BREAKING NEWS

Monday, 11 September 2017

7 Rahsia Pisang Yang Kita Tidak Ketahui|



Berperanan Sebagai Pelawas
Siapa sini menghadapi masalah sukar membuang air besar? Korang patut amalkan makan pisang ye. Pisang sebenarnya mengandungi serat yang mudah larut dan dapat membantu usus kita berfungsi dengan baik serta mengatasi masalah sembelit.

Membekalkan Tenaga
Para atlet kebiasaannya, apabila mereka menghadapi perlawanan, akan makan pisang sahaja terutama pada waktu rehat. Pisang sebenarnya berperanan membekalkan karbohidrat yang diperlukan bagi menggantikan glycogen (gula untuk otot) yang digunakan dalam aktiviti fizikal. Terjawab sudah mengapa atlet makan pisang semasa rehat.

Membantu Penghidap Anemia
Jika korang merupakan penghidap Anemia atau kurang darah, boleh amalkan pisang ni. Zat besi yang terdapat dalam pisang ini mampu merangsang penghasilan hemoglobin dalam darah. 

Mampu Mengurangkan Ketagihan Nikotin
Vitamin B dan mineral lain yang ada pada pisang mampu mengurangkan kesan ketagihan nikotin secara fizikal dan psikologikal. Jadi, kepada perokok yang mempunyai impian untuk berhenti merokok, cuba amalkan makan pisang ni, manalah tahu dapat membantu. 

Memberi Rasa Gembira Kepada Pengamalnya
Siapa sangka rupanya pisang boleh buat kita rasa gembira. Untuk pengetahuan semua, pisang mengeluarkan tryptophan iaitu sejenis bahan yang mampu memberi kesan kepada mood seseorang. Tryptophan akan berubah mejadi serotonindalam otak yang mampu mepertingkatkan mood dan membuat kita rasa gembira.

Mampu Mengawal Tahap Glukos Dalam Darah
Pisang juga turut mengandungi vitamin B6 yang mana mampu mengawal tahap glukos dalam darah. dan mampu mengawal mood. Walaubagaimanpun bagi penghidap diabetis, diminta untuk mendapatkan nasihat daripada doktor dulu ye.

Mengekalkan Degupan Jantung dan Mengimbangi Air Dalam Badan
Pisang sebenarnya membantu sistem aliran dalam tubuh yang menghantar oksigen ke otak, mengekalkan degupan jantung dan juga mengimbangi air dalam badan. Disamping itu, untuk pengetahuan semua, pisang juga baik untuk otak dan membantu pelajar lebih cerdas.
 
Copyright © 2014 PenangKini.