BREAKING NEWS

Friday, 1 September 2017

Bayi merdeka' Pulau Pinang


GEORGETOWN: Seramai enam bayi dilahirkan pada Hari Kebangsaan di Hospital Pulau Pinang di sini, dengan masing-masing empat perempuan dan dua lelaki.


Bayi terawal dilapor lahir pada jam 1.42 pagi dan yang keenam direkodkan pada jam 9.11 pagi tadi.


Seorang ibu, Siti Sahlah Abd Aziz, 34, berkata beliau gembira apabila dapat melahirkan anak perempuan bongsunya pada Hari Kebangsaan yang ke-60, hari ini.

  

"Biarpun berhajat untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok, namun saya bersyukur dianugerahkan bayi perempuan pada tarikh penting yang menjadi ingatan bagi seluruh rakyat Malaysia.


"Saya ingat sempat beraya Aidiladha terlebih dahulu kerana jangkaan awal bersalin pada 9 September ini, tetapi tak sempat kerana bayi sudah nak keluar.


"Apapun saya bersyukur dapat melahirkan bayi hari ini dan dapat juga 'anak merdeka'," kata ibu kepada empat anak ketika ditemui di sini, petang tadi.

 
Copyright © 2014 PenangKini.