BREAKING NEWS

Monday, 25 September 2017

1MDB, FGV & Derma RM2.6 Bilion Bukan Bukti ‘Najibnomics’ Gagal – Penganalisis Ekonomi



Semenjak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri, ekonomi Malaysia sudah berada di kedudukan terumbang ambing akibat daripada ketidaktentuan ekonomi global, kata penganalisis ekonomi dan politik, Dr Bruce Gale.

Ujarnya, pelaksanaan beberapa polisi termasuk pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi adalah demi memastikan perbelanjaan disalurkan kepada perkara lebih penting seperti kesihatan dan pendidikan.

Pakar Ekonomi Pertahan Dasar Ekonomi Najib
Namun, ramai pemerhati kata Dr Bruce memberi ulasan mengenai kedudukan ekonomi Malaysia dengan memberikan hujah mengaitkan isu hutang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda Golden Ventures (FGV) serta derma RM2.6 bilion oleh keluarga diraja Arab Saudi.

“Satu hasil daripada pendekatan ini adalah kecenderungan untuk memperlihatkan setiap dasar digubal oleh kerajaan Perdana Menteri Najib Razak dari sudut negatif.

“Pengkritik kerap kali mengeluarkan statistik untuk menyokong hujah mereka bahawa di bawah Perdana Menteri Najib, hutang negara Malaysia meningkat, ringgit jatuh dan inflasi telah menghimpit pendapatan golongan miskin.

“Ada pemerhati mendakwa ‘krisis’ bakal berlaku. Tetapi adakah dakwaan ini semua benar?” soal Dr Bruce dipetik The Straits Times.


Penganalisis dan penulis yang berpangkalan di Hong Kong ini merungkaikan bahawa pentadbiran Najib memulihkan ekonomi dalam tempoh setahun menduduki kerusi Perdana Menteri pada tahun 2009 dengan mengepam masuk pelaburan asing.

Hasilnya kata Dr Bruce, nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kedudukan 52.8% dan kekal kukuh semenjak tempoh berkenaan.

“Tambahan pula, sebahagian besar hutang dalam mata wang ringgit, berbanding matawang lain seperti US Dolar. Ini bermakna kejatuhan mendadak nilai ringgit (atau apa jua senario melibatkan kemalaran kemasukan modal ke Malaysia) sangat tidak memungkinkan akan menyebabkan krisis.

“Suka untuk ditegaskan bahawa kadar hutang semasa tidak terjadi. Pada 1990, sebagai contoh, nisbah hutang kepada KDNK hampir 80%,” jelasnya.

RM366 Bilion Najib Bawakan Untuk Malaysia Dalam Masa 7 Bulan
Menyentuh mengenai kelemahan nilai ringgit, beliau menjelaskan faktor asing lebih mendominasi penyebab kepada kejatuhan nilai mata wang berkenaan, berbanding faktor domestik.

“Sebagai perbandingan, impak ketidaktentuan politik dicetuskan oleh pelbagai kontroversi politik adalah kecil. Mereka yang menyatakan bahawa kelemahan ringgit mencerminkan kelemahan keyakinan pelabur terhadap Malaysia Najib perlu menjelaskan mengapa pasaran saham tidak merudum dan mengapa institusi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabanga (IMF) dan Bank Dunia berterusan menerbitkan penilaian positif terhadap ekonomi Malaysia.

“Juga penting untuk diingatkan bahawa kelemahan ringgit tidaklah begitu teruk. Ianya menjadikan eksport Malaysia lebih murah dan memberikan pelaburan langsung asing peluang untuk hadir di negara yang kos terendah pilihan mereka.”

Klik pautan untuk mengikuti ulasan lanjut Dr Bruce Gale bertajuk Najibnomics Has Been Good For Malaysia’s Economy.

 
Copyright © 2014 PenangKini.