tidak lama jika begini. PRU14 ini sudah pasti PAS akan dikuburkan. Sikap Azmin dalam isu pesta arak ini jelas sekali memihak kepada apa yang dikehendaki DAP. Manakala parti PAN pula tutup mulut, seronok melihat PAS kena balun dengan DAP.

Sejak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh kerajaan campuran PKR dan DAP, sudah enam tahun berturut turut Better Beer Festival dianjurkan. Acara yang diadakan untuk merasai produk pengeluar bir bebas. Penganjuran masuk tahun keenam pada tahun ini dianjurkan oleh MyBeer (M) Sdn Bhd.

Mana PKR dan PAS berani dengan DAP di Selangor. Menteri Besar pun tidak berani. Apa yang DAP hendak, mereka ikutkan sahaja tanpa banyak soal dan tanya. 

PAN pula jadi tukang nasi tambah untuk hentam PAS. Dengan kuasa yang ada, DAP telah 'mengarahkan' pula Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali untuk menghentam mereka yang anti pesta arak melalui portal Roketkini.com.

Guan Eng, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang juga bantah keputusan DBKL untuk mengharamkan pesta arak di Publika. Guan Eng kata tidak wajar haramkan pesta arak demikian kerana alasan sensitiviti.

Guan Eng kata di festival Hungry Ghost Taoist ada cara hidangkan babi, apakah acara hidang babi ini juga hendak diharamkan selepas ini kerana sensitiviti? Guan Eng ada niat hendak anjur pesta hidang babi kah selepas ini?

Kenapa Guan Eng tidak ambil contoh di Scotland. Menurut laporan Media Independent, 21 September 2017, Scotland pun menolak lesen pesta arak Oktoberfest Glasgow kerana orang ramai terlalu mabuk tahun lepas. Hak asasi apa jika ianya memudaratkan orang lain.

Malah Guan Eng dan DAP kena faham, pesta arak tidak dibenarkan dianjurkan bukan kerana sensitiviti tetapi kerana soal keselamatan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata  larangan penganjuran pesta dijadualkan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur itu dibuat kerana dikhuatiri menjadi sasaran serangan kumpulan militan.

Bukan sekadar pesta arak, pesta gay pun mahu dianjurkan oleh kumpulan kumpulan LGBT di Malaysia ini.Pesta Gay White Party Bangkok yang mahu dianjurkan di Kuala Lumpur pada 30 September 2017 juga telah diharamkan oleh kerajaan.

Kita semua tahu, siapa sebenarnya yang menyokong kumpulan LGBT dan gerakan songsang ini. Berdemo tuntut desakan yang bukan bukan di Sogo pada 10 September lepas. Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/09/kerana-kejar-kuasa-soal-agama-ditolak.html

Kenapa waktu sekarang mahu anjurkan semua pesta ini? Mahu tarik sokongan dan undi? Semuanya kerana kuasa, soal agama ditolak ke tepi habis oleh semua pemimpin pemimpin Islam dalam Pakatan Harapan.

Dalam Pakatan Harapan, DAP tidak boleh dibantah dan ditegur langsung. Ada dengar mana mana pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan kritik kenapa banjir di Pulau Pinang teruk, isu kilang haram di Sungai Lembu dan isu isu rasuah dan penyelewengan di Pulau Pinang.

Tidak berbunyi langsung. Guan Eng yang kena kes rasuah di mahkamah pun, Mahatir tidak berani jentik langsung sekarang. Apatah lagi hendak buat segala pesta ini sekarang ini. Bila DAP bantah, menikus habis semua pemimpin lain dalam Pakatan Harapan.

Banyak nama nama Melayu di bahagian atas organisasi Pakatan Harapan. Dalam isu pesta arak ini mereka tidak berani bersuara. Tutup mulut kerana takut dengan DAP. Apa boleh buat, DAP adalah ketua sebenar dalam Pakatan Harapan.


Tulisan:
Beruang Biru
BB592, Rabu
11 September 2017

Ahli Parlimen serantau memuji pendirian teguh Malaysia terhadap krisis Rohingya, menyeru tindakan lanjut ASEAN



Tulisan asal oleh:
Asean Parliamentarians For Human Rights, 26 September 2017

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari seluruh Asia Tenggara hari ini memuji keputusan Menteri Luar Malaysia Anifah Aman untuk "memisahkan" dirinya dari Kenyataan Pengerusi ASEAN baru-baru ini mengenai keadaan di Negeri Rakhine, dengan mengatakan langkah itu sebagai satu langkah yang penting dan perlu untuk menggesa tindakan yang lebih ketara oleh blok serantau itu untuk menangani krisis yang semakin meningkat di Myanmar.

"Pendirian tegas Menteri itu patut dipuji, dan beliau layak dipuji mengambil risiko untuk mengatakan apa yang sebenarnya berlaku di Negeri Rakhine dan apa yang perlu dilakukan mengenainya," kata Charles Santiago, Ahli Parlimen Malaysia dan Pengerusi Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR). "Penekanan yang tidak wajar ASEAN terhadap konsensus menjejaskan keupayaan blok serantau itu untuk bertindak tegas dan menghadapi realiti yang berlaku di Myanmar. Ia juga menunjukkan kekurangan kepimpinan rasmi ASEAN mengenai isu ini. "

Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman, mengambil langkah luar biasa pada hari Ahad untuk mengeluarkan kenyataannya yang tersendiri selepas pertemuan menteri luar ASEAN di luar Perhimpunan Agung PBB di New York. Kenyataannya mengkritik Kenyataan Pengerusi ASEAN yang dikeluarkan oleh Setiausaha Luar Filipina Alan Peter Cayetano susulan mesyuarat itu, memanggilnya sebagai "kegagalan mencerminkan realiti keadaan." Anifah berkata kebimbangannya tidak diambil kira dalam proses merangka Kenyataan Pengerusi, dan menekankan, khususnya, kegagalannya untuk secara khusus menyebut Rohingya, lebih dari 430,000 orang yang telah melarikan diri ke Bangladesh sejak permulaan "operasi pembersihan" tentera Myanmar pada akhir bulan Ogos.

Kenyataan dari Malaysia menyeru kerajaan Myanmar "untuk menamatkan keganasan, menghentikan kemusnahan hidup dan harta benda, membenarkan akses segera tanpa halangan untuk penyampaian bantuan kemanusiaan kepada Rohingya dan semua komuniti yang terjejas, dan untuk menyelesaikan masalah pelarian Rohingya." Ia juga menggambarkan operasi ketenteraan di Negeri Rakhine sebagai "tidak adil."

APHR berkata kenyataan itu menekankan maklumat kritikal yang tidak dimasukkan dalam Kenyataan rasmi Pengerusi dan merupakan suara penting dari dalam ASEAN yang menggesa untuk tindakan selanjutnya. Gabungan ahli parlimen itu menggesa kerajaan-kerajaan ASEAN yang lain untuk mengambil tindakan yang sama untuk menangani krisis di Rakhine.

"Ini bukan lagi masalah Myanmar sahaja dan mempunyai kemungkinan besar menjejaskan seluruh rantau. ASEAN tidak boleh terus mengambil ringan mengenai isu keganasan yang disasarkan terhadap etnik Rohingya di Myanmar," kata Santiago. "Dasar tidak campur tangan – yang sentiasa dipetik oleh kerajaan Myanmar secara konsisten apabila tragedi ini terbongkar - sekali lagi telah terbukti menjadi alat untuk regim gunakan untuk menyelamatkan diri mereka apabila mereka menganiaya rakyat mereka sendiri dan melakukan kekejaman."

Perselisihan antara kerajaan anggota mengenai tindak balas ASEAN terhadap krisis itu juga menunjukkan keperluan mendesak untuk membenarkan penyiasat bebas menilai keadaan dan menyiasat fakta-fakta, kata APHR.

"Jika pihak berkuasa Myanmar ingin menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku, mereka harus membenarkan kemasukan penyiasat yang tidak berat sebelah dari misi pencari fakta yang diperintahkan PBB, serta pemerhati lain dari badan-badan serantau yang relevan," kata Ahli Lembaga APHR Eva Kusuma Sundari, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.

"Kerajaan Myanmar tidak boleh terus menentang pencirian masyarakat antarabangsa mengenai krisis itu sambil menolak semua laporan antarabangsa yang boleh dipercayai dan mengatakan ianya adalah 'berita palsu'. Ia mesti mempromosikan keterbukaan kepada penyiasatan antarabangsa," tambah Sundari.

Ahli Parlimen juga menggesa kerajaan Malaysia supaya melakukan tindakan konkrit susulan kata-kata yang tegas itu yang akan menyokong bantuan kepada beribu-ribu etnik Rohingya yang berisiko, termasuk yang sudah ada di Malaysia, dengan menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 dan memastikan semua etnik Rohingya dan pelarian lain di Malaysia mendapat perlindungan dan akses kepada perkhidmatan yang secukupnya.

"Kementerian Luar Malaysia telah menetapkan satu standard yang tinggi dengan kenyataan yang tegas mengenai krisis Rohingya. Sekarang kementerian lain mesti ikut serta mempamerkan konsistensi dan kepaduan dasar dalam keseluruhan kerajaan Malaysia," kata Ahli Lembaga APHR, Teddy Baguilat, ahli Dewan Perwakilan Rakyat Filipina.

"Kata-kata adalah penting, tetapi terdapat juga tindakan dasar konkrit yang boleh diambil oleh pihak berkuasa Malaysia di negaranya untuk memastikan Rohingya dan pelarian lain yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar dilindungi."

Link asal artikel:
http://aseanmp.org/2017/09/26/regional-mps-praise-malaysias-strong-stance-on-rohingya-crisis/

PPBM, Bila Tong Sampah Tendang Keluar Sampah



Orang yang sudah keluar PPBM gelar mereka yang masih berada dalam parti itu sebagai keldai, anjing, lembu dan lanun. Itulah gelaran yang diberikan oleh Ainina, bekas Ketua Srikandi PPBM.

Manakala, Mahathir pula gelar orang yang sudah keluar itu sebagai sampah sahaja bagi dirinya dan partinya.

“Kita (PPBM) sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar. Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih (bagus),” kata Mahathir ketika berceramah di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak pada 22 September 2017.

Ini bukan kali pertama Mahathir menggelar orang dengan gelaran sampah. Mahathir mungkin sudah lupa, pada 1 November 2000, Mahathir pernah gelar Ezam Mohd Noor sebagai sampah.

“Apabila mereka berada di sana, golongan itu mungkin mendapati mereka dianggap sebagai sampah masyarakat dan dipandang hina kerana warna kulit yang berbeza” kata Mahathir kepada Ezam Mohd Noor. Mahathir marah kerana Ezam Mohd Noor ke Amerika Syarikat dan Eropah pada masa itu untuk desak campurtangan dari luar.

Hari ini, Ezam turut sama dalam senarai nama yang sudah keluar daripada PPBM. Mereka yang telah menarik diri daripada menyertai PPBM selain Ezam adalah Hamidah Osman, Anina Saadudin, Kamarul Habibur Rahman dan Hasnita Hishamudin.

Dah tahu dulu Ezam itu sampah, yang tong sampah pergi kutip masuk PPBM buat apa? Sekarang ini gelar semula mereka yang keluar itu sampah semula. Mudah sangat strategi Mahathir mengendalikan parti barunya ini.

Kalau tidak suka, tendang keluar dan anggap sampah. Kalau ada duit hilang cakap sahaja “tidak tahu”. Sampai ke hari, ramai masih belum mengetahui berapa sebenarnya jumlah ahli PPBM ?

Kalau benar, yang masih berada dalam PPBM adalah bukan sampah, mungkin sudah lama Mahathir dan Syed Saddiq akan umumkan jumlah keahlian mereka.
“Saya juga tidak pasti siapa atau apakah sebenarnya sampah di dalam BERSATU itu sendiri. Benarkah yang keluar itu sampah, atau yang tinggal itu sampah?”: kata Cikgu Kamarul bila Mahathir gelar mereka yang keluar PPBM sebagai sampah.

Mereka yang keluar dikatakan sampah kerana sayangkan anak emas. Siapa agaknya anak emas Mahathir dalam PPBM. Tidak lain tidak bukan, semua sudah boleh meneka orang itu sudah pastilah Mukhriz dan Syed Saddiq.

Orang yang bertanya soalan mengenai kekayaan Mukhriz itulah yang menjadi sasaran baling kerusi semasa program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam. Anak emasnya tidak boleh disentuh langsung.

Mereka yang cuba pertikai dan tegur, terus akan kena pecat dari PPBM. Bukan sedikit yang sudah keluar. Ramai yang sudah keluar. Beruang Biru ada menulis tentang keadaan parti PPBM yang hendak karam ini. Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/09/ppbm-kini-umpama-kapal-yang-sedang-karam.html

Mahathir sudah tidak peduli lagi parti yang dibuatnya itu. Bila tidak ada sambutan dan gagal menarik ramai ahli, Mahathir sudah sedia “Plan B” untuk menjadikan anak emasnya iaitu Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Mukhriz mungkin bertanding atas tiket parti lain untuk membolehkan cita cita Mahathir tercapai. Muhyiddin yang menjadi Presiden PPBM pun, Mahathir anggap macam tidak wujud sahaja. Hanya jadi lebai malang sahaja.

Muhyiddin sudah lama pun ditanam sebagai sampah oleh Mahathir dalam PPBM. Sekadar melukut di tepi tong sampah sahajalah dalam PPBM. Baca pautan ini ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/01/mahathir-membunuh-karier-politik.html#.Wcm_P8Zx3IU

Parti yang dibuat secara tidak ikhlas dan agenda peribadi tidak akan pergi jauh dan ke mana mana. Walaupun baru berusia setahun sejak diluluskan penubuhan oleh ROS, PPBM nampaknya sudah kucar kacir dan berkemacuk.

PPBM yang hanya ada kerusi dan belum pun diuji dalam mana mana pilihan raya kecil atu pilihan raya umum nampaknya sudah pun hampir tenggelam.  Kapal yang belum belayar tetapi sudah hendak tenggelam.

Mereka yang ada di dalam diumpamakan seperti binatang dan lanun oleh Ainina. Mereka yang keluar parti dikatakan sebagai sampah oleh Mahathir.

PPBM kini berstatus tenat. Tidak ada nampak pun di mana mana ada lagi sampah baru yang mahu menjadi ahli kepada PPBM. Tidak ada. Ramai yang sudah sedar tidak ada gunanya masuk ke dalam tong sampah.

PPBM hanyalah parti untuk memecah belahkan orang Melayu sahaja. PPBM bolehlah disingkatkan dengan nama baru iaitu “Parti Pemecah Belah Melayu”, PPBM. Ini nama yang sesuai untuk parti baru Mahathir ini.

Sampah sampah yang PPBM ini eloklah dikutip oleh Azmin. Boleh telefon Azmin Ali untuk kutip tong sampah ini.  Azmin pernah kata “kalau anda nampak ada sampah belum kutip, anda ‘text’ saya”.


Tulisan:
Beruang Biru
BB591, Selasa
26 September 2017

Duit Hilang RM32 Billion Tidak Tahu, Hal MAS Beli Boeing Tahu Serba Serbi



Mahathir ada bersamakah dalam bilik perbincangan di White House semasa Datuk Seri Najib dan Presiden Trump bincang mengenai pembelian Boeing?

Tiada, tapi tahu semuanya. Bila duit hilang sampai RM32 billion di Bank Negara, Mahathir kata "tidak tahu". Macai macai Mahathir gunakan hujah Mahathir memang tidak tahu kerana tiada dalam bilik urusniaga mata wang pada ketika itu.

Bila MAS beli Boeing, macam macam cerita yang keluar dan tuduhan dibuat pembangkang. Mahathir dan pembangkang tahu serba serbi, biarpun mereka tidak berada sama pun dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu.

"Adakah ia keputusan membeli 58 kapal terbang Boeing itu dibuat MAS atau keputusan peribadi Najib sebagai habuan untuk peluang bergambar dengan Trump?"
tuduh Mahathir dalam Malaysiakini, 25 September 2017.

Kalau hendak bergambar, Najib dan Trump sudah jumpa beberapa kali sebelum ini, termasuklah ketika di Arab Saudi. Malah Trump anggap Najib sahabatnya, beri layanan yang istimewa melebihi protokol biasa.

Tuduhan Mahathir ini jelas mengarut sama sekali. Pembelian Boeing dirancang sejak November 2016 lagi. MAS sudah umum lama dah mahu beli 25 lagi pesawat untuk menggantikan 15 pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat.

Mahathir pusing dan putar habis kenyataan Datuk Seri Najib semata mata bertujuan hendak bagi rakyat marah.

“Semalam saya baca berita di Turkish Online bahawa kerajaan Turki membeli 40 buah pesawat Boeing bagi meningkatkan industri penerbangan negara tersebut, tapi malangnya kenyataan saya tetap diputar-belit oleh pembangkang,” kata Datuk Seri Najib.

Mengapa perlu beli yang baru? Ini kerana,
banyak kapal terbang MAS yang sedia ada bukanlah milik MAS, tetapi menggunakan cara "aircraft leasing".

Cuba tanya Mahathir siapa yang lingkupkan MAS pada tahun 1994? Masa Mahathir jadi Perdana Menteri. Mesti Mahathir kata "tidak tahu".

MAS alami kerugian teruk melalui dasar penswastaan Mahathir sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001.

Untuk memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil "Wide Asset Unbundling" (WAU) dijalankan pada tahun 2002.

Pindahkan aset-aset kapal terbang bernilai RM4 bilion dan liabiliti MAS sejumlah RM7 bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang dimiliki oleh Khazanah.

PMB yang memiliki kapalterbang MAS. Kemudian PMB pajak semula pesawat kepada MAS dengan konsep "leasing".

Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga dipajak dari syarikat-syarikat "aircraft leasing".

Tempoh pajakan Airbus MAS juga akan tamat tidak lama lagi dan amat perlu bagi MAS untuk mengganti pesawat pesawat itu dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo.

Mahathir yang menjadikan model MAS sebagai "aset-light" dengan menggunakan konsep "aircraft leasing".

Tetapi kini, Mahathir dan orang orangnya mempersoalkan mengapa MAS hendak pajak pesawat pesawat ini dan bukan milik MAS sepenuhnya.

Masa zaman Mahathir dulu, itulah cara yang Mahathir gunakan. Pajak pesawat. Macam mana hari ini, orang orang Mahathir boleh jadi mudah lupa dan serba "tidak tahu"?

Konsep pajakan pesawat ini bukan satu perniagaan yang pelik dan luar biasa. Semua syarikat penerbangan dunia guna kaedah "aircraft leasing" ini.

Pesawat-pesawat AirAsia juga dimiliki oleh syarikat "aircraft leasing" bernama Asia Aviation Capital Limited. AirAsia guna konsep yang sama macam yang dibuat oleh MAS.

Mahathir dan pembangkang turut buat persepsi bahawa mana laluan baru pesawat baru Boeing hendak pergi. Laluan baru sebenarnya bukan lagi isu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew sudah menjawab. Pesawat Boeing yang baru dan berangka besar penting dalam mengembalikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium dan menawarkan produk lima bintang.

"Jarak luar biasa 787-9 akan membolehkan kami beroperasi ke mana-mana destinasi di Eropah dan beberapa destinsi di US pada masa depan dari Kuala Lumpur" kata Peter Bellew.

Malah Boeing sendiri sudah tawarkan lorong terbaik di dunia buat MAS. Pembangkang tidak ada masa persefahaman antara Boeing dan MAS ini dimetrai, mereka hanya main tuduh sahaja.

"Boeing menawarkan pesawat berangka besar dan satu lorong terbaik di dunia, dan kami gembira Malaysia Airlines terus memberikan kepercayaan dan keyakinan ke atas Boeing menerusi MoU untuk 16 kapal terbang Boeing ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Boeing Commercial Airplanes, Kevin McAllister.

Hanya dengan membaca laporan sebuah portal, Mahathir tahu serba serbi pasal pembelian Boeing oleh MAS ini. Macam mana Mahathir tahu serba serbi pasal hutang 1MDB melalui WSJ dan Sarawak Report. Bila 1MDB selesai bayar hutang, Mahathir boleh pula buat tidak tahu.

6 Julai 2006, Tan Sri Tajuddin Ramli dedahkan di mahkamah, beliau diarah oleh Mahathir dan Daim untuk beli saham MAS yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu sebahagian kerugian kerugian uruniaga forex yang kini terbukti berjumlah RM32.5 bilion.

Jadi, Mahathir tidak usahlah pertikai apa yang MAS lakukan sekarang. Yang hilang sampai RM32 billion dulu masa dia jadi PM pun tidak tahu. Masa jadi Pengerusi Pakatan Harapan boleh pula tahu semua benda. Ini amat melucukan.


Tulisan :
Beruang Biru
BB590, Selasa
26 September 2017

Banjir Pun Tidak Mampu Selesai, Ada Hati Hendak Bina LRT



Bukan main sombong lagi Guan Eng semalam. Berlagak tidak kena tempat. Patutlah orang panggil Guan Eng sebagai ‘tokong” DAP.  Ini kenyataan berlagak Guan Eng.

"Satu-satunya cara untuk menjadikan ia kenyataan ialah menukar perdana menteri, kemudian baru kita boleh dapat kebenaran membina LRT” kata Guan Eng semalam dalam satu ceramah di Bayan Baru.

Hendak salahkan Perdana Menteri pula sebagai punca Guan Eng gagal buat LRT. Ini satu lagi hujah bodoh Guan Eng.

Yang perlu rakyat Pulau Pinang tukar adalah Guan Eng dan kerajaannya. Apa rakyat Pulau Pinang hendak tunggu sampai Pulau Pinang tenggelam baru hendak tukar Guan Eng? Hendak buat LRT apanya, masalah banjir pun Guan Eng terkial kial menyelesaikannya.

Rakyat sudah tahu bahawa Guan Eng sudah gagal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Kerajaan DAP yang ditadbir oleh Guan Eng gagal kerana sudah menggadai tanah Pulau Pinang, gagal kerana banyak kilang sudah ditutup, gagal kerana terlibat dengan rasuah dan gagal atasi masalah banjir di Pulau Pinang.

Beruang Biru sebelum ini sudah mengupas 10 kegagalan Guan Eng ini. Baca pautan berikut ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/07/10-dosa-dosa-guan-eng-yang-rakyat-pulau.html#.Wch-3sZx3IU

Ini bukti bahawa Guan Eng gagal, itu belum termasuk isu kilang haram yang membabitkan kematian tujuh orang penduduk di Sungai Lembu dan ribuan orang lagi mengalami masalah kesihatan.Juga gagal diselesaikan oleh Guan Eng.

Baru baru ini, Guan Eng mengaku terlupa salur RM22 juta untuk buat projek tebatan banjir.  Sebelum itu lagi, Guan Eng sudah dapat RM40 juta duit tebatan banjir di Bayan Baru dan RM150 juta yang disalurkan oleh Kerajaan BN Pusat. Mana hilang semua duit itu? Banjir tetap juga berlaku.

Hendak tukar Datuk Seri Najib macam mana? Duit bantuan selesaikan banjir pun Guan Eng minta dengan kerajaan pusat yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib. Pada 7 November 2016, di Dewan Rakyat, Guan Eng telah meminta bantuan daripada Kerajaan Pusat supaya mempertimbangkan penambahan peruntukan bagi mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang.

“Kementerian telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta dan tentunya saya akan minta pegawai saya menghubungi kementerian untuk melaksanakan projek ini (tebatan banjir) secepat mungkin” kata Guan Eng. Secepat mungkin?

Sesudah hampir setahun berlalu, banjir tetap juga berlaku. Guan Eng kata ada RM22 juta terlupa salur. Kerajaan BN Pusat sudah beri duit yang diminta Guan Eng. Bila dapat duit, mengapa banjir tetap juga berlaku? Ini salah Guan Eng sebenarnya, dia yang gagal sebenarnya hendak uruskan masalah banjir ini.

Menyelesaikan masalah banjir bukanlah perkara yang boleh dibuat main oleh Guan Eng dan DAP. Janji selesai banjir ini terkandung dalam manifesto DAP dan Guan Eng. Janji Guan Eng yang tidak boleh dipakai langsung.

Ini yang Guan Eng sebut pada 15 Disember 2013, “Kami berjanji. Kalau kami menang di Pahang dan kalau kami (DAP) menang di Putrajaya. Beri kami satu penggal dan banjir di Pulau Pinang akan diselesaikan” . Kata kata Guan Eng ini disebut dalam ucapannya di Konvensyen DAP di Shah Alam.

Bila Kelantan banjir besar pada penghujung tahun 2014, bukan main lagi Guan Eng hina Kelantan dan tuduh kerajaan PAS sebagai rasuah kerana gagal atasi banjir.

“Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja” kata Guan Eng dalam Sin Chew Daily pada 27 Januari 2015.

Hari ini, siapa sebenarnya yang perasuah dan gagal atasi banjir setelah wang dari kerajaan pusat pun sudah disalur untuk projek atas banjir? Siapa yang masih ada kes rasuah di mahkamah? Orang itu tidak lain tidak bukan adalah Guan Eng sendiri.

Tahun 2016, bila banjir berlaku di Pulau Pinang. Guan Eng kata salah kerajaan BN dan minta kerajaan BN yang salur pampasan. Tahun ini, Guan Eng sendiri sudah hilang akal hendak salahkan siapa lagi. Duit tebatan banjir sudah kerajaan BN beri, maka Guan Eng mula menyalahkan ribut sebagai punca banjir.

Banjir belum mampu hendak diselesai. Duit kos kajian terowong sampai RM305 juta. Sejumlah RM135 juta sudah pun diserah pada kontraktor untuk buat kajian terowong. Duit mangsa banjir beri RM400 sahaja, tetapi untuk kaji terowong masih belum siap siap sudah habis sampai berjuta juta.

Inilah cekapnya kerajaan DAP menggunakan duit. Kos kajian terowong lebih penting dari mangsa banjir. Itu pun ada angan angan hendak buat LRT, yang kosnya RM27 billion lebih mahal dari buat MRT yang hanya berkos RM21 billion untuk 51km dan ada 31 stesen.

Berbanding LRT yang Guan Eng hendak buat yang panjangnya hanya 15km dari Komtar ke Bayan Baru yang telan belanja RM6 billion lebih mahal dari buat MRT. Bagaimana boleh sebegitu mahal LRT yang Guan Eng hendak buat ini?

Berapa kos kajiannya? Adakah empat kali ganda mahal seperti kos kajian terowong? Datuk Seri Najib buat MRT lebih murah berbanding LRT yang dicadang Guan Eng.  MRT yang dibuat adalah lebih moden dan setaraf dengan kemudahan yang ada di luar negara.

Guan Eng perlu cermin muka sendiri. Usahlah cakap benda yang boleh menampakkan kebodohan diri sendiri. Eloklah Guan Eng tiru macam Mahathir, naik dulu MRT dan rasainya sendiri.

Barulah dapat beza antara LRT dan MRT. Banjir pun tidak mampu selesai, ada angan angan hendak buat LRT. Lagi sedih bila tengok Guan Eng sendiri tidak tahu beza mana satu lebih baik antara LRT dan MRT.


Tulisan:
Beruang Biru
BB589, Isnin
25 September 2017

Jangan persoal dana tebatan banjir

Kerajaan DAP Pulau Pinang diselar kerana disifatkan seolah-olah cuba mengelirukan pe­mikiran rakyat dan menimbulkan curiga ter­hadap Kerajaan Persekutuan selepas mempersoalkan peruntukan RM2 bilion yang disalurkan bagi mengatasi masalah banjir.


Sambil mempertahankan jumlah peruntukan yang disalurkan itu, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, dana tersebut juga disahkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk projek tebatan banjir di negeri ini.


Menurutnya, peruntukan itu disalurkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berjumlah RM1.48 bilion; RMK-10 (RM404 juta) dan RMK-11 (RM150 juta).

“Dakwaan Kerajaan DAP Pulau Pinang kononnya peruntukan RM1.7 bilion dan RM1.1 bi­lion masih belum dijelaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah satu kenyataan yang mengarut dan tidak cerdik.

“Ia menggambar­kan pemimpin kerajaan negeri tidak tahu-menahu tentang apa yang sebenarnya berlaku di negeri yang mereka tadbir,” kata­nya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Zainal Abidin ber­kata, adalah memalukan untuk pe­mimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengetahui mengenai projek tebatan banjir di negeri ini sedangkan semuanya dalam pengetahuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

Menurutnya, tanpa peruntukan tersebut keadaan banjir di negeri ini pasti akan lebih teruk terutama di sekitar kawasan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang telah dilaksanakan.

“Mereka yang bukan berasal dari Pulau Pinang seperti Ketua Menteri tidak akan faham dan tahu tentang perkara sebegini.

“Sebab itu saya minta pemimpin Kerajaan DAP Pulau Pinang semak semula dengan JPS negeri sekali lagi sebelum melemparkan tuduhan tidak berasas,” katanya



Twitter Bakal Hadir Dengan Had Maksima 280 Aksara

Bagi yang gemar melayari laman mikro Twitter pasti akan pernah mengalami situasi dimana tweet yang ingin dimuat naik mencapai had maksima aksara yang ditetapkan. Disebabkan permasalahan ini seringkali kita melihat pengguna menggunakan pendekatan mencipta bebenang-bebenang bagi menyampaikan tweet yang panjang.
Berita baru yang dikongsikan oleh pihak Twitter, apabila kini mereka bercadang untuk menaikkan had maksima tersebut daripada 140 kepada 280 aksara.
Difahamkan perubahan ini masih lagi diuji pada sejumlah kecil pengguna dan berkemungkinan besar dalam masa yang terdekat ianya akan ditawarkan kepada kebanyakan pengguna berdasarkan tetapan bahasa yang ada.
Namun, turut difahamkan fungsi ini akan dikecualikan kepada pengguna yang menggunakan bahasa Jepun, China dan Korea, ini kerana peratus mereka yang mencapai had maksima dengan menggunakan bahasa ini sangat rendah.
Setakat ini belum ada lagi khabar berita sama ada pihak Twitter turut bercadang untuk menambah fungsi menyunting tweet yang telah dimuat naik. Sekiranya ada, mungkin berita ini lebih menggembirakan pengguna berbanding fungsi pertambahan had maksima aksara.

Hamilton Sedih Tiada Lagi Formula 1 Di Malaysia Tahun Hadapan


KUALA LUMPUR: Juara dunia tiga kali Lewis Hamilton meluahkan kesedihannya kerana akan berlumba untuk kali terakhir dalam Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu ini.

Pelumba pasukan Mercedes AMG Petronas berusia 32 tahun itu berkata, baginya perlumbaan di Malaysia adalah seperti perlumbaan di laman sendiri dan dia sama sekali tidak menjangkakan bahawa tahun ini adalah tahun terakhirnya bersaing di Sepang.

Pemandu dari Britain itu berkata, GP Malaysia merupakan perlumbaan yang paling sukar setiap tahun dan sentiasa memberikan cabaran besar kepada pelumba termasuk dirinya, khususnya dari segi persediaan fizikal selain cuaca yang sukar diduga.

“Saya memang tidak tahu kenapa F1 di Malaysia akan ditamatkan, bagi saya Malaysia seperti laman sendiri buat pasukan ini dan kami sangat gembira untuk berada di sini kerana makanan yang sedap selain kepelbagaian budaya di sini.

“Saya masih ingat lagi perlumbaan pertama saya di sini ketika bersama pasukan McLaren, banyak perkara menarik berlaku dan antaranya saya tersilap masuk kawasan pit pasukan lain.

“Memang saya sangat sedih kerana ini adalah perlumbaan terakhir kami di Malaysia dan saya berharap Mercedes akan mencipta kejayaan besar hujung minggu ini,” katanya ketika menghadiri majlis di Galeri Petronas di KLCC, di sini hari ini.

Perlumbaan F1 di Sepang hujung minggu ini yang diberi nama F1NALE adalah perlumbaan terakhir di Malaysia sejak kali pertama diperkenalkan 18 tahun lalu.

Malaysia menempa sejarah sebagai negara Asia Tenggara pertama menganjurkan perlumbaan kereta paling berprestij itu pada 1999, yang menyaksikan pemandu Ferrari, Eddie Irvine dari Britain muncul juara sulung.

Hamilton, yang baru sahaja memenangi GP Singapura dua minggu lalu, memberitahu dia sudah melakukan persiapan rapi untuk berlumba hujung minggu ini kerana sedar bakal berdepan cabaran sukar di SIC.

Katanya, dia perlu sentiasa kekal terhidrat kerana Malaysia memiliki cuaca yang agak panas berbanding negara lain dan itu adalah cabaran besar buat pelumba dan juga mekanik pasukan.

- Utusan Online

Adakah Benar Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Ditutup

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan laporan media bahawa banyak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara telah ditutup, sepertimana yang tular dalam laporan media.

Menurut menterinya, penutupan sementara Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibuat sebagai persediaan kepada pelaksanaan KR1M 2.0, di samping bagi tujuan penambahbaikan kepada kelemahan sebelum ini, membabitkan kerjasama pelbagai agensi. Butiran terperinci mengenai penambahbaikan KR1M akan diumumkan pada hari pelancaran KR1M 2.0.

Fasiliti Kementerian Kesihatan Pulau Pinang Tidak Terjejas Akibat Banjir



Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang menafikan dakwaan bahawa perkhidmatan di fasiliti kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia di Pulau Pinang terjejas ikutan bencana banjir yang melanda  Pulau Pinang sepertimana yang dilaporkan media.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memaklumkan bahawa perkhidmatan di 167 Fasiliti Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Pulau Pinang TIDAK TERJEJAS dan perkhidmatan masih diteruskan seperti biasa


Tuesday, 26 September 2017

RM2.5 bilion dilabur untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang sejak 2006

Counter Terrorism, Jenayah Siber Antara Perkara Dibincang Di Beijing - Zahid

BEIJING - Langkah Kuala Lumpur untuk mewujudkan kerjasama counter-terrorism dengan Beijing dan memberi tumpuan kepada usaha memerangi jenayah siber adalah antara perkara utama semasa lawatan kerja tiga hari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China bermula Isnin.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL, di sini pada Selasa yang akan dirasmikan oleh Presiden Republik Rakyat China (PRC) Xi Jinping.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media Malaysia di sini, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Majlis Negara Republik Rakyat China, Li Keqiang,

Semasa jadual yang ketat, Ahmad Zahid juga dijadual bertemu Menteri Keselamatan Awam PRC, Guo Sheng Kun dan Setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu.

"Kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama keselamatan dua hala termasuk inisiatif counter-terrorism melalui penubuhan Pusat Serantau Digital memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) di Malaysia, dan kerjasama dalam perkara-perkara keselamatan seperti rangkaian jenayah antyarabangsa serta jenayah siber," kata beliau.

Mengenai Perhimpunan Agung INTERPOL bertemakan "Connecting Police for a Safer World", Ahmad Zahid berkata ia akan memberi tumpuan kepada usaha menyediakan platform komunikasi yang efektif di kalangan semua negara anggota INTERPOL dalam perkongsian maklumat serta meningkatkan kapasiti untuk memerangi jenayah antarabangsa dalam semua bentuk.

"Ia juga membayangkan peningkatan penekanan INTERPOL mengenai peranannya dalam memupuk kerjasama di kalangan agensi polis di seluruh dunia dalam menegakkan keamanan dan keselamatan antarabangsa terhadap ancaman global yang semakin meningkat," kata beliau.

Ahmad Zahid berkata penyertaan Malaysia dalam Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL mencerminkan komitmen negara untuk memerangi jenayah antarabangsa termasuk ancaman keganasan, jenayah siber, jenayah terancang dan gerakan pengganas eketremis dan radikal seperti digariskan dalam Resolusi 2178 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC).

"Semasa sesi ini, Malaysia memberi fokus kepada isu-isu berkaitan jenayah siber yang mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada negara," kata beliau.

Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL akan dihadiri oleh delegasi peringkat tinggi dari 157 Negara Anggota INTERPOL.



- BERNAMA

e-Pengeluaran Mudahkan Pencarum KWSP Miliki Kediaman Idaman

KUALA TERENGGANU - "Mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sekadar jaminan untuk masa tua saya, tapi ia juga memudahkan urusan pembelian kediaman idaman saya kelak," kata Ku Nur Madihah Ku Yaacob, 34.

Pegawai tadbir di sebuah institut pengajian tinggi awam di sini itu berkata meskipun kini KWSP memberi kelonggaran kepada pencarum membuat pengeluaran akaun kedua bagi membayar ansuran pinjaman perumahan menerusi perkhidmatan e-Pengeluaran, tetapi beliau memilih untuk tidak berbuat demikian.

"Mungkin ramai kawan-kawan di luar sana lebih selesa memilih langkah tersebut bagi mempercepatkan pemilikan kediaman masing-masing tetapi bagi saya, biarlah saya bersabar agar simpanan itu dikeluarkan selepas saya pencen memandangkan simpanan ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

"Yang penting saya sudah mempunyai simpanan yang cukup untuk memiliki kediaman idaman saya dan keluarga apabila bersara kelak," katanya kepada Bernama di sini.

Wang simpanan selebihnya boleh digunakan untuk keperluan lain seperti membiayai pendidikan anak-anak dan membuat sedikit pelaburan jangka panjang untuk kegunaan di hari tua nanti, katanya.

Kemudahan e-Pengeluaran merupakan saluran serahan permohonan pengeluaran secara dalam talian melalui laman web KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun untuk membeli/membina rumah, mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan pendidikan.

KWSP sebelum ini mengumumkan ahli-ahli yang mempunyai pinjaman perumahan dengan RHB Bank dan Maybank boleh memilih menghantar permohonan pengeluaran mereka secara dalam talian melalui kemudahan e-Pengeluaran untuk pembayaran balik pinjaman perumahan.

RHB Bank juga pada masa sama menggalakkan pencarum yang mempunyai baki akaun kedua yang mencukupi menggunakan perkhidmatan e-Pengeluaran KWSP, untuk membantu mengurangkan komitmen pembayaran balik bulanan pinjaman perumahan mereka.

Sementara itu, pegawai pemasaran di sebuah syarikat perkapalan di sini, Mohd Safuwan Mohd Saidi, 27, berkata kemudahan e-Pengeluaran KWSP memberi peluang kepada pencarum muda sepertinya memiliki rumah dengan lebih mudah dan cepat.

Kemudahan itu juga katanya harus direbut oleh generasi muda yang kini kebanyakannya dibebani pelbagai jenis hutang hingga menyukarkan mereka memiliki kediaman sendiri hingga waktu persaraan.

"Harga rumah sekarang tidak menentu di pasaran dan biasanya lokasi dan keadaan ekonomi akan mempengaruhi harga rumah. Jadi, saya berhasrat sebelum harga rumah makin melambung, ada baiknya saya mengeluarkan sedikit wang simpanan dalam akaun kedua KWSP untuk membayar ansuran bulanan rumah.



"Sekurang-kurangnya apabila sudah bersara kelak, rumah tersebut sudah separuh dibayar, lebihan wang simpanan itu boleh saya membeli rumah lain pula sebagai pelaburan," katanya. -- BERNAMA

Pembangkang hanya nak buat rakyat marah

Manipulasi fakta dan menakut-nakutkan rakyat... itulah cara pembangkang nak bangkitkan kebencian kepada kerajaan.

Dalam isu terkini, Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mampu menjana pulangan lumayan menerusi dividen lebih 11 peratus melalui pelaburan di Amerika Syarikat.

Manakala jika hanya dilaburkan di dalam negara dividen yang diperoleh hanya sekitar tujuh peratus sahaja.

Menurutnya, ia merupakan strategi global yang telah dimulakan sejak tahun 2008 lagi.

“Keputusan ini bukan daripada saya atau dari orang politik. Keputusan ini dibuat oleh investment comittee (jawatankuasa pelaburan). Oleh profesional, saya tidak mengarahkan mereka,” katanya.

Bagi tujuan itu beliau hanya meminta supaya pelaburan dibuat dipilih mengikut kriteria.

Najib berkata, kriteria itu mestilah sesuatu yang boleh memberi pulangan terbaik disamping menjaga risiko.

“Bila kita dah melabur untung kita bawa balik. Ini kita punya global strategi. Jangan kita dengar kata puak-puak (pembangkang)  tu. Mereka cuba kelirukan orang ramai. Nak buat orang marah,” ujarnya.-26/9/2017

Hakis Hak Sarawak : Mahathir (Selalu Dengar) Tun Razak ? Tak Pernah..

MAHATHIR mendakwa hak rakyat Sarawak dihakis oleh Datuk Sri Najib dan arwah bapanya Tun Razak.  Ini satu bentuk serangan bodoh oleh orang yang hampir “bodoh sungguh” jugak.  Sepanjang yang penulis ingat, tak pernah dalam sejarah nama Tun Razak dipetik sebagai orang yang menghakis hak Sarawak.
Ia adalah Mahathir satu-satunya manusia yang membangkitkan perkara terebut di negara ini. Tidak ada siapa, waima seburuk-buruk pemimpin pembangkang pun sebelum ini yang pernah berkata demikian.  Mungkin geram kerana keturunannya menjadi bahan gurauan maka arwah bapa Najib diserangnya pulak.  Punyalah terdesak.
Jasa Tun Razak lagi besar dari Mahathir pun sekalipun hayat beliau tidak panjang.  Betul Tun Razak menjadi Perdana Menteri sekitar 5 tahun sahaja tapi beliau sudah jadi Timbalan Perdana Menteri sejak merdeka lagi, tak asing dengan pentadbiran negara di peringkat tinggi.
Sebagai Pengerusi Mageran, badan yang mengambil alih kerajaan bila perlembagaan digantung dan darurat diisytiharkan pasca 13 Mei 1969, Tun Razak mempunyai kuasa hampir untuk berbuat apa sahaja tapi beliau tidak melakukan itu sebaliknya menumpukan kepada mengembalikan keamanan negara.
Tun Razaklah yang menyatukan kembali negara ini setelah peristiwa tersebut dengan memperkenalkan polisi-polisi yang mendekatkan jurang ekonomi antara kaum di negara ini, termasuklah Sarawak.  Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang memberi royalti kepada Sarawak itupun digubal ketika Tun Razak menjadi Perdana Menteri.
Apa jasa Mahathir kepada Sarawak, kontroversi Bakun ke?  Hari ini cakap pasal Najib dan Tun Razak hakis hak Sarawak sedangkan 22 tahun dia tidak berbuat apa pun tentang itu.  Mahathir boleh buat lebuhraya Utara Selatan di seluruh Semenanjung tapi tidak boleh melakukan itu di Sarawak.
Najib on the other hand, bukan sahaja menghadiahkan lebuhraya untuk rakyat Sarawak tapi memastikan ia adalah percuma!!  Dan hari ini Mahathir menyalahkan Tun Razak kerana Sarawak diabaikan?  Kita harap tak beban sangatlah dia menanggung di alam barzakh esok – kok Mahathir percayalah pulak alam barzakh tu wujud. MYKMU
 
Copyright © 2014 PenangKini.