Pengerusi CAP S.M Mohamed Idris berkata walaupun setakat ini permainan itu belum memasuki Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu mengambil langkah sewajarnya untuk mengharamkan permainan itu di negara ini.
"CAP memandang perkara itu (Blue Whale Challenge) sebagai sesuatu yang serius kerana ia cenderung mengajak pemain untuk melakukan aktiviti berbahaya termasuk terjun bangunan," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata cabaran permainan yang didakwa wujud di beberapa negara itu bermula apabila ?kurator' yang menyampaikan mesej persendirian kepada pemain dalam media sosial menjemput mereka untuk bermain dengan syarat mereka tidak boleh berhenti sebaik sahaja bersetuju untuk mula bermain.
"Kurator kemudiannya memberikan pemain satu siri tugasan berbahaya dalam tempoh 50 hari termasuk melukakan diri sendiri, bangun seawal 4.20 pagi setiap hari, menonton video berlumuran darah yang dihantar kurator, mendengar lagu memurungkan, mengunjungi tanah perkuburan secara bersendirian dan berdiri di belebas bangunan tinggi," katanya.....