BREAKING NEWS

Monday, 11 September 2017

10 Kelebihan Susu Ibu Kepada Bayi ~ yang tiada pada susu fomula

Terdapat banyak kelebihan susu ibu kepada bayi. Malah aktiviti penyusuan susu ibu juga memberi banyak manfaat kepada ibu sendiri. Namun, tidak semua menyedari akan hakikat ini. Ini kerana, masyarakat sudah terbiasa dengan budaya “susu formula sebagai pengganti susu ibu”. Ummi sendiri gagal menyusukan anak sulung dengan susu ibu sepenuhnya gara-gara kurang ilmu. Alangkah menyesalnya kerana semua itu tidak boleh diulang lagi. Di sini ummi kongsikan 10 kelebihan susu ibu kepada bayi yang tidak mampu ditandingi susu formula. InsyaaAllah, ummi akan kongsikan tentang kelebihan susu ibu kepada ibu pula di entry akan datang ye. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu untuk lebih bersemangat menyusui bayi tersayang.

Asal-usul Susu Formula.

Sebelum tu, ummi huraikan sedikit bagaimana susu formula ni boleh wujud. Semua ibu pada zaman dahulu menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. Jika ibu menghadapi masalah untuk menyusukan bayi atau tidak mahu menyusukan bayi mereka, ibu susuan akan diupah. Di negara barat, ianya dipanggil wet-nurse. Bayi akan disusui hinggalah sampai tahap merekan diberi makanan mengikut peringkat usia. Evolusi susu formula bermula pada tahun 1867, Justus Von Liebig dari Jerman yang sangat pakar dalam bidang kimia telah mencipta makanan bayi ‘dari kilang’. Bermula dari itu, banyak syarikat-syarikat dan kilang yang mula berebut-rebut mencipta makanan untuk bayi sehinggalah menghasilkan satu produk susu formula yang terdiri dari susu lembu, krim, gula dan air.. Henri Nestle pula telah mencipta makanan bayi (susu) yang berbentuk tepung yang mendapat sambutan menggalakkan. Mungkin ia memudahkan mereka pada masa tu (yang mana orang-orang kaya biasanya tidak menyusukan anak).

Susu formula mula diterima dengan meluas di seluruh dunia dalam tahun-tahun di pertengahan abad ke -20. Hinggalah ke hari ni susu formula masih menjadi pilihan sebahagian ibu bapa. Mungkin kerana iklan yang begitu meriah tentang susu formula berbanding susu ibu. Tambahan pula susu formula hari ini jauh lebih baik dari susu formula di awal penciptaannya, dengan diperkaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dewasa ini kebanyakan masyarakat dunia sudah kembali kepada yang asas, kepada natural living di mana penyusuan susu ibu kembali mengambil tempat. Malah, konsep wet-nursing atau ibu susuan kini mula diterima ramai. Ramai mula sedar dan mengetahui bahawa sebagus manapun nutrien atau vitamin yang ditambah ke dalam susu formula, ianya takkan mampu menandingi kehebatan nutrien dalam susu ibu.

Kelebihan Susu Ibu

Kelebihan No 1 Kurang diserang penyakit. Bayi yang menyusu dengan susu badan kurang diserang penyakit. Bayi jarang ditimpa sakit dalan jika sakit sekalipun, bayi sus ibu akan lebih cepat sembuh.

Kelebihan No 2 Susu manusia terbaik untuk bayi (susu lembu terbaik untuk anak lembu)

Kelebihan No 3 Susu ibu memberi nutrisi terbaik buat bayi dalam membantu tumbesaran bayi pada tahap optimal

Kelebihan No 4 Kolestrum merupakan laksatif semulajadi. kolestrum merupakan laksatif lembut yang membantu bayi baru lahir mencuci perut dan ususnya. Ini dapat membantu bayi membuang bilirubin berlebihan dengan segera bagi mengelak jaundis.

Kelebihan No 5 anak lebih cerdik. Benar. terdapat kajian menunjukkan bagi yang minum susu ibu mendapat markah lebih tinggi dalam ujian IQ semasa kanak-kanak, malah hingga dewasa. Nutrisi dalam susu ibu membantu IQ anak.

Kelebihan No 6 Bayi lebih gembira dan terasa selamat. Ikatan antara ibu dan anak semasa menyusu membuatkan bayi lebih tenang dan selesa. Bayi juga merasa lebih selamat dalam pelukan ibu.

Kelebihan No 7 Kurang risiko sakit jantung. Kajian terbaru menunjukkan risiko penyakit jantung di kalangan orang dewasa adalah lebih rendah apabila mereka menyusu dengan susu ibu semasa bayi. Mereka yang tidak menyusu dengan susu ibu pula sebaliknya mempunyai risiko penyakit jantung lebih tinggi.

Kelebihan No 8 Pembentukan gigi lebih sempurna dan baik.Penyusuan susu ibu adalah terbaik dalam perkembangan oral dan gigi bayi. Aktiviti menyusu menggalakkan perkembangan otot bahagian mulut, tulang bahagian muka dan perkembangan gigi yang optimum.

Kelebihan No 9 Mengurangkan risiko obesiti. Bayi yang menyusu botol didapati lebih berisiko untuk menghadapi masalah obesiti semasa membesar. Sebaliknya pula dengan bayi susu ibu. Kandungan gula yang tinggi dalam susu komersial menjadi faktor masalah ini.

Kelebihan No 10 Kurang alahan. Saintis percaya faktor imun yang hanya terkandung dalam susu ibu membantu membentuk lapisan perlindungan bayi terhadap alahan makanan. Bayi yang diberi susu formula tiada lapisan perlindungan ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko alahan.

Itulah antara kelebihan susu ibu buat bayi, Bagi ummi kelebihan paling ketara ialah bayi susu ibu memang jarang diserang sakit. Demam sesekali adalah tindakbalas normal sistem tubuh mereka terhadap sebarang kuman baru. Bayi sedar membesar dan sistem tubuh mereka juga belajar dapat mempertahan diri bukan. Namun, kalaupun demam, selsema atau batuk, mereka cepat kebah tanpa perlu kepada ubat yang kuat. Antibiotik dalam susu ibu amat membantu. Kalau bayi ummi mula selsema, ummi akan lebih kerap ambil Vitamin C dan ambil Garlic Complex. Khasiat vitamin-vitamin ni akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
 
Copyright © 2014 PenangKini.